Thursday, December 29, 2011

Lucky Charm Bracelet - episode22

'Kalau macam tu, aku nak tukar daripada rugby kepada swimming!' jerit Imran bersemangat. 'Oh yeah, VICTORY!!' sambil buat peace dengan kedua-dua belah tangan.
   'You wish..' perlahan gila suara Ashraf. Kemudian Ashraf bangun dan baling frying pan kat kepala Imran lalu Imran jatuh pengsan. :P

*    *    *    *
Jumaat 11 Mac 2011,
di kelas 4-SCO. Jari jemari Dayana sedang asyik menari di atas keyboard laptopnya. Sekejap-sekejap dia melihat jam di dinding kelas. Jam menunjukkan pukul 10.22 pagi. Pelajar masih makan di kafeteria. Sofyea masuk ke dalam kelas dengan membawa plastik oren yang sangat besar.
   'Dayana!' 
   'Huh??' dia berhenti menaip.
   'D-drama.. club' dengan perlahan-lahan Sofyea melepaskan beg plastik itu lalu jatuh di atas lantai.
   'Kenapa dengan Drama Club?' kemudian Dayana pun berdiri dan mendekati Sofyea.
   'Ramai yang tak nak perform untuk PJ Festival nanti!'
   'Yea mereka tahu tak akan ramai pelajar yang akan tengok pementasan tu nanti'
Sofyea melabuhkan punggungnya di atas meja lalu mengangkat kedua-dua kakinya dan duduk bersila.
   'Bersila atas meja student? How rude.' gurau Dayana dan diikuti ketawa kecil.
   'What am I supposed to do?' kata Sofyea sambil menongkat dagunya.
Dayana mengambil langkah keluar dari kelas itu. Tiba-tiba..
   'Dayana'
Setelah mendengar namanya dipanggil, dia pun menoleh ke belakang.
   'I have an idea' kata Sofyea.
   'Oh yeah? Tell me'
Dengan pantasnya Sofyea turun daripada meja itu kemudian capai tangan kiri Dayana.
Dahi presiden sekolah itu berkerut seribu. Pelik. Apa yang Sofyea nak buat ni? 'Bodoh, kau nak buat apa?'
   'You tunggulah'
Sofyea berlari keluar daripada kelas itu. Mereka menuju ke Bilik Siaran.
*    *    *    *
Di Bilik Siaran. Seorang pelajar tingkatan 2 sedang bercakap di mikrofon.
   'Pastinya semua pelajar tak sabar-sabar nak tunggu hari PJ Festival kita kan?! Oh Yeah! Sebenarnya saya pun tak sabar. Dengar cerita, mereka kata nak adakan konsert. Konsert? Yeah saya pun agak terkejut. Siapa yang akan menyanyi?....'
Mikrofon dirampas.
   'V-Vi-ce President?!!' pelajar tu berdiri terkejut apabila melihat kelibat Sofyea yang tiba-tiba muncul di dalam bilik itu.
*    *    *    *
Di Kafeteria.
Air Milo panas yang masih belum ditelan tersembur keluar.
   Kemudian Imran berdiri dari duduknya 'BODOH! ASHRAF! Apa kau buat ni..?!!' bentak Imran. 'Habis basah baju aku!'
   'S-sofyea.. menyanyi konsert?' bisik Ashraf dalam hati.
Yeah. Satu sekolah tu boleh dengar suara pelajar tingkatan 2 tu. Mereka semua sangka bahawa Sofyea yang menyanyi konsert.
*    *    *    *
Di Bilik Siaran.
