Tuesday, January 17, 2012

Lucky Charm Bracelet - episode23

Sofyea sedang marah-marah kat Ashraf sebab lambat. Farid hanya lihat dari jauh. Dia pusing belakang-niat nak patah balik. Dia pun mulakan langkahnya menuju ke pintu masuk tadi.
   'Elman!'
Farid pun matikan langkahnya. Betul ke apa yang dia dengar? Perlahan-lahan dia pusing dan lihat ke arah pentas, dimana Sofyea dan lain-lain berada.
   'You tak nak join I tengok audition ni berlansung?' Tangannya bergetar, jantungnya berdebar. Suasana di dalam dewan menjadi sunyi. Dia berdebar-debar menunggu jawapan daripada Farid.
   'Since you're so desperately, wanting me to stay here with you, then i'll stay' jawab Farid dengan senyuman nakal.
Sofyea menggengam tangannya.
   'FARID!!! I'M GONNA KILL YOU! I'M SO GONNA KILL YOU FARID!' 
Farid memasukkan tangan ke dalam poket seluar
   'Myyy.. Sofyea, I was wandering when are you going to confess your feelings towards me' keluh Farid perlahan. Jauh di dalam hatinya, dia yakin Sofyea suka terhadapnya. Kadang-kadang dia merasa bimbang jika suatu hari nanti pendirian Sofyea akan berubah.
**********
Imran mencuit bahu Ashraf. Dia terjaga dari lamunan. Bangang kau Imran! Tegur orang tu bukan nak bagi salam dulu! 
   'Apa?' tanya Ashraf dengan malas. Dia mengecat sekeping papan yang akan digunakan untuk menggantikan pokok yang sebenar semasa pementasan PJ Festival nanti sebagai denda membuat kecoh di kafeteria tempoh hari.
   'Kau masih nak rebut Sofyea ke?'
Tiba-tiba sahaja Ashraf kaku dengan pertanyaan Imran tadi.
   'Wehh.. Aku cakap dengan kau ni, bukan dengan papan' Imran mula tak puas hati kerana Ashraf seolah-olah tidak mengendahkan pertanyaannya.
Dia mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan itu, 'I will not give her up'
   'Aku ingatkan kau tak nak jawab soalan aku tadi' kata Imran dengan nada sinis. Dia termenung seketika kemudian dia tenung wajah Ashraf yang berlagak tenang tu. 'What's so special about this girl named Farhana?' tambah Imran.
Bila dengar je nama Farhana, dia terus pandang Imran tepat ke anak matanya.
   'Farhana?' rasa macam telan jarum je bila sebut nama perempuan tu.
Imran mengangguk perlahan. Dia mencapai berus cat disebelahnya dan sambung mengecat papan. 'Yes. Kau pernah bagitahu kat aku pasal perempuan nama Farhana' 
Dengan perlahan-lahan, Ashraf menoleh ke arah Sofyea yang sedang berbincang dengan Dayana di hujung pentas. Jadi aku pernah bagitahu dia pasal Farhana huh?
   'Not to mention, kau pernah cakap yang Sofyea kinda mirip wajah Farhana'
Damn. Aku tak pernah bagitahu sesiapa pasal ni? Sejak bila pulak aku bagitahu dia pasal personal life aku ni? Oh yea! Masa kita buat candle light dinner kat rooftop tempat Imran tu. I told him everything that night. Well, not everything. Aku beranikan diri untuk bersuara dengannya setelah lama mendiamkan diri.
   'Kau ingat lagi?' dia tak sanggup nak tengok muka Imran, jadi dia sambung mengecat papan.
   'Yes of course! Kau ingat aku ni nenek kau yang ada penyakit lupa tahap melampau?'
Aku gelak kecil. Gelak yang dipaksa, bukan secara ikhlas. Ashraf cuba berlagak tenang.
   'Apa lagi yang kau ingat?'
   'Part masa kau cakap kau suka kat Farhana secara diam-diam'
Ashraf tersentak. Imran meletakkan berus cat ketepi dan pandang muka kawannya tu.
   'So, sekarang bila kau tengok Sofyea, kau nampak Sofyea atau Farhana?'
