Saturday, November 12, 2011

Lucky Charm Bracelet - episode 11

Ashraf gagahkan diri. Dia bangun dengan perlahan. Mencapai kaca matanya di dalam poket kemeja putih lalu memakainya. Dia berjalan menuju ke arah Adriana. Kakinya mengigil.


'Happy belated birthday, Adriana Ghina' sambil memeluk Adriana dari belakang.


Adriana senyum. Hahahahah.. Ingatkan dia lupa birthday aku. Dia memegang tangan Ashraf dengan kedua-dua tanggannya. Adriana tersentak.


'A..Aisy.. You.. sangat panas!' kemudian dia terus pusing kebelakang. Sumpah dia hampir tak kenal lelaki itu. Muka dia sangat pucat! Tersangat pucat! Dah gaya orang nak mampos! Aku memang tahu dia pakai kaca mata sbb dia rabun jauh. Tapi memang jarang sangat dia pakai kaca mata. Kenapa? Kenapa Ashraf?


Adriana mengangkat dagu Ashraf. Aku tak boleh berdiam diri. Tengok muka dia yang menahan sakit tu? Sumpaha aku tak sanggup. 


'Kalau you nak tahu... ni.. lah.. KLC..C  tu.. cantik.. kan?' kata Ashraf sambil menahan sakit. Matanya semakin kabur. Bodoh, janganlah pengsan! Tak macho lah kalau aku pengsan depan Adriana!


PANG~~! tapak tangan Adriana landing kat pipi Ashraf. Kaca matanya hampir terpelanting. Pipi yang putih melepak tu terus bertukar merah. Mata yang kabur itu tiba-tiba rasa macam segar semula.


'You ni tak abis-abis acting like an idiot! You tahu you sakit tapi still you masih nak keluar dari hospital! Kalau you tak menyusahkan I tak pe lah! Kalau you tiba-tiba pengsan kat sini macam mana? What am I supposed to do?! You think I'm your maid huh?!~' bebel Adriana


Ashraf kaku mendengar bebelan Adriana itu tadi. Badannya kembali lemah. Begitu juga dengan pandangannya. Tubuh aku tiba-tiba rasa berat... Adriana masih tidak berhenti membebel. Kemudian . . .  perlahan-lahan Ashraf terjatuh.. Cepat-cepat Adriana sambut.


'Ahh Shit! Asal you ni sangat berat?!! Nampak je kurus tapi.. hishh!!' bentak hati Adriana. Ashraf separuh sedar masa itu. Kira kalau nak jalan tu boleh lah tapi kena ada yang pimpin tangannya. Adriana bawa dia kat bangku berdekatan. Kemudian dia panggil teksi dan lekas-lekas driver teksi tu dukung Ashraf masuk kat dalam kereta. Ashraf baring di atas riba Adriana. 


'Uncle, hantar kami ke PCMC Jalan Kia Peng' tegas Adriana memberi arahan


Lama-lama, mata Ashraf yang berwarna perang itu tertutup. Adriana tak tahu sama ada dia pengsan atau tidur atau hanya berlakon. Dia membuka kaca mata Ashraf lalu diusap rambut lelaki itu.


'Please don't die Aisy Ashraf..' 
tiba-tiba saja Ashraf senyum bila Adriana cakap macam tu. Tapi, Adriana tak nampak Ashraf tengah senyum time tu.. hahahah.. Tak lama pastu Ashraf tak sedarkan diri. Tubuhnya berpeluh dan suhu badannya makin panas. Kulitnya juga makin pucat. 
Bila sampai je di PCMC, Ashraf dikejarkan ke E.R (emergency room). Kebetulan pada masa itu, Sofyea berada di bahagian reception. Dia nampaklah ada orang dikejarkan ke E.R cuma dia tak tahu orang itu adalah Ashraf. Matanya fokus ke arah perempuan yang berambut kerinting itu, Adriana. 


'Wahh.. god damn she's beautiful' kata Sofyea


Kemudian dia terus ke tingkat 4 dan masuk kedalam suite Ashraf. Huh? Tak ada? Umm.. Maybe keluar ambil angin kot.. Sofyea tunggu di atas sofa. Dia buka TV.


*     *     *     *


'Ashy, I dengar your son masuk E.R tadi' kata Dr Shuhadah


Riak wajah Dr Ashyrah berubah serta merta setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Dr Shuhadah, rakan sekerjanya itu tadi. Dia sangat terkejut! Nasib baik tak sakit jantung, silap-silap nanti aku pulak yang masuk E.R! Apa pasal pulak ni?? Dr Ashyrah bergegas ke E.R.


'Adriana?'


Adriana yang sedang duduk menunggu terus bangun setelah melihat kelibat Dr Ashyrah.. Dia terus peluk wanita yang berusia 30-an itu.


'Auntie.. Auntie I'm so sorry! This is my fault! Kalau tak kerana Ad, Ashraf takkan jadi macam ni!' kata Adriana sambil menangis memeluk Dr Ashyrah.


Dr Ashyrah tidak berkata apa-apa. Dia mengikat rambut Adriana dengan jari-jemarinya. Hatinya berdebar-debar. Dia tidak memikirkan apa-apa kecuali Ashraf. Sejak dari mula Ashraf di hospital, dia sudah mengetahui penyakit yang sedang menyerang anaknya. Tetapi dia merahsiakannya daripada Ashraf.  Berharap suaminya cepat sampai seperti yang dijanjikan. 


'Auntie.. I'm..'


