Saturday, October 15, 2011

Lucky Charm Bracelet - episode 4

'Ad's, i'm in misery. Really need you now. Where the hell....are you...?' bisik hati Ashraf sambil memeluk bantal dengan erat. Sangat erat.






Khamis, 20 Januari 2011,
Imran bangun tidur dan lihat jam dinding. Damn it! Aku dah lambat ni! Jam menunjukkan pukul 8.06 A.M. Imran cepat-cepat masuk bilik air dan terus mandi. Mandi kerbau sudah. Buat apa nak mandi lama-lama sangat? Hahahahhaha.. Lepas siap mandi and so on, dia berdiri disebelah katil Ashraf. 


'Budak ni.. Bangun pagi tak kejut orang! Siap lah dia nanti!!' marah Imran.




Di dalam kelas 4-SC1, ketua kelas, Fakhrie menuju ke arah meja Ashraf. Dia meletakkan sehelai kertas di atas meja tersebut. Ashraf yang sedang membaca buku Biologi perlahan-lahan memandang Fakhrie.


'Kenapa?' tanya Ashraf dengan lembut


'Kau nak masuk kelab apa?'


'Kelab?'


'Kau boleh pilih kelab mana kau suka. Lepas tu bagi balik kertas ni kat aku.' jelas Fakhrie


'Music Club macam best..' bisik hati Ashraf.


Datang seorang budak perempuan berambut coklat.


'Why not English Language Society (ELS)? Best apa kelab ni. Seriously memang awesome' kata perempuan itu


'You are?' tanya Ashraf


'Hartina, you can call me Tina' sambil menghulurkan tangan


Mereka bersalaman. Jantung Tina berdegup pantas! 


'Ke..kenapa dengan aku? tapi.. tangan dia sangat lembut! Hahahahhaha' dalam hati Tina


Ashraf bangun dan berjalan ke arah Fakhrie yang sedang bersuka ria dengan kawan-kawannya. Apabila beberapa orang kawannya ternampak Ashraf menghampiri mereka, mereka diam. Keadaan yang sepi tiba-tiba tu telah membuatkan Fakhrie pusing belakang melihat siapa dibelakangnya.


'Eh kau rupanya. Ingatkan Sofyea tadi. Nak apa?' tanya Fakhrie


'Aku decide dulu. Pas dah tahu club ape yang aku suka i'll tell you, okay?' jelas Ashraf


'Ohh.. Okay.'


'By the way, kenapa tadi ingatkan aku Sofyea? Dia kan kelas lain'


'Kau tak tahu Sofyea? Hahahahahha.. Dia tu one of the Student Council kat sekolah ni. Dia tu Vice President and maybe bulan depan naik pangkat jadi President. Kalau orang ramai vote dia, dia jadilah President' kata Fakhrie


Ashraf terus pergi duduk ditempatnya semula. President? No wonder dia nampak pelik bila aku tak kenal dia. Hahahahha.. Tiada cikgu yang masuk kelas ketika itu. Kenapa? Aku pun tak tahu. Beberapa pelajar perempuan main lari-lari kat dalam kelas. 


Salah seorang daripadanya terlanggar kaki meja dan jatuh. Pantas Ashraf bangun dan tarik tangan perempuan itu dan peluk dia untuk mengelakkan kepala dia terlanggar bucu meja dihadapannya. Semua pelajar didalam kelas itu hanya dapat melihat apa yang terjadi. Kebetulan pada masa itu Sofyea berada di hadapan pintu masuk kelas 4-SC1 untuk berjumpa dengan Ashraf. Ashraf melepaskan pelukan itu dan terkejut apabila melihat perempuan tadi tu macam nak menangis.


'Awak ok ke? Kenapa menangis?' tanya Ashraf lembut


Fakhrie datang menghampiri mereka. Dia tenangkan perempuan itu tadi. Kalau tak kerana Ashraf, pasti perempuan itu cedera kerana terlanggar bucu meja. Fakhrie memberitahu Ashraf bahawa Sofyea sedang menunggunya diluar kelas. Ashraf keluar kelas dan berjumpa dengan Sofyea


'Ada apa?'


'Pihak pentadbiran kata kad kesihatan kau tak ada dalam file. So, aku kena bawa kau jumpa dia.' jelas Sofyea


Sofyea memulakan langkah diikuti dengan Ashraf dibelakangnya. Beberapa minit kemudian mereka sampai di pejabat. Sofyea membawa Ashraf masuk ke dalam bilik En. Ghaffar yang juga selaku Guru Pentadbiran Sekolah Bahagian Atasan II. Ashraf sangat terkejut apabila melihat wajah lelaki itu. Sofyea meninggalkan mereka buat seketika waktu.


'Awak ada hilangkan Kad Kesihatan awak ke?' tanya En Ghaffar dengan tegas


Ashraf diam tidak menjawab soalan itu.