   'Maaf maaf. Hahahahahhaha' Sofyea menggaru kepala yang tidak gatal. 'Perhatian kepada Aisy Ashraf, Tengku Imran, Erfan Farid dan Muhammad Haikal, sila berjumpa dengan saya di Bilik Siaran sekarang juga. Terima kasih'
Sofyea memulangkan semula mikrofon tadi kepada pelajar yang bertugas di situ.
   'Sofy, you nak buat apa ni?!' marah Dayana
   'You tunggulah'
*    *    *    *
Di Kafeteria.
   'Im jom pergi'
   'Pergi? Pergi mana?'
   'Sofyea panggil. Dia kat Bilik Siaran'
Adriana yang sedang makan hamburger di meja yang sama turut menyampuk. 'Ashh, I ikut boleh?'
   'Yea whatever' balas Ashraf.
Mereka menuju ke bilik tersebut.
*    *    *    *
Di Rooftop Blok E (bangunan makmal fizik, bio, kimia dan lain-lain makmal)
Farid sedang baring di atas bangku sambil pegang handphone-nya. 'Bilik Siaran, huh?' 
*    *    *    *
Di Bilik Siaran
Beberapa minit selepas tu, datang Ashraf dan Imran. Tiba-tiba Dayana ketawa besar.
   'Imran, what's up with your shirt??! Hahahahahaha!' 
   'Shut up you dirty brat!' suara Imran memenuhi ruang bilik itu.
Dayana masih ketawa macam hantu tak siuman.
   'Erfan dan Haikal tak datang lagi? Lambatnya' keluh Sofyea perlahan.
   'Saya dah sampai lah' kata Erfan dengan nada tak de perasaan.
Semua orang dalam bilik tu macam..
''Eehhhhhhhhhhhhhhh???!!!''
Sofyea pun bertanya 'Sejak bila awak masuk dalam bilik ni?' Erfan hanya membisu. 'Mana Haikal?' tambah Sofyea lagi.
   'Entah. Dia kata dia ada projek' 
Sofyea pun menyuruh mereka duduk di atas kerusi yang disediakan. 'Aku nak korang buat pementasan masa PJ Festival nanti'
Maka Ashraf dan Imran pun.. 'APA..???!!!!'
Adriana gelak besar! Padan muka!
   'Adriana, kau pun' tambah Sofyea
   'Bloody hell'
Dayana pun berdiri dan jalan menuju ke arah pintu keluar tetapi di halang oleh Ashraf.
   'Oh president.. Kau nak pergi mana..? HAHAHAHA!' katanya sambil pegang bahu Dayana.
Dayana turut ketawa. 'Sofy, aku tak terlibat kan? Kannn..???' sambil buat muka seposen.
   'Oh yes darling'
   'I knew it! Love you Sofy!'
   'Sory. I tak abis cakap. Oh yes you pun terlibat'
   'NOOOOOOOOOOO...!!!!!!!!!!!'
   'HAHAHAHAHAHA! Padan muka kau Dayana!' jerit Ashraf di telinga Dayana. Kemudian Dayana pun tendang Ashraf dengan kepala lututnya. Pengsan budak tu. -.-'
Erfan pegang tombol pintu. 'Aku dikelilingi oleh sekelompok manusia yang bodoh' bisik hatinya. Dia pun membuka pintu.
   'Erfan, latihan hari ni pukul 4 petang di Hall of Fame. Don't you ever forget. Tell Haikal about this okay?' kata Sofyea dengan tegas. Tiada lagi kelibat Erfan di dalam bilik tu.
Kemudian muncul satu suara memecah keseronokan mereka.
   'Emm guys.. the microphone is still on. So, satu sekolah dengar apa yang korang cakapkan. Keluar dari bilik ni sekarang jugak' kata pelajar tingkatan 2 tadi.
*    *    *    *