Ashraf diam. Masih dengan muka terkejut.
   'Aku faham kau tak sempat nak rebut cinta Farhana, sebab tu sekarang kau beriya nak pikat si Sofyea tu kan?' Imran mengeluh. 'Aku bukan apa, cuma kau kena jujur dengan diri kau. Kalau kau sedar dengan siapa kau suka sekarang, tak jadi masalah. Tapi kalau kau tengok Sofyea, then nampak Farhana..aku tak..' kata Imran tersekat-sekat.
Kata Imran yang tersekat-sekat telah membuatkan Ashraf ingin tahu apa yang hendak diperkatakan oleh Imran.
   '...aku tak berapa..suka sebab kau tak jujur dengan perasaan kau. Kau seolah-olah suka Sofyea hanya kerana kau teringatkan Farhana' jelas Imran menyambung ayatnya yang tergantung. Wajah Ashraf mula berubah. Dia meletakkan tangannya di kedua-dua bahu Ashraf 'Kau faham apa maksud aku?'
**********
Sofyea berjalan ke arah Ashraf dan Imran.
   'Orang suruh buat kerja! Bukannya bercakap!' bentak Sofyea dalam hati. Setiap langkah yang dibuat, perasaan ingin membunuh kedua-dua makhluk tu makin membara.
**********
Ashraf tersedar dari alam fantasinya. Lama di tenung muka Imran.
   'Kau ingat aku bodoh ke?'
Imran tersentak. Ashraf melepaskan tangan Imran
   'Kau ingat aku buta? Aku boleh bezakan mana Farhana dan Sofyea'
Kini tiba giliran Imran membisu.
   'Ya! Memang aku suka Farhana!'
Langkah Sofyea terhenti.
   'Huh??' kata Sofyea perlahan.
Farid yang berada tak jauh dari situ, mendengar perbualan mereka dari awal lagi. 
   'Bagi aku Sofyea tu takde apa-apa. Dia cuma stranger yang mirip Farhana! Farhana is my one and only. Yes.. tu semua tanggapan aku bila pertama kali jumpa Sofyea kat sekolah ni. Tapi..'
Sofyea memberi sepenuh perhatian bila Ashraf sebut je perkataan tapi.
   '...tapi Sofyea jauh lebih baik daripada Farhana. Kau tahu, mungkin Sofyea wujud dalam hidup aku sebab tuhan kasi aku peluang untuk cari cinta yang betul-betul..'
   'cinta sejati' kata Imran membetulkan perkataan Ashraf.
   '...yes, cinta sejati. Aku rasa.. aku betul-betul suka kat Sofyea' jelas Ashraf dan diakhiri dengan senyuman.
   'Kau rasa kau suka kat dia? Rasa? Kau mana boleh teragak-agak macam ni'
   'Okayy fine. Aku suka kat Sofyea. Puas?' jawab Ashraf
Mereka gelak. Sofyea mengundurkan langkahnya kebelakang. Pipinya semakin panas dan jantungnya seperti bom yang bila-bila je akan meletup. Dia terpijak wire lalu jatuh terduduk. Farid cepat-cepat bangun dari duduknya dan pergi mendapatkan Sofyea.
   'Are you okay??' tanya Farid bimbang. Baru nak sentuh bahu Sofyea, dah di tepis oleh perempuan itu. Farid sangat terkejut dengan tindakan Sofyea.
   'Kau rasa dia dengar?' bisik Imran di telinga Ashraf.
   'Entah'
   'Sofy..?' kata Farid perlahan.
Apa yang aku fikir ni? Ashraf mesti buat lawak je tadi. Tak mungkin dia suka kat aku. Tak masuk akal. Mungkin dia nak tunjukkan bakat dia berlakon kot.? Yea mungkin.
   'I tolong you okay?' Farid menghulurkan tangannya.
Akhirnya Sofyea menyambut tangan Farid yang sejuk tu.
**********
   'Saya tak nak jadi watak tiang!' bentak Ashraf tak puas hati.
Sofyea mencekik pingannya. 'Takde pilihan lain. Kau kena ambil jugak watak tu'
   'INI TAK ADIL! Habis tu, Farid ambil watak apa?'
   'Dia akan jadi budak serdahana yang cintakan Princess Mala' jawab Sofyea
   'WATAK UTAMA????!!!'
Sofyea mengangguk. Kemudian Ashraf terus pengsan.




to be continued