'Saya tanya ni! Jangan lah senyap je macam saya bercakap dengan tiang! huh...' marah En Ghaffar


'Baiklah, saya akan bertanya dengan lembut. Awak ada hilangkan kad tu ke?' tanya En Ghaffar sekali lagi dengan lembut


Ashraf masih diam. Dia seperti sengaja hendak membuat En Ghaffar marah. Sofyea boleh dengar perbualan mereka dengan jelas sekali walaupun berada di luar pejabat.


'Awak jangan ingat saya suka kat mak awak, saya akan layan awak dengan baik. Jangan haraplah okay! Macam mana anak doktor boleh hilang Kad Kesihatan ni?! Awak tahu tak kad ni sangat penting! Oleh sebab kecuaian awak, awak dikenakan denda membayar RM 50 sebab hilangkan kad tu. Awak tahu tak, awak lah pelajar yang menyusahkan hidup sa...'


Britt..britt..britt..britt..britt..
Bunyi telefon bimbit Ashraf


'Maaf, saya kena angkat sekejap. Pause dulu boleh' selamba Ashraf keluar dari bilik tu hanya untuk menjawab panggilan Adriana


Diluar bilik tersebut
'Yea Ad's, asal call?' tanya Ashraf


'Don't know. I feel like something bad happened to you. You ok tak?' kata Adriana


'Wow. You ada naluri yang sangat hebat. Bravo!' 


'You ada masalah ke? Your voice... is a bit different. Are you sick?'


'No, I'm Okay. Btw, Thanks for calling me' kata Ashraf


'Hahahahahha.. I just miss you very much. I miss nasi lemak and Malaysia' rungut Adriana dengan suara yang comel


'Bila you balik sini?' tanya Ashraf ringkas


'Don't know yet lah Ashh. My parents sekarang tengah... hummm.. well you know'


'Diaorang gaduh lagi?'


'Yea, bingo. Hey handsome, I have to go. My mum panggil. Byebye.


tutt..tutt..tutt..tutt..


Ashraf masuk dalam bilik En Ghaffar. Kelihatan seperti En Ghaffar betul-betul marah Ashraf. Yelah, mana tak marah, aku tengah membebel boleh pulak dia jawab call daripada siapa entah. Ada aku campak budak ni masuk neraka. Nasib baik mak dia cantik. Kalau tak memang aku dah lama sangat nak bunuh dia ni. Tak beradab langsung! En Ghaffar tiada mood nak bercakap dengan Ashraf lagi. Dia menyuruh Ashraf keluar.


Sofyea menunggunya di luar pejabat. Sedang Ashraf mendekati Sofyea, datang si Farid memegang bahu Sofyea. Langkah Ashraf terhenti melihat lelaki itu menyuntuh Sofyea. Lelaki itu seperti mengajak Sofyea pergi ke mana pun aku tak tahu. Sofyea dan Farid pergi meninggalkan pejabat itu. Aku tahu si Farid tu sengaja je buat macam tu. Apasal dengan mamat tu? Tak puas hati dengan aku ke?


Ashraf jalan-jalan disekitar sekolah.


'Aku tak tahu kenapa tapi tadi.. aku rasa sangat benci tengok Farid pegang Sofyea macam tu. Tapi kenapa Sofyea ikut dia? Kenapa Sofyea layan dia tak macam dia layan aku? Kenapa? mereka tengah dating bersama ke? Tak mungkin...lah.. Sofyea bukan orang yang macam tu.. Atau aku..'


Tiba-tiba tak tahu kenapa langkah Ashraf terhenti. Imran yang berada di atas bumbung ternampak Ashraf di bawah. Dia rasa sangat bersalah dekat Ashraf atas apa yang berlaku malam tadi. Budak tu macam ada masalah besar. Aku.. patut tolong dia.. kan?








to be continued 





Friday, October 14, 2011

Lucky Charm Bracelet - episode 3

'Yang kau tercegat kat situ lagi kenapa? Cepat lah!' tegas Sofyea memberi arahan


Sofyea terus berjalan tetapi Ashraf seolah-olah kaku.


'Dia.. Farhana..' bisik Ashraf dalam hati.





Mereka berada di hadapan kelas 4-SC1. Sofyea memandang Ashraf yang sedang termenung.


'Macam aku pernah nampak makhluk ni. Kat mana ye?' bisik hati Sofyea.


Bunyi loceng yang sangat bingit itu telah menyedarkan Ashraf daripada lamunannya. *btul ke ayat aku ni??* Kemudian Ashraf memandang Sofyea disebelahnya. Mereka kini saling berpandangan. Kemudian... Sofyea tanpa pipi Ashraf yang putih itu.


