Wednesday, October 26, 2011

Lucky Charm Bracelet - episode 8

'Sorry Sofyea. Hahahahha.. I have to go. Bye' dia berlari sambil lambai tangan kepada Sofyea. Perempuan-perempuan yang berada disekitar taman bunga cemburu melihat Sofyea.


Sejak Ashraf sibuk dengan ragbi, makin lama dia makin lupa tentang Farhana. Adriana pula sampai sekarang senyap tanpa berita. 





Selasa 8 Febuari 2011,
Pagi dalam pukul 7:20 am di Bilik PJ Rugby Team, Ashraf dan pemain yang lain kemas-kemas barang bersedia untuk bertolak kejap lagi. Hairi memanggil Ashraf yang sedang asyik berborak dengan pemain lain. Dia bangun dan pergi kat Hairi.


'Apasal bro?' tanya Ashraf ringkas


'Kawan kau nak jumpa kat luar?'


'Huh? Kawan? Siapa?' perlahan dia bertutur. Orang pertama yang terlintas dalam kepala otak dia ialah Imran. Tak ada orang lain punya, mesti si Imran tu. 


Ashraf mengambil botol airnya di dalam loker. Dia minum sambil berjalan keluar dari bilik itu. Apabila dia memegang tombol pintu, ada satu bisikan suara sebelah telinga dia.


'Ashh! Jangan pergi!!' bisik suara itu


Dia kaku. Matanya membulat. Air yang diminum hampir tersembur keluar. Perlahan-lahan dia menutup penutup botolnya. Dia masih ingat lagi suara itu. Itu suara Farhana! Itulah kali terakhir dia mendengar suara perempuan itu. Dia memejamkan mata. Kenapa tiba-tiba ni? Kenapa? Ashraf terus membuka pintu itu dan keluar. Sebaik sahaja Ashraf keluar, Farid terus tumbuk muka Ashraf dan membuatkan dia terjatuh. Botol airnya berguling. Kemudian, dia terus pergi kat Ashraf dan belasah dia cukup-cukup. Hairi yang terdengar suara orang bergaduh lalu dia terus keluar dari bilik itu. Apabila membuka pintu dan terlihat mereka sedang bertumbuk, dia dan beberapa pemain ragbi cepat-cepat menyelamatkan Ashraf.


'Kau ni kenapa?!' marah Hairi 


'Aku baru pergi England sekejap, si Ashraf ni dah rampas posisi aku!! Kenapa?!!' bentak Farid kerana tidak berpuas hati


'Kau pergi tak bagitahu orang! Lepas tu nak salahkan orang pulak!' dengan tegasnya Hairi berkata selaku kapten pasukan itu


'Ahhh! Sudahlah!! Habis, sekarang aku main tak?!' 


'Ikut suka hati kaulah, Farid.' Hairi terus bawa Ashraf masuk semula ke dalam bilik.


Tinggal Farid sorang-sorang di luar bilik. Beberapa saat selepas itu, dia membuka pintu bilik dengan kuat. Semua orang didalamnya hanya melihat Farid dengan satu wajah - kebencian; kecuali Hairi dan Ashraf.


'Aku tak kira... Aku nak main jugak' kata Farid


Hairi berdiri dari duduknya. Dari jauh dia berkata 'Ok. Kau jadi simpanan'


'What the hell?!' dengan ekspresi terkejut bercampur dengan marah


'Take it or leave it?'


Aku tiada pilihan. Aku tak nak kalah dengan Ashraf bodoh tu! Farid menerima tawaran Hairi. Kemudian, Mr Jack, jurulatih kami masuk di dalam bilik PJ Rugby Team dan menyuruh kami berkumpul di lobby. Hairi memberitahu Mr Jack tentang Farid menjadi simpanan dan Mr Jack setuju. 


Mereka berkumpul di lobby. Ashraf ternampak Dayana sedang berjalan ke arah tangga. Dia memanggil Dayana dengan kuat sambil berlari mendapatkannya. 


'Kau nampak.. emmm..' kata Ashraf teragak-agak


'Siapa? Sofyea?' tanya Dayana


'Emmm.. Yea..' 


'Aku nak jumpa dia kat library lah ni. Kau nak ikut?' 


Ashraf melihat jam tangannya. 7:42 am. Ahh.. sempat lagi ni kalau nak jumpa dia sekejap!


'Yea! Aku ikut kau!' sambil tarik tangan Dayana berlari mendaki anak tangga.


'Aaa..Ashraf..' bisik hati Dayana




Di hadapan library, pergh!! Penuh! Apasal ramai sangat orang ni?!! Aku tak buang masa. Dari luar library aku menjenguk-jenguk mencari kelibat Sofyea. Dinding library yang dibina khas daripada kaca itu memudahkan Ashraf mencari Sofyea walaupun dari luar library. Dayana pulak dah lama tinggalkan aku sorang-sorang kat luar ni. Cilake. Mana kau Sofyea? Okay.. Jumpa kau! Ashraf berlari masuk ke dalam library. Keadaan di dalam library yang agak sesak dimana aku tak tahu apa sebabnya telah membuatkan aku terlanggar beberapa perempuan. Hahahahha.. Diaorang jatuh tapi aku tak tolong. Padan muka, siapa suruh halang jalan aku. Jadi aku terus berlari. Alamak, mana Sofyea pergi? Tadi.. nampak dia. Tapi sekarang.. dah hilang! Ashraf tengok jam tangannya lagi sekali.7:47 am! Cilake.. Mampus aku kalau aku kena tinggal. Plus, aku.. tak jumpa jalan keluar! Maklumlah, tak pernah pergi library sekolah selama aku study sini.