Selepas tamat sesi persekolahan.
Di 4-SC2, Farid mengemas barang lalu keluar menuju ke kelas 4-SCO untuk berjumpa dengan Sofyea. Dalam perjalanan ke kelas 4-SCO, dia lalu di hadapan kelas 4-SC1 sambil baca komik.
   'That was fun! Nanti you tunjuk lagi magic yang you tahu kat I. Okayy Ashh??' kata Adriana dengan gembira sambil pusing-pusing macam dalam cerita Barbie.
Ashraf ternampak kelibat seorang pelajar di belakang Adriana yang sedang asyik baca komik. 'Adriana! Jaga-jaga!' 
   'Huh?' Adriana pun menoleh ke arah Ashraf.
BANGG..! Mereka berlanggar.
   'Ashh! You okay?' tanya Adriana bimbang.
Ashraf pun lihat wajah pelajar tadi tu. 'Farid?' Wajah Farid yang jelas tak de apa-apa perasaan. Apa yang dia fikirkan sekarang? Akhirnya Farid bersuara.
   'Kau pijak manga aku'
   'Manga?'
   'Manga tu komik lah bodoh'
Ashraf menundukkan kepalanya dan angkat kaki kanannya. 'Ohh. Komik. Right' Dia pun mencapai komik itu. Komik ni dalam bahasa jepun. Farid tahu bahasa jepun?? Lalu menyerahkan kepada Farid. Farid terus pergi dari situ tanpa berkata apa-apa.
   'BANGANG! Cakap lah '''Terima Kasih''' ke '''Tenkiu''' ke! Ni terus blah macam tu je! Siot kau Farid!' jerit Ashraf sambil membaling kasutnya ke arah Farid. Malangnya tak kena pun..
Sambil berjalan, Farid mengangkat tangan kanannya yang memegang komik tadi lalu berkata
   'Arigatou' [Terima Kasih dalam bahasa jepun]
Ashraf tersentak.
   'Dia betul-betul cakap ''Terima Kasih'' but in Japanese. Wow' bisik Adriana di telinga Ashraf.
*    *    *    *
Pukul 4.15 petang di Hall of Fame.
   'SUMPAH AKU NAK BUNUH DIAORANG SEMUA!' 
   'Sofyea, you nampak macam orang gila and you know that right?' kata Dayana.
Farid masuk dewan dengan memakai t-shirt plain warna putih dan disarungkan jaket kulit bewarna putih. Keadaan dalam dewan gelap macam dalam panggung wayang kecuali kat atas pentas. Jadi semua orang dalam dewan pandang kat Farid-mereka ingatkan Ashraf, Imran dan lain-lain.
   'Wahh. Tak sangka I'm quite famous' katanya sambil berjalan mendekati pentas.
   'Oh please.. jangan perasan boleh tak?' 
Langkah Farid dimatikan. Dia memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar. 'Sofyea, you ni nak ber-jealous dengan I ke?' 
Pipi Sofyea mula merah.
Farid tergelak. ohh sangat comel dia gelak! 'Bende pink kat pipi you tu sangat unik! Love it!' usik Farid.
   'SORRY I'M LATE!' jerit Ashraf sambil berlari masuk dewan diikuti Imran. 
Mereka terus naik pentas. Farid hanya berdiri di tempat tadi. Sedikit pun tak berganjak. Sofyea sedang marah-marah kat Ashraf sebab lambat. Farid hanya lihat dari jauh. Dia pusing belakang-niat nak patah balik. Dia pun mulakan langkahnya menuju ke pintu masuk tadi.
   'Elman!'
Farid pun matikan langkahnya.