'Huh??' sambil memegang pipinya


'Kau ni kenapa? Ada masalah ke? Kita dah sampai ni. Kau dari tadi muka macam nampak hantu je. Jangan lah takut kat aku, aku tak makan makhluk macam kau ni' Sofyea terus pergi


patut ke aku panggil dia? Should I?? Ashraf cuba untuk memanggil perempuan itu tetapi kenapa? Kenapa aku rasa sangat berat untuk memanggil nama "Farhana"? Walaupun dia bukan Farhana, kenapa aku merasakan mereka orang yang sama? Kenapa aku berdebar-debar disaat aku bersama dia sedangkan dia bukan Farhana?  Aku tak faham apa yang jadi sebenarnya ni. Sumpah pening kepala aku. Hey, Apasal aku cakap dah gaya macam buku teks ni? Ayat bapah lah tak boleh blah. hahahahhahah..


'Sofyea!' jerit Ashraf


Sofyea pusing belakang memandang Ashraf


'Ehhhh?!! Ke..kenapa aku panggil dia? Maksud aku, aku betul-betul pangil dia??'  dalam hati Ashraf


'Ada apa?' tanya Sofyea


Ashraf tundukkan kepalanya kebawah sedikit. Dia tidak sanggup melihat wajah perempuan itu. Aku.. kena sedar yang Farhana... Aku kena terima hakikat yang Sofyea bukan Farhana. Farhana telah mengubah serba sedikit tingkah laku Ashraf sewaktu mereka di sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Ashraf daripada seorang yang pendiam kepada agak periang. Sofyea mendekati Ashraf. Dia memegang bahu kanan Ashraf. Perlahan-lahan Ashraf memandang tepat anak mata Sofyea.


'Seriously kalau ada masalah, just tell me okay? I will be listening. Always..' kata Sofyea sambil mengukir senyuman. 


'Kenapa.. concern pasal saya?' tanya Ashraf


'Bodoh lah kau ni!'


'Takkan lah kau tak tahu yang aku ni..' marah Sofyea. Yelah mana tak geram, dari tadi pandang aku lain macam je. Pastu aku yang famous gila ni dia boleh tak kenal?? Biasanya student baru pun cepat je kenal aku. Ni memang ajaib bin pelik bin weird bin apa lagi aku tak tahu.


'Tak tahu yang kau ape..?' sirius wajah Ashraf


'Tak apalah. Makhluk macam kau tak kenal aku, aku lupakan je lah.. Dah! Masuk kelas!' kelibat Sofyea hilang dari pandangan Ashraf. Ashraf masuk kelas.




Pada malam itu, Ashraf masuk kedalam biliknya.








'Ehhhhh?!!! Apa ni?!' jerit Ashraf terkejut. 


Bodoh! Mana aku tak terkejut kalau ada party kat bilik aku! Maksud aku, boleh buat party ke?? Imran terus tutup mulut aku. Berani dia! Aku gigitlah tangan dia! 1 blok asrama boleh dengar! 


'Bodoh lah kau ni! Aku hidup pun tak senang! Biarlah aku nak buat party apa pun. Yang kau ni jakun apasal?!' marah Imran


'Girls, i'm terribly sorry. It's over. Please get out' suara Imran yang kedengaran sedih menyuruh perempuan-perempuan keluar dari biliknya..


'Boleh buat par..'


'Mestilah tak boleh buat! Actually langgar peraturan benda yang seronok tau tak!!!' betapa marahnya Imran ketika itu


'Sorry aku tak tahu' Ashraf cakap dengan suara yang tak ada perasaan. Dia terus masuk bilik air gosok gigi dan terus baring di atas katil.




Beberapa jam kemudian, Imran yang kini baring di atas katilnya menegur Ashraf.


'Dude, aku.. sorry aku marah kau. Yelah, kau baru lagi so tak biasa dengan semua ni. Nanti kau biasalah. So sorry okay?' kata Imran sambil baring tanpa melihat ke arah katil Ashraf


Tetapi tiada apa-apa respon daripada Ashraf. Sumpah mamat ni dah tidur sampai suara aku yang kuat ni dia tak dengar. Kau tidur macam babi. Silap-silap bangunan roboh pun kau tak dengar


'Aku tidur dulu. Night..' ucap Imran ikhlas


Sebenarnya, Ashraf masih belum tidur sewaktu Imran sedang bercakap dengannya. tepat pada pukul 2.38 pagi, dia menalefon Adriana. Tetapi malangnya tiadak dapat dihubungi.


