Sunday, November 20, 2011

Lucky Charm Bracelet - episode14

'Aisy Ashraf, telah pun mengundi calon kita yang bernama . . .'


Spotlight di fokuskan kat Ashraf. Salah seorang perempuan senior yang duduk beberapa selang barisan belakang Ashraf terkejut dengar nama lelaki tu diumumkan. 'A-Aisy.. Ashraf? That kid?' sambil melihat muka Ashraf yang sedang menahan silauan lampu. 


Sofyea dan Dayana yang berada di pentas sangat gementar. Imran duduk kat mana entah masa tu. Dia pun SMS Ashraf. iPhone Ashraf bergetar-getar.


'Wehh! kau vote sapa?' tanya Imran dalam SMS 


'x sabar2 budak ni! Aku sekeh kepala kau karang baru tahu! tunggu je lahh' jawab Ashraf.


Pelajar-pelajar dalam dewan mula tak duduk diam. Masing-masing pandang sesama sendiri.


'. . . tahniah . . . Dayana ! !' jerit pengacara majlis.


Dayana sangat sangat terkejut! Dia menutup bawah hidung dan mulut dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Dahi Sofyea berkerut.seolah-olah tak tahu apa yang sedang berlaku. iPhone Ashraf bergetar-getar semula. SMS masuk daripada Imran.


'Kau vote si DAYANA tu KEE??' tanya Imran. 


Ashraf hanya senyum. Dia tidak menjawab soalan Imran. Apa salahnya kalau aku undi Dayana? Dayana berdiri dan memeluk Sofyea. Kemudian dia bersalaman dengan ahli jawatankuasa yang lain. Senyuman manisnya menghiasi wajah perempuan itu. Dia mencapai mikrofon dan mulakan ucapannya.


'First of all, thanks to semua yang vote saya especially Aisy Ashraf. And special thanks to Sofyea sebab dia selalu tolong I dengan kerja-kerja ni semua. OMG.. I'm speechless! . . . . . ' Ramai pelajar yang bersorak gembira. bla bla bla dah abis ucapan...Semua pelajar berdiri dan menepuk tangan. Habis saja majlis itu, Ashraf terus mencari Sofyea. Dia ternampak Sofyea sedang mendaki anak tangga untuk ke perpustakaan. Dia memanggil nama Sofyea. Sofyea berhenti dan pusing. Setelah dia lihat wajah lelaki yang mengundi Dayana menjadi presiden sekolah itu, dia terus pergi dari situ-masuk dalam perpustakaan.


'Heyy! Tunggu lahh!!' jerit Ashraf. 'I can explain!'


Di dalam perpustakaan, Sofyea mencari buku untuk dibaca. Dia mencapai sebuah buku berjudul Shiver written by Maggie Stiefvater. Ashraf memegang bahu kiri Sofyea. Tanpa disangka, tangan Ashraf ditepis oleh Sofyea. Ashraf sangat sangat terkejut atas tindakan Sofyea sebentar tadi. 


'A-apa..yang aku buat ni?! Kenapa tiba-tiba aku buat macam tu kat dia?' bisik Sofyea dalam hati. Dia menundukkan kepala lalu meletakkan semula buku itu di atas rak. 'Kau tahu kan... yang aku nak sangat jadi presiden' perlahan dia bertutur.


'Maaf.. aku..' 


'Hahahahaha.. aku yang patut minta maaf sebab marahkan kau' kata Sofyea. Dia menyusun langkah beredar dari situ. Ashraf pegang tangan kirinya-menghalang Sofyea daripada pergi.


Dengan berani Ashraf berkata 'Kalau kau jadi presiden, kau takkan ada masa untuk lepak dengan aku. Aku kan Troublemaker kau . . .' Sofyea terus pusing ke arah Ashraf.Dia tersentak. 


'Apa?!! Dari mana dia tahu?!' bentak Sofyea dalam hati.


'. . . A-aku.. akan bosan.. tanpa kau tahu tak..' 
Ehhh?!! apa aku cakapkan ni?!
'. . . maksud aku sebenarnya.. hahahha.. tanpa kau dan Imran!' kata Ashraf cover malu sambil ketawa kecil yang dibuat-buat.


'Huh . . ?' kata Sofyea keliru.


'Ohh.. tarapapa.. jom pergi dari sini!' sambil tolak Sofyea pergi dari perpustakaan.


*     *     *     *
Rabu 2 Mac 2011,
Di bilik persatuan pelajar. Tamat sahaja sesi persekolahan pada hari itu, ahli jawatankuasa Persatuan Pelajar PJ Private Academy telah mengadakan mesyuarat tentang Festival Sekolah atau lebih dikenali sebagai PJ Festival yang akan berlansung pada Jumaat 1 April 2011 nanti.