to be continued

Monday, December 12, 2011

Lucky Charm Bracelet - episode21

 'You okay tak Sofyea?' tanya Farid dengan lembut sambil mengusap kepala Sofyea perlahan.
Sofyea mengangguk.
*    *    *    *
Setelah tamat sesi persekolahan, Farid keliling sekolah mencari di mana Sofyea.
Di rooftop blok Aspuri (Emerald)
Rambut Sofyea mengerbang ditiup angin lembut. Dia duduk di atas bangku-termenung.
   'Hey, puas I cari you' sapa Farid lembut dari belakang. Sofyea hanya senyum kelat. 'Hey, what's up with you?' Farid turut melabuhkan diri duduk di sebelah Sofyea. Dia tenung wajah muram Sofyea lalu menghembus nafas panjang.
   'Farid?' Sofyea tidak mengalih pendangannya. Farid kembali melihat wajah perempuan itu. Sofyea memberanikan diri lalu dia bertanya 'Apa sebenarnya yang jadi masa nenek kau meninggal?' 
Dia agak terkejut dengan pertanyaan Sofyea. Kenapa tiba-tiba nak tahu? 'Kenapa you tanya?' Dia memasukkan tangan kedalam poket seluar kemudian bangun. 
Lantas Sofyea pegang lengan kanan Farid yang dimasukkan ke dalam poket seluar tu tadi. Sofyea turut berdiri dan berkata 'Come on Elman. Takkan kau tak nak bagitahu aku. Please. Maybe I can help you'
   'There's no use Sofyea. You tak boleh hidupkan orang yang dah mati!'
Sofyea melepaskan lengan Farid. 'Aku tahu aku tak boleh hidupkan orang yang dah mati. Lagipun, nenek kau dah reput. Lagilah mustahil untuk aku hidupkan nenek kau tu' kata Sofyea geram. 'Maksud aku, kau boleh cerita kat aku masalah kau. At least kau akan rasa lega lah bodoh!' dia duduk semula di bangku tadi. Menongkat kepalanya dengan tangan kiri. Dahinya turut berkerut.
*    *    *    *
Di kelas 3-SC1. Erfan duduk di tempat duduknya. Datang seorang perempuan mendekati Erfan.
   'Are you okay? Is everything okay?' tanya Zayana, adik kepada Nur Zayani.
   'Hmm' jawab Erfan malas. Kemudian dia meletakkan kepalanya di atas meja dan menghela nafas panjang.
   'It's about..Farid, right?' selamba Zayana menarik kerusi di hadapan tempat duduk Erfan dan duduk.
Erfan diam.
   'Look, I may not know what's happening between you guys. Brothers often fight, but not forever. After all, he's your brother' perempuan itu memengang tangan kanan Erfan dengan lembut dan disertakan dengan senyuman. 
Perlahan-lahan Erfan pandang wajah Zayana dengan mata berair.
*    *    *    *
Di rooftop blok Aspuri (Emerald)
   'Masa tu tahun 2003, I umur 8 and Erfan 7. Atuk and Grandma datang rumah lepas balik dari holiday kat Hong Kong. Day before mereka sampai rumah kitaorang, was my birthday. I dah suruh dia bawa balik hadiah dari Hong Kong. Tapi dia lupa nak beli. So I suruh jugak dia belikan hadiah untuk I tak kisahlah hadiah apa pun. Erfan and grandma sangat rapat. Bila Erfan tengok I nangis sambil tarik baju grandma, dia terus pukul I' jelas Farid.
   Sofyea ketawa kecil. 'Dia pukul kau?? Hahahaha.. So cute! Can't imagine budak comel tu pukul kau. Mesti berkerut muka dia kan time tu?' tanya Sofyea sambil tersengih-sengih.
Farid ketawa kecil. 'Yea. Then tiba-tiba grandma marah Erfan. Dia jerit-jerit kat Erfan. Erfan merajuk, terus naik bilik dia. Grandma drive kereta and bawa I ke 1 Utama and mintak je apa yang I nak, dia akan beli.'
   'Lucky you..' kata Sofyea perlahan
   'Then I balik rumah dengan macam-macam kereta Hotwheels. Erfan was so angry. You can tell that by looking his eyes. Serious cakap, memang scary. Dia sangat jealous time tu sampai dia baling one of my fav car dekat kepala I'
   'Seriously?? Then?'
   'Yea.. Luka and of course berdarah. Tapi darah sikit je. Grandma sangat marah masa tu. So, she went upstairs. I main kereta dekat sebelah tangga and Erfan main Barnie and Fisher Price punya toy. I tak ingat toy apa. I tahu dia nak main dengan kereta I, so I sengaja main bising-bising kat depan dia' 
   'Hahahha.! Itu sangat macam Farid sekarang'
   'Hahahahaha.. Hmm.. Then dia datang kat I, and guess what? Dia belasah I. Gigit tangan I lah, cubit kelopak mata I lah. Sumpah gila budak tu...'
*    *    *    *
Di kelas 3-SC1.