'Ad's, i'm in misery. Really need you now. Where the hell....are you...?' bisik hati Ashraf sambil memeluk bantal dengan erat. Sangat erat.










to be continued





Thursday, October 13, 2011

Am I Crazy? Are you sure??

salam,
nama saya rahsia b/bt secret. saya suka makan rambutan dan tinggal bersama kawan-kawan saya yang riang lagi ceria di Tanjung Rambutan. ini cerita benar tahu tak jadi lihatlah screen komputer anda.

masa saya muda-muda dulu, tunggu.. sekarang saya masih muda juga tau. hahahahha. dulu, saya orang susah. sekarang saya kaya giler! okay itu sangat tipu. saya ada 5 adik beradik. bapak saya kerja penoreh getah. muka dia macam Justin Timberlake! itu sangat mengarut. muka dia typical malay. woahhh.. saya speaking! okay lupakan je.

mak saya pula jual nasi lemak kat tengah jalan. eh, silap.. tepi jalan. pastu dia meninggal. bukan sebab eksiden langgar kereta. meninggal sebab saya buat dia terkejut. jantung dia sakit. kesian... saya menyamar jadi hantu kak limah, tiba-tiba dia baring. ingatkan dia tidur sekejap. rupanya-rupanya tidur selama-lamanya.

adik beradik saya bahalol.. antonim bagi bahalol? bijak.. mereka bijak.. saya terlebih bijak. jadi bapak saya suruh saya masuk universiti hasil daripada simpanan gaji dia selama 6 tahun. bayangkan bila orang terlebih bijak macam saya ni masuk universiti. asyik kena marah dengan orang tua (pensyarah) kat situ je.

otak saya makin lama makin menjadi-menjadi lepas saya kena denda buat research pasal penyakit autism. saya asyik marah marah saja. saya juga ada masalah tidur dan jadi pelupa. bila pihak universiti hantar saya pergi check hospital, dia terus tendang saya dari universit. saya pelik. pastu saya dihantar ke Tanjung Rambutan. sejak dari tu, saya suka rambutan. di sana, saya masih cuba mengkaji sebanyak kajian yang disuruh oleh orang tua (pensyarah) saya dulu. doktor kat tempat saya tinggal kata yang saya tak payah buat lagi kerja tu sebab saya terlalu istimewa.

doktor pun cakap Adibah Noor tulis lagu special buat saya. alah lagu terlalu istimewa tu hahahahhaha... mereka (pensyarah)  semua bodoh sebab tak tahu yang saya ni sebenarnya


gila








*faham ke cerita ni? hahahahahha.. wat2 lah faham kalau tak faham. oh yeah, kalau korang stress, jangan lah simpan. at least bgtau lah orang lain. korang boleh bgtau saya jugak! hehehee... jangan terlalu stress dengan kehidupan kita? memanglah nak hidup ni senang cuma nak lalui ujian tuhan tu kadang-kadang sukar. cari seseorang untuk korang luahkan perasaan. cari orang yang korang percaya. jangan sampai korang dihantar ke hospital orang gila. hahahahha.. okay okay, ini cerita tipu je. just nak share kat korang ape yang saya belajar kat sekolah arini. maaf kalu story ni mengandungi elemen elemen negatif. betul betul minta maaf


Lucky Charm Bracelet - episode 2

Mereka beredar dari sekolah itu dan terus balik rumah. Setelah hantar Ashraf balik rumah, Dr Ashyrah terus pergi ke hospital. Ashraf masuk bilik dan terus baring. Tiba-tiba teringat akan perempuan yang sedang melukis di taman bunga sekolahnya. Dia memejamkan mata. 


Britt..britt..britt..britt..britt..britt.
Bunyi telefon bimbitnya di atas meja studi 


Britt..britt..britt..britt..britt..


Ashraf membuka mata kemudian bangun mencapai telefonnya. Nama 'Adriana' tertera di skrin telefon. Nak angkat ke tak? angkat, tak, angkat, tak, angkat, tak, angkat. tak... angkat. Ashraf menjawab panggilan tersebut.


'Hai!' jerit Adriana keriangan


'Apasal happy semacam ni?' tanya Ashraf


'Yang you ni bengap sangat kenapa? I happy sebab dapat dengar suara you lah, apa lagi? so, you buat apa sekarang?'


'Nothing. Hey, tomorrow I pergi PJ PRIVATE ACADEMY' kata Ashraf dengan tujuan membuat Adriana cemburu


'What?! So, you memang betul-betul pindah sekolah tu?? Tak adil!' rungut Adriana dengan suara yang agak sedih lah jugak


'Yea.. I buat semua benda yang I cakap' kata Ashraf


'Ashh...'  


'Apa?'


'You.... tak nak balik Switz visit your grandpa ke?' pertanyaan Adriana membuatkan Ashraf diam seketika


'Sorry.. So sorry.. I know i'm not supposed to talk about it. Sorry Ashh..'


'No it's okay. I really have to go' kata Ashraf


'You really have to go? Is it because of me? Ashh sorry sebab bangkitkan about your past.' ikhlas Adriana meminta maaf


'Adriana, stop it. I really have to go' tegas Ashraf berkata dengan suara yang serius


'Okay. My parents kirim salam. Bye' Adriana memutuskan talian.


Ashraf tunduk. Melepaskan telefon bimbitnya lalu telefon itu jatuh ke lantai. Dia merenung ke luar tingkap. 