'Enough.. It is not your fault my dear.. Dah lah tu.. Ashraf budak yang kuat. Trust me, he's gonna be okay'


Mereka masih berpelukan. Adriana tidak berhenti menangis manakala Dr Ashyrah menahan diri daripada mengeluarkan air mata. 'Aisy Ashraf...' bisik hati ibunya.


*     *     *     *
Ashraf dimasukkan kedalam suite nya itu semula. Sofyea yang dah lama menunggu bangun kerana terkejut melihat Ashraf dipindahkan dari mana entah. Sofyea bertambah bingung. Apa yang terjadi? Sekarang, Ashraf selamat dipindahkan semula ke atas katilnya. Beberapa jururawat keluar. Kemudian diikuti dengan doktor lelaki yang berusia kira-kira 40-an. Dr Ashyrah ternampak Sofyea yang sedang berdiri di sebelah sofa. Dia mendekati Sofyea.

'Ermm, doc, apa jadi dengan Ashraf?' tanya Sofyea

'uhh.. emm.. He's okay. By the way, you are?' kata Dr Ashyrah 

'Sofyea, his friend. We've met before' sambil senyum memperkenalkan diri.

'Ohh really? Maybe auntie tak perasan. You and another friend of Ashraf, tolong jaga Ashraf sekejap okay. I have to call my husband'

Lalu ibu Ashraf keluar dari bilik itu. Sofyea ingin tahu siapa 'another friend of Ashraf' tu, maka dia pergi ke arah katil Ashraf. Langkahnya terhenti. Dia sangat terkejut sehinggakan dia terlepas telefon bimbit daripada genggaman. Telefon itu jatuh dan mengeluarkan bunyi. Adriana mengangkat kepalanya. Dia! Dia perempuan yang aku jumpa kat bawah tadi! Jadi, orang tadi tu ialah Ashraf?! Siapa dia ni? Dia Fatin ke? Dia mengambil telefon bimbitnya semula.

Adriana bangun. 'Nice to meet you' sambil menghulurkan tangan. Mereka bersalaman. 'You.. are?' tanya Adriana perlahan.

'I'm Sofyea. His friend. I.. really have to go'

'Wait a sec! You.. tak nak tunggu dia bangun ke?' tanya Adriana

Sofyea termenung ke arah jasad lelaki itu.. 'No.. It's okay'

'Okay, I understand. Nanti bila dia dah bangun, I'll tell him that you..' tak sempat nak sambung, Sofyea terus potong line

'No.. I don't think so.. Please don't tell him anything about me' kemudian Sofyea terus pergi meninggalkan suite itu.

Dahi Adriana berkerut seribu. Pelik. Macam aku pernah jumpa dia. Kenapa dia tak nak tunggu Ashraf sedar dulu? Speaking of which.. Ashraf sakit apa?

*     *     *     *
di dalam perbualan telefon antara ibu dan ayah Ashraf.

'What?!! Kenapa you tak bagitahu I awal-awal?!!' marah Dr Kamaruddin.

'I.. didn't expect that he'll..' kata Dr Ashyrah. 'I'm sorry.. I just.. tak tahu nak buat apa..'

'Apa you rasa you rahsiakan benda ni, masalah akan settle?!'

'Don't yell at me! Okay! I'm sorry!'

'Sekarang ni Ashraf tahu ke yang dia....'

'Dia tak tahu' perlahan Dr Ashyrah bertutur

'OMG, you're crazy!'

'Why don't you just come here!!' lalu Dr Ashyrah memutuskan talian. Perlahan-lahan dia duduk di atas lantai itu.. Ya Allah.. Dugaan apa yang kau berikan kepada aku ni? 

*     *     *     *
Dr Kamaruddin mencium dahi anaknya. Kemudian, Adriana bersalaman tangan dengan ayah Ashraf. 

'I wish I can accompany Ashh this whole night but.. ' kata Dr Kamaruddin.

'Honey.. I'm so sorry.. I.. I..' kata isterinya sambil menangis

'Tak pe' Dr Kamaruddin memeluk isterinya yang sedang menangis.

Jadi, pada malam itu Adriana dan Dr Ashyrah bergilir-gilir menjaga Ashraf. 

Sabtu 12 Febuari 2011,
Lebih kurang pada pukul 3.40 pagi, Ashraf terjaga. Tubuhnya rasa sakit-sakit. Dia bangun. Di sebelah kanannya, dia ternampak Adriana sedang tidur. Manakala ibunya duduk diatas kerusi yang tidak berapa jauh dari katil. Juga sedang tidur. Dia melihat bajunya. Masih baju yang dia pakai maghrib tadi-baju T-shirt polo berwarna baby blue dan disarungkan kemeja putih belang-belang. Maksudnya, aku masih tak mandi lagi. Ashraf bangin perlahan-lahan. Dia mencapai kaca matanya lalu memakainya. Terus masuk kedalam bilik air. Dah siap mandi dia tukar pakaian dan bancuh air Nescafe. Yummm sedap! Beberapa minit kemudian, alamak.. Tak boleh tidur.. Eishh!! Ni mesti pasal aku minum Nescafe tadi. Huhh..Dia buka TV dan tengok sambil baring kat atas katil. Tengok orang lumba swimming.. Tak lama pas tu aku pun hanyut dalam mimpi. Ashraf terlena.

Pagi tu Dr Ashyrah bangun. HAH?!?! ASHRAF & ADRIANA HILANG! mana diaorang pergi?!!






to be continued



0 comments:

Post a Comment