   Erfan menceritakan peristiwa yang sama kepada Zayana '...Then my grandma came down stairs. On the way turun tangga, she shouted my name. I pun berhenti pukul Farid. Grandma was standing on a staircase with a smile. She smiled at me and said ''Sorry''. Then...'
*    *    *    *
Di rooftop blok Aspuri (Emerald)
   '...bila grandma ambil langkah untuk habiskan anak tangga yang tinggal, dia jatuh' suara Farid semakin perlahan. Sofyea menatap wajah yang sedang bersedih itu. Dia hanya mampu berdiam diri dan kemudian dia berdiri. Lalu dia tarik tangan Farid pergi dari situ.
*    *    *    *
Di kelas 3-SC1.
   '...semuanya sebab Farid. I was crying while Farid.. He stared and remain silent! Mak and abah bawa grandma ke hospital. Dia coma and mati. End of story' sambung Erfan.
   'So you're blaming Farid huh?' teriak satu suara dari pintu depan kelas tersebut.
Zayana pusing dan lihat ke arah pintu depan kelas. Erfan menjeling ke luar tingkap.
   'Vice President?' bisik Zayana perlahan.
Sofyea datang mendekati meja Erfan manakala Farid berdiri sambil tu, dia sandar kat pintu kelas.
   'What the heck is he doing here?' tanya Erfan-masih pandang ke luar tingkap.
   'This is a free country. So, dia ada hak nak pergi mana-mana dia nak' jawab Sofyea dengan tegas.
   Dengan selambanya Sofyea menarik tali leher Erfan 'OMG! Kenapa dengan kau ni! Muka dah comel, lepas tu marah-marah. Chimpanzee pun lagi lawa bila mereka tengah marah tahu takk?!!!' jerit Sofyea. 
Farid tersentak. Erfan paling tak suka orang tarik tali lehernya. Dia yakin Sofyea akan kena belasah dengan Erfan lepas ni. Tanpa buang masa, Farid menuju ke arah mereka.
   'BODOH..!! Farid tu abang kau lah bahalol!'
Langkah Farid terhenti.
   'Walau apa pun yang berlaku, dia tetap abang kau!! Bukan salah dia nenek kau mampos lah!!' Sofyea menjerit sekuat hati sehinggakan matanya berair. 'Tolonglah. Sedar sikit. Jangan jadi manja sangat. Kau tu dah 15 tahun!'
   'Enough' antara dengar tak dengar suara Erfan.
   'Sampai bila kau nak simpan dendam hah?!! Dia tu abang kau!'
   'I heard it! Enough!!' lalu Erfan tepis tangan Sofyea. Dia mengemas barang-barangnya lalu pergi dari situ.
   'Erfan!' panggil Zayana. Dia pun pergi mendapatkan Erfan.
Farid mendekati Sofyea. 'Heyy, are you okay Sofy?'
   'FARID YOU IDIOT!!' lalu Sofyea pun tanpa pipi Farid dengan kuat sekali. 'Kenapa kau acting macam tak de benda penting berlaku?!!'
   'Sebab I tahu, dia sebenarnya dah lama maafkan I. Cuma dia tak dapat terima hakikat yang grandma dah tak de. That's all' jelas Farid dengan nada tenang. 'And dia tak suka orang memperlekehkan dia depan orang ramai. Sepatutnya dah lama dia belasah you sebab you tarik necktie dia tadi. Tapi I tak tahu kenapa dia lepaskan you macam tu je'
   Tiba-tiba mata Sofyea bersinar. Dia mengembangkan mini skirtnya dan buat 2 pusingan lalu berkata 'Woahh..! Maybe it's because of my beauty! That's why he didn't..'
   'Ohh puhh-lisss..! HAHAHAH!' Farid menolak Sofyea ke tepi.
Mereka ketawa besar.
*    *    *    *
Di mini kafeteria berdekatan dengan dorm perempuan dan lelaki.  
 'WHAT??!!'
Adriana hanya ketawa kecil melihat Ashraf menjerit macam Tarzan baru dapat tahu yang dia tercicir seluar dalam.
   'Jadi you sign up semua activity sama dengan I lah??' 
   'Yes, Ashh' jawab Adriana. Kemudian dia gelak lagi. Aku pancung jugak kepala dia kang! URGHHH..!! Kenapa dia ikut aku?!!
   'Oh yea, except for the rugby thingy. You know how much I hate rugby, right?'
   'Then you join apa for sports?'
   'Swimming of course' dan disertakan dengan ketawa macam nenek kebayan -.-'
Oh yeah, I know exactly what was she thinking. Sure nak tayang badan dia tu. HOH.. Gila minah nih..  
   'WOAHHH..!! CHANCE! This is my chance!!' jerit Imran sambil terlompat-lompat keluar dari belukar. Aku dan Adriana blur..
   'Kau ni kenapa' tanya Ashraf
   'Kalau macam tu, aku nak tukar daripada rugby kepada swimming!' jerit Imran bersemangat. 'Oh yeah, VICTORY!!' sambil buat peace dengan kedua-dua belah tangan.
   'You wish..' perlahan gila suara Ashraf. Kemudian Ashraf bangun dan baling frying pan kat kepala Imran lalu Imran jatuh pengsan. :P