'I'm sorry Ad's. I betul betul nak lupakan pasal masa silam I' bisik Ashraf dalam hati






Pada malam itu, Ashraf beritahu ibunya bahawa dia akan mula bersekolah di PJ Private Academy hari esok jugak. 






Rabu, 19 Januari 2011
Keesokan harinya, ibunya menghantar Ashraf ke sekolah sampai kedalam asrama. Setelah siap mengemas barang di asrama, Ashraf terpaksa mencari kelasnya sendiri kerana ibunya terpaksa pergi ke hospital secepat mungkin. Dia mencari kelasnya iaitu 4-SC1. Tiba-tiba dia ternampak seorang perempuan di taman bunga yang sama seperti hari semalam. Dia cepat-cepat berlari turun tangga dan keluar dari bangunan itu.


Semakin dia mendekati perempuan itu, semakin dia mengenali wajah itu. Macam aku kenal je perempuan ni.
Perempuan itu menyambung melukis lukisan yang dilihatnya semalam. Dia cuba mencapai bahu perempuan itu tetapi ada suara yang memanggilnya secara tiba-tiba. Tak tahu datang dari mana! Dia menoleh.


'Kau, budak baru ke?'


'Emm yea. Kenapa?' lambat Ashraf menjawab soalan itu


'Ohh patutlah. Aku ingatkan barang lelong siapa kat bilik aku tadi. Kau Ashraf kan?' tanya Imran


'Yea'


Sebaik sahaja Ashraf menjawab soalan terakhir itu, budak perempuan itu terus menoleh ke arah Ashraf.


'Awak Ashraf?' tanya perempuan itu


Ashraf berpaling melihat wajah perempuan itu. Kau.. Farhana ke? Aku betul-betul nak tanya dia soalan tu! Tapi...


'Bro, kau kelas apa?' tanya Imran


'4-SC1' cepat dia menjawab


'Wow.. SC1 tu.. kau tahu tak ape maksud SC?' tanya Imran lagi


'Apadia?'


'Aku pun tak tahu.. hahahaha.. jom aku tunjukkan kelas kau' Imran tarik Ashraf pergi


Sambil berjalan mereka berbual...
'Perempuan kat taman tadi... Nama dia?' tanya Ashraf kebingunggan *btul ke eja?*


'Dia? Yang melukis tadi? Hahahahahhahaha.. Buang masa kau je kalau kau nak mengorat dia. Hahahahahahha!!!' sambil ketawa besar


'Cepatlah! Nama dia?!' tumbuk kepala Imran..


'Okay okay.. Dia Tengku Alyssa Sofyea. Kelas 4-SCO. Dia tu sebenarnya...'


'Aku tanya nama dia je. Yang kau nak jawab melebih-lebih ni apasal?' pantas Ashraf memotong ayat Imran


'Hahahahahahhaha... Tu kelas kau. Dah aku pergi dulu' Imran pusing belakang dan terlanggar tiang lalu jatuh.


Imran cepat-cepat bangun dan pergi dari situ. Ashraf pegang tombol pintu. Perlahan-lahan dia membukanya dan...




































'A...apa ni??!!!' menjerit dalam hati


Semua pelajar perempuan yang sedang salin baju menjerit sekuat hati. Pipi Ashraf menjadi merah. Lalu dia tutup pitu itu semula. Apabila dia lihat di sebelah kanan pintu, dia lihat








Girl's changing room






'Siaplah dia!! Aku belasah dia cukup-cukup!!' marah Ashraf dalam hati


Tanpa Ashraf sedari, Farid, pelajar sensasi sekolah memerhatikannya dari jauh.


'Kau cuba nak ambil kesempatan ye. Jangan fikir kau handsome kau boleh sentuh perempuan kat sekolah ni. Apapun, aku jauh lebih handsome dari kau' kata Farid


'Kau gila ke cakap sorang-sorang?' tanya Ashraf


'Braghhhh!!!!! Kau datang dari mana?!!!' Farid terkejut sebab tiba-tiba je Ashraf muncul


'Aku ingat aku cakap dalam hati tadi..' perlahan Farid berkata


Ashraf pergi dari situ. Masih mencari kelasnya. Tiada orang pun yang membantu dia mencari kelas 4-SC1. Dari jauh Ashraf terlihat kelibat Tengku Alyssa Sofyea, perempuan mirip Farhana iaitu cinta pertama Ashraf. Langkah Ashraf terhenti. Perempuan itu semakin mendekati Ashraf. Dia langsung tidak berganjak. Lebih memeranjatkan Ashraf, perempuan tu tegur dia.


'Hoi, kau ni tak masuk kelas ke?' 


'A..aku... sesat' lambat Ashraf jawab soalan Tengku Alyssa Sofyea


'How cute. 16 years old macam kau boleh sesat? Hahahahaha.. Panggil aku Sofyea. Jom aku tunjukkan kelas kau' mula menyusun langkah.