'Heyy Sofy, just now kawan you cari you' kata Dayana sambil memegang bahu Sofyea


'Siapa?'


'I'm not very sure. Tapi yang pasti dia Professional Rugby Player lah. Pakai jersi warna biru belang-belang' jelas Dayana


'Ohh.. Ashraf. Mana dia?'


'Don't know. Just now I saw him. Hahahahha..' 


Sofyea mencari dimana Ashraf berada. 


'How cute. 16 years old macam kau pun boleh sesat ke?'


Ashraf pusing..


'Sofyea' sepatah keluar dari mulut Ashraf


'Kau buat apa kat sini?' selamba Sofyea bertanya dengan suara yang tak de perasaan


'Emm.. Aa..aku pun tak tahu apa aku buat sekarang.. hahaha..'


'Bodoh' kata Sofyea sambil tersenyum


'Oh ya, asal ramai orang ni? Tak sangka sekolah ni rajin pergi library.


'Haahahhaha! Aku pergi library sebab nak cari buku L'Espagne entre deux siecles : De Zuloaga a Picasso '


'Li..pas apa??' berkerut dahi Ashraf 


'L'Espange entre deux siecles De Zuloaga a Picasso lah bodoh..' kata Sofyea sambil ketawa


'Hahahahhaha.. okay okay.. I give up' 


'Kau setakat nak cakap kosong jumpa aku ni baik tak payah! Nanti kena tinggal bas baru tahu!' tiba-tiba je keayuan Sofyea hilang bila dia cakap macam tu..


'Ohh a'ah lah!! Wish me luck Sofyea!!' Ashraf terus berlari pergi dari situ.




KEPUTUSAN PERLAWANAN

selasa 8-2-2011
[0] PJ Private Academy VS SMK Kelabu Asap [0]
[10] SM Mata Duitan VS SBP Mustajab [24]
[7] SBP Mustajab VS PJ Private Academy [10]
[5] Maktab Rendah Sains Miri VS SM Mata Duitan [0]




rabu 9-2-2011
[0] SMS Alam Semesta VS SMK Kelabu Asap [14]
[24] PJ Private Academy VS SMS Alam Semesta [5]
Separuh Akhir
[7] Maktab Rendah Sains Miri VS PJ Private Academy [14]
[12] SMK Kelabu Asap VS SMK Durian Bakar [12]


khamis 10-2-2011
Permainan 3 & 4
[6] PJ Private Academy VS SMK Durian Bakar [5]
Akhir
[9] SMK Kelabu Asap VS PJ Private Academy [23]





Khamis 10 Febuari 2011,
Di restoran mewah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur sekitar jam 11.00 malam, pasukan ragbi PJ Private Academy menyambut kejayaan mereka dengan hati yang sangat gembira. Bersuka ria sehingga lewat malam atau lebih senang cerita subuh buta around pukul 2.00 am. Bila Ashraf balik je asrama, terus pengsan kat atas katil.


7.15 pagi, Imran bangun tidur. Cilake! Aku lambat lagi! Ehh?? Dia nampak Ashraf tidur dengan berpakaian segak. Sejak bila dia balik? Dia mendekati katil Ashraf dan tenung muka Ashraf lama-lama. Macam ada sesuatu yang lain je.. Berkerut dahi memikirkan apa yang lain tu. Dia pegang pipi Ashraf. Matanya membulat! Panas! Sangat panas!


'Aa..Ashraf.. kau demam?' bisik hati Imran.


Imran segera mendapatkan En Ghaffar. Ikutkan hati tak nak jumpa dia tapi nak buat macam mana, dia warden asrama. Dia masuk kedalam pejabat En Ghaffar. Mana anak teruna tua ni?!!! Dia tanya seorang kerani disebelahnya.


'Mana En Ghaffar?'


Kerani tengok aku lain macam. Geram aku nak jerit "Apa hal kau ni!!". Tapi sabar je.. Oh, baru tahu.. Aku masih pakai baju tidur! hahahahahha!! Kerani tu cakap En Ghaffar ada kat kelas 4-SCO. Aku pun berlari pergi ke kelas tu. Gotcha'! Aku jerit dari pintu masuk kelas tu


'Hoi, En Ghaffar! Ashraf budak baru sakit!! Cepat lah!!' *sumpah tak de adab dia ni =.=' *


Sofyea terkejut! Dia pun ikut En Ghaffar pergi ke asrama Ashraf. Sampai di bilik Ashraf dan Imran, En Ghaffar cepat-cepat pegang dahi Ashraf. 


'Fuyohh.. Panas betul!' *sumpah time ni En Ghaffar nampak sangat bodoh*


Tiba-tiba Ashraf pegang tangan En Ghaffar sambil menyebut nama Farhana. Tergoda En Ghaffar sekejap dengan tangan Ashraf yang sangat lembut tu. Tetapi, Sofyea pula..


'Farhana..?' perlahan Sofyea bertutur.


Tanpa buang masa, En Ghaffar dukung Ashraf untuk membawanya ke hospital. 


'Imran, terima kasih kerana memberitahu hal ini. Lebih baik awak masuk kelas. Oh ya, jangan lupa mandi dulu' kemudian dia terus pergi meninggalkan Imran dan Sofyea di bilik itu.


'Siapa Farhana?' ringkas Sofyea bertanya


'Entah, tapi..dia pernah kata kat aku yang... dia suka kat perempuan tu' jelas Imran.


'Ohhh.. macam tu' antara dengar tak dengar suara Sofyea














to be continued



0 comments:

Post a Comment