to be continued

Thursday, December 8, 2011

Lucky Charm Bracelet - episode20

Bila dah dapat tandatangan tu, mereka tinggalkan kucing tu dan terus blah. Ashraf lupa pasal Sleep Eye Mask dia.
*    *    *    *
Rabu 9 Mac 2011,
Masa makan tengah hari di kafeteria. Ashraf dan Imran sedang beratur bersama-sama untuk membeli makanan tengah harinya. Sambil beratur, mereka berbual kosong. Pada waktu yang sama, terdapat sekumpulan pelajar lelaki junior di belakang mereka berbual tentang Sofyea.
   'Eishh..!! Aku tak puas hati lah dengan si Sopia tu!' bentak Erfan. 'Bukan masalah dia kalau aku melawan cakap cikgu, betul tak?!' 
   'Hmmm.. Cool ah bai. Kau marah-marah ni bukannya si Sopia tu dapat apa-apa' kata Haikal. 'Tapi bukan ke.. Kalau abang kau tahu macam mana??' tambah Haikal.
   Erfan menundukkan kepalanya sambil berkata 'Aku nak balas dendam. Aku tak kisah apa yang akan jadi lepas ni' dengan nada yang perlahan.
Salah seorang daripada mereka pergi bisik kat telinga Erfan 'Aku cadangkan kita buat..'
   Dengan selamba Ashraf langgar tray makanan Erfan. Makanan yang ada kat atas tray tu jatuh kat baju Erfan dan beberapa tompok kecil kena kat kasut Ashraf. Erfan pun mendongak ke atas pandang wajah Ashraf yang blur-atau lebih tepat '''muka yang tak menunjukkan sebarang perasaan'''. Satu kafeteria senyap. Semua pandangan setiap pelajar di dalam kafeteria tu jatuh kat mereka berdua-Ashraf dan Erfan. Dengan selambanya Ashraf pergi macam tu je.
   'Woii..!' jerit Erfan hilang sabar.
   'That idiot -.-* ' bisik Imran dalam hati. 
Langkahnya dimatikan. Dia pusing dan pandang kat lelaki ketot tu. 'Ada masalah?' tanya Ashraf. Perlahan-lahan Erfan mendapatkan si Ashraf yang kini dah berada jauh daripada kaunter.
   'Kau minta maaf kat aku sekarang!' dengan kasarnya Erfan menarik tali leher Ashraf.
Riak wajah Ashraf masih tidak berubah. 'Apa masalah kau?'
Pertanyaan Ashraf tadi telah membuatkan Erfan hilang sabar. Baru sahaja Erfan nak tumbuk muka Ashraf, tapi Imran pergi tarik Ashraf dari belakang.
   'HOI, aku tahu lah kau bodoh! Tapi aku tak sangka kau sebegini bodoh!!' sambil Imran memulas telinga kanan Ashraf  cukup-cukup.
   'WEHH! Apa kau buat ni! Aku baru nak berseronok tau tak!!' marah Ashraf. Eishh.. aku belasah jugak menatang ni kang! 
Imran menarik telinga kanan Ashraf dan terus bisik 'Kau tahu tak siapa monyet kat depan kau ni?! Maybe dia junior, tapi kau jangan main-main! Dia..' tak sempat Imran nak cakap, Ashraf terus menyampok.
   'HAHAHAHAHAHA..!! BHAHAHAHAHAHAHA..!!' Ashraf ketawa tanpa henti. LIKE SERIOUSLY!


Pelajar kat kafeteria tu pun macam ni  . . . . ? ! @ # $ % ^ & * 


Frying pan dari mana entah, melayang di angkasa. Dan.. kena tepat kat muka Ashraf. Dia pun tumbang.
   'Aku benci orang yang lemah' tegas kata Erfan. 'Hoi! Bangun dan lawan dengan aku macam lelaki!'
Ashraf pun bangun dan ketawa kecil. 'HAHAHA.. Lelaki sebenar tak lawan pakai frying pan kafe lah bodoh'
   'ASHRAF! Kau ni bodoh lah! Si ERFAN tu ADIK FARID tau takk..?!! Boleh tak kau jangan nyampok time aku tengah cakap?!!' jerit Imran menyambung ayatnya yang tergantung.


Pelajar kat kafeteria tu pun macam ni  'HAHHHHHH......?!!!!'
dan Ashraf pulak macam ni  'EHHHHHHHHHH.........?!@#$%'


   'Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal?!!' jerit Ashraf dengan kesal.
   'Aku memang nak bagitahu pun! Kau tu potong line aku!'
   'Tapi kau boleh tanpa muka aku supaya aku senyap!