'Yang kau tercegat kat situ lagi kenapa? Cepat lah!' tegas Sofyea memberi arahan


Sofyea terus berjalan tetapi Ashraf seolah-olah kaku.


'Dia.. Farhana..' bisik Ashraf dalam hati.




















to be continued













Tuesday, October 11, 2011

appreciate your bestie!

aq nk cerita sikit kat korang pasal bestie a.k.a best friend. ikut skati nk bce ke x.













loading..











saya ada kawan. saya kenal dia sejak sekolah rendah. dia sangat comel *mcm sy! sori menyampuk >.< hik hik* dia tinggal dekat dengan rumah saya. tiap tiap petang saya main dengan saya. mama saya belikan saya sebuah basikal warna biru. basikal tu sangat cantik. kawan saya macam nak try basikal saya. dia tak de basikal. jadi saya kasi dia main. saya tak tahu dia tak pandai main basikal. lepas tu tak tahu macam mana dia boleh jatuh longkang. nasib baik tak de air dalam tu. saya kesian tengok dia. saya tolong dia. tapi, basikal baru saya calar. saya kesal sebab bagi dia main. 

esok hari, saya tak keluar rumah. saya malas bermain dengan dia. nanti dia rosakkan basikal saya. sejak saya tak keluar rumah, dia datang hari hari kat rumah saya. saya dah jadi bosan. sampai satu hari tu, saya jumpa dia. saya kata saya tak nak jumpa dia lagi. dia terkejut bila saya cakap macam tu. bila dia tanya kenapa, saya tak jawab dan terus pergi. dari jauh saya boleh dengar dia menjerit minta maaf kat saya. saya tak tahu kenapa saya senyum. saya terus balik rumah.

beberapa minggu lepas tu, saya dan keluarga berpindah ke cyberjaya. saya langsung tak bagitahu kawan saya. rupa rupanya dia masih datang ke rumah lama saya di Damansara. saya hiraukan berita tu. bila saya masuk sekolah menengah, semua berbah. semua orang ejek saya. saya tak tahu kenapa. tak ada pun yang cover saya. balik rumah saya bagitahu dekat mama saya. mama saya tak kisah sikit pun pasal tu. jadi saya bagitahu orang gaji saya. dia pujuk saya. dia kata mereka ejek saya sebab saya terlalu comel dan mereka hodoh macam babon. saya senyum. tiba tiba saya teringatkan kawan lama saya. bila saya sedih dia selalu pujuk saya.

sekarang, saya tak ada kawan macam dia. dia bestie saya. di sekolah, ramai kata saya pelik sebab saya suka duduk sorang sorang. saya sangat sedih. saya buat silap besar. saya tak sepatutnya marahkan bestie saya hanya sebab basikal saya calar. saya sangat kesal. saya tahu saya teruk. masa berlalu dengan pantas. saya masuk universiti. saya langsung tak tahu pasal bestie saya. langsung tak ada berita. di universiti, saya ada ramai kawan. tetapi, saya tak ada kawan baik. saya mula lupa wajah bestie saya. saya lupa nama dia. saya lupa.

saya menyertai sebuah lawatan ke kampung. lawatan ini bertujuan untuk menghayati cara hidup mereka. saya sangat teruja kerana lelaki yang saya puja juga sertai lawatan ini. kami memang rapat. cuma dia tak tahu saya suka dekat dia. saya harap dia suka saya. di dalam bas, kami duduk bersama. hehe.. 3 hari kami berada di hulu selangor. tinggal lagi 2 hari kami di hulu selangor. 

saya berjalan jalan di bandar yang tak berapa macam bandar. saya membeli beberapa buah buku komik. bila saya berjalan di kaki lima, beg tangan saya ditarik oleh lelaki yang tamak. saya cuba melawan tapi dia tolak saya. jadi saya menjerit minta tolong. ada perempuan yang berlari kejar lelaki tu. saya terkejut sebab perempuan tu berjaya menumpaskan lelaki yang tamak tu! dia serahkan semula beg saya. saya mengucapkan terima kasih. dia senyum. tiba tiba dia sebut nama saya. dia kata 'lama kita tak berjumpa'. saya pelik.

rupa rupanya dia lah bestie yang pernah saya tinggalkan. dialah bestie yang saya cari selama ini. dia peluk saya dengan erat. saya pun peluk dia semula. dia bawa saya ronda ronda bandar hulu selangor. saya sangat gembira. saya mengajak lelaki yang saya puja keluar makan bersama bestie saya. dia setuju. pada malam itu, kami keluar bersama. bestie dan lelaki yang saya puja sangat rapat. mereka hiraukan saya. saya hiraukan perasaan cemburu itu. esok hari bestie saya asyik tanya pasal lelaki yang saya puja setiap masa. ianya menyakitkan hati.