'Let's rock our PJ Festival!' jerit Dayana. Ahli yang lain menepuk tangan. Mesyuarat bersurai.
*     *     *     *


Di 4-SC1, Ashraf mengemas beg. Dia meraba-raba laci mejanya kalau-kalau ada buku yang tertinggal. 'Ehhh..? Kertas?' dia mengeluarkan sekeping kertas yang dilipat hingga kecil. Setahu aku, aku tak lipat kertas hari ni.. Dia membuka kertas itu dan menarik kerusinya lalu duduk.


'Ashraf.. jumpa saya di library lepas kelas. saya tunggu di bahagian Legacy of The World'


'EHHH??!!' mata Ashraf membulat. Ramai yang tengok Ashraf sebaik sahaja dia cakap ehhhhh tu.. 'Le-lega-cy of The-Wo-world??' katanya perlahan.


'Kenapa dengan Legacy of The World?' tanya Tina selamba.


'Boleh.. a-awak tunjukkan saya.. tempat tu?' tanya Ashraf teragak-agak. 'Sa-saya tak tahu sangat pasal library ni.. ehehehe..' sambil menggaru kepala.


'Hahh??' Ekspresi wajah Tina sangat terkejut.  Dia ketawa sekuat hati. 'Ohhh apalah! Mestilah saya boleh temankan awak ke sana!'


'Ohh.. hahah..' perlu ke dia ketawa macam orang gila?? 'GREAT' maksud aku great bukanlah great yang memuaskan hati-tapi sebaliknya.


'Jomm!!' Tina menarik tangan kanan Ashraf. Ashraf mencapai beg di atas meja dengan tangan kiri.
*     *     *     *


Di Legacy of The World, tingkat 2 perpustakaan PJ Private Academy.
Ashraf mendekati seorang perempuan yang sedang asyik membaca majalah Reader's Digest. Rambut paras bahu tu tak lain tak bukan mesti Sofyea. Dia menepuk bahu kanan Sofyea dari belakang. 'Hi Sofyea!'. Perempuan itu berpaling ke arah Ashraf.


'Sorry.. I'm not Sofyea' kata perempuan itu dengan suara yang tak de perasaan.


'Ehhhhh??!' jerit Ashraf terkejut. betul ke aku ni? Betul ke ni section Legacy of The World?? Ashraf lihat sekeliling untuk memastikan dia tak salah orang. Karang tak pasal-pasal aku tanggung malu. Perempuan tu tengok aku semacam. 


'You're Aisy Ashraf right?? Anak Dr Ashyrah?' tanya perempuan itu.


'Y-yeaa..?' kata Ashraf perlahan dengan muka blur.


'Then I'm not mistaken' dengan senyuman menghiasi wajah. 'I'm Nur Zayani, your senior. Just call me Zaya. Ohmyyy.. you.. have your father's look!' sambil melihat wajah Ashraf dengan teliti.


'Ex-excuse me?' dahi Ashraf berkerut.


'Ohh nothing.. okay, sebab saya suruh awak datang sini adalah kerana. . .'


'Apa?!! Jadi awak yang hantar surat tu??!' tanya Ashraf 


'Nope.. I did wrote the letter tapi bukan saya yang hantar. saya suruh adik saya yang hantarkan' jelas Zayani.


'Erkk.. same je lah tuu.. =.=' hishh..' bisik hati Ashraf. 'Asal nak jumpa?' 


'Tak de ape. Nak pastikan yang awak ni Aisy Ashraf. Tu jee..' meletakkan majalah itu di atas coffee table dihadapannya. 'Semalam, masa mereka hebohkan nama awak tentang undian terakhir tu, saya jadi curious. Nak tahu sama ada Aisy Ashraf yang saya kenal ataupun Aisy Ashraf yang lain. Susah nak tengok muka awak masa dalam dewan semalam. Jadi saya suruh awak datang sini.' dia melangkah pergi.


'Tunggu! A-awak.. kenal saya.. ke??'


'Taklah like ''sangat-kenal-siapa-awak''. But my parents know you very well' kemudian kelibat Zayani hilang. Ashraf hanya mampu berdiri dengan muka yang sangat blur. Apa yang Zayani maksudkan? Ashraf duduk di atas sofa berkulit di sebelahnya.


'Ehhhhh??!' perpustakaan tu sunyi seketika. 'What is going on here?!!' 1 bangunan tu boleh dengar suara Ashraf menjerit.





to be contidued



0 comments:

Post a Comment