sampai di suatu tahap, saya hilang sabar. saya kata 'awak ini betul betul kawan baik saya kah? mengapa awak asyik tanya pasal dia? awak tahu kan saya suka dekat dia. kenapa awak nak rampas dia dari saya pula? saya ingatkan awak baik.' setelah saya bentak dia, saya terus pergi. esok hari kami berangkat ke cyberjaya. saya sangat sedih. saya menjauhi lelaki yang saya puja kerana setiap kali saya bersama dia, pasti saya teringatkan bestie saya. 

saya sangat kejam terhadap bestie saya. saya sedar. suatu hari pasti saya dihukum kerana berbuat begitu kepada dia. berapa minggu lepas tu... keluarga saya beritahu saya tahlil arwah bestie saya akan diadakan di rumahnya. saya sangat terkejut. separuh jiwa saya mati. saya pergi ke rumah arwah bestie saya. lelaki yang saya puja juga ada di sini! saya tanya apa yang dia buat disini. dia kata arwah bestie saya tu adalah saudaranya. sekali lagi saya buat kesalahan besar. sejak kecil mereka memang rapat. baru saya tahu perkara sebenar. 

ibu arwah bestie saya cakap dia meninggal sebab kemalangan. katanya hendak jumpa saya dan meminta maaf. dia tak nak berpisah dengan saya lagi. dia nak jaga saya sebab dia pernah kata saya tak pandai jaga diri. saya menangis sekuat hati. tak dapat menahan lagi kesedihan. kesalahan yang dilakukan berulang kali. dia meninggal kerana ingin berjumpa dengan saya! 





walaupun dia miskin, dia tetap bestie saya
walaupun dia bodoh, dia tetap bestie saya
walaupun dia gila, dia tetap bestie saya
walaupun dia tak secantik saya, dia tetap bestie saya
walaupun dia tinggal di kampung, dia tetap bestie saya
dan paling penting
walaupun dia dah meninggal, dia tetap bestie saya
bestie yang sentiasa hidup bersama saya
susah dan senang
sihat dan sakit
suka dan duka








p/s: jangan jadi macam saya atau awak pun akan kehilangan bestie awak. hargai mereka macam mana awak hargai diri awak.








*moral of the story is........................... hahahahha.. korang yg cakap. aq tak cakap pon..haha*




Saturday, October 8, 2011

Lucky Charm Bracelet - episode 1


Selasa, 18 Januari 2011,
Ashraf turun anak-anak tangga dan menuju ke arah ruang tamu. Ibunya, Dr. Ashyrah sedang bercakap dengan entah sape pun aku tak tahu. Gelak macam pontianak tu garenti tengah gossip dengan Datin Che' Na. Kalau pasal gossip, serah je kat Datin Che' Na tu. Semuanya dia tahu. Mama pulak yang dah jadi kawan dia sejak kecik macam semut tu terpaksalah join gossip. Setelah Dr. Ashyrah ternampak anaknya menuruni tangga, dia mengucapkan selamat pagi dengan senyuman yang manis sekali.

'Mama, jom breakfast' pujuk Ashraf yang bosan mendengar ibunya dan Datin Che' Na bergosip.

Dia terus duduk dihadapan meja makan. Beberapa orang gaji menyediakan sarapan pagi buat mereka. Beberapa minit selepas itu, ibunya datang. Semua orang gaji yang berada di situ tunduk sebagai tanda hormat.

'Korang tunduk sampai macam tu, macam lah mama aku ni perdana menteri' bisik Ashraf dalam hati

'Ashh.. Are you sure you nak pindah sekolah? What's up with your old school? Ada problem?' tanya ibu Ashraf kepada anaknya

'No mama.. tak de problem pun'

'Then? huhh... Ashh, two words Ashh'

'Apa yang two words?' tanya Ashraf lembut

'You're weird'

Suara ayah Ashraf dari tingkat atas jelas didengari.

'Honey, nampak stethoscope i tak??' jerit ayah Ashraf, Dr Kamaruddin

Ayah aku ni, selalu hilang stethoscope. Doktor apa macam tu? huh...

'Mama dah daftar ke nama Ashh kat skola baru Ashh tu?' tanya Ashraf. Al maklumlah, mak bapak doktor, so diaorang sangat sibuk sampai birthday aku pun diaorang tak ingat.

'Mestilah mama dah daftarkan. Ashh jangan risaulah' pujuk ibunya

Tak lama kemudian datang ayah Ashraf  dan sekali lagi semua orang gaji yang berada di situ tunduk sebagai tanda hormat. Ayah aku ni pantang kalau orang tunduk kat dia sebabnya...

'Aku tua-tua pun ada orang nak hormat aku. Nampaknya handsome aku ni tak pernah pudar sampai sekarang. Hahahahahahaha' dengan bangganya Dr Kamaruddin memuji diri sendiri

'Tak abis-abis nak puji diri awak tu. Tua bangka pun nak perasan sampai macam ni. Oh, mentang-mentang maid kita sume muda, sume cantik awak nak menggatal pulak' kata ibu Ashraf

'Hahahahahaa.. Mama jangan lah jealous. Mama tetap ayu jelita macam zaman kita busuk-busuk dulu >.<' pujuk suaminya dengan ramah

'Siapa busuk?? Kita? Awak sorang lah busuk. Ashh, jom ikut mama pergi sekolah baru kamu. Kena beli uniform sekolah kat koperasi sekolah. Nanti mama busy, so baik pergi sekarang' Dr Ashyrah bangun dari tempat duduk.

Orang gaji menghulurkan kunci kereta  Porsche 911 Turbo Cabriolet milik Dr Ashyrah kepada Ashraf. Tinggal ayah Ashraf di meja makan.

'humm.. Tinggal kite je kat sini. Tak pe la nasib. Tak boleh buat ape. Jom makan sekali?' Dr Kamaruddin mempelawa orang gajinya makan bersama.




Dihadapan pintu gerbang PJ Private Academy.
Sekolah Swasta yang sangat cantik. Terdiri daripada anak-anak orang kaya. Tapi, walaupun sekolah anak orang kaya, tak semua pelajar bijak. Ada je yang bengap tahap lembu. hahahahha.. Ashraf dan ibunya berjalan menuju ke sebuah bangunan pentadbiran. Ashraf ternampak seorang budak perempuan sedang melukis di taman bunga bersebelahan dengan bangunan pentadbiran. Dia dan ibunya masuk kedalam bangunan tersebut.

Setelah siap membeli uniform, mereka diminta pergi ke asrama lelaki untuk melihat bilik Ashraf. Ashraf berkongsi billik dengan seorang senior Form 5, Imran. Bilik Ashraf dilengkapi dengan sebuah bilik mandi di dalamnya, televisyen, peti sejuk dan kelengkapan yang lain. Tetapi, ketika itu Imran tiada di dalam bilik.

'Pheiww.. agaknya Imran ni orangnya macam mana?' perlahan Ashraf berkata

'Bila dia boleh start sekolah sini?' tanya Dr Ashyrah kepada ketua warden.

'Memandangkan hal-hal yang berkenaan dengan pendaftaran dah selesai, hari ni jugak dia boleh start sekolah di sini.' jelas Encik Ghaffar

'Lelaki ni senyum macam kambing singkat umur ni apasal?! Garenti nak menggatal dengan mama aku' bisik Ashraf dalam hati.

'Ermm, Dr Ashyrah.. Mari saya tunjukkan awak ke kelas Ashraf' pujuk Encik Ghaffar serta senyuman kambing tadi tu menghiasi wajahnya.

'Ahh.. Boleh jugak! :) ' ibu Ashraf bersetuju dengan Encik Ghaffar

Encik Ghaffar memegang tangan Dr Ashyrah. Berani betul kau pegang tangan mama aku. Nak cepat mati agaknya.. Kemudian..

PREKKK!!!

Bunyi tulang tangan kanan Encik Ghaffar. Entah-entah patah akibat Dr Ashyrah karate dia kot.. Hmmm.. Aku memang dah agak dah. Dah agak dah. Mama aq ni luar ada taman, tapi dalam hati ada setan. *perhatian kepada pembaca, JANGAN sesekali cakap macam tu kat mama/mummy/mak/umi/ma/ibu korang macam tu ok! ini hanya hiburan semata-mata.. okay.. ini pengaruh buruh yang aku dedahkan kat korang.. teruk betol..*

'ADUHHHHH!!!!' jerit Encik Ghaffar

'Anak saya pandai cari kelas dia sendiri lah, miang!' bentak Dr Ashyrah.

Mereka beredar dari sekolah itu dan terus balik rumah. Setelah hantar Ashraf balik rumah, Dr Ashyrah terus pergi ke hospital.







to be continued 







introduction

salam sejahtera kpd smua pmbaca.
blog yg dah lama wujud n baru di upgrade kan ni khas untuk hasil karya sy.contoh nya mcm.. sy wat stories, lot of stories n korang bleh baca lah kat blog yg nih. but about my life, school, anime n so on ade kat blog yang lain. saya janji lps PMR nanti sy akn wat bnyk cerita2 yg mungkin akn hiburkan korang. although my blog ni x lah sehebat yg lain but sy akn belajar sikit demi sikit utk canggihkan blog sy.

hari isnin, 10 october 2011 last paper PMR.means, hari terakhir exam bagi sy yg x amik bahasa arab. jadi sy bleh lah wat cerita kat korang sume. n yea sy tau bahasa sy agt lah berterabur dan entah pape ntah tp korang redha je lah... hahahaha..

okay,i think that's all. ermmm.. oh yea, one more thing.. kalu interested ngan story2 yg sy story kan ni follow sy ok?? hehehehe.. dun worry, i won't eat u guys.hahahaha..byebye!






love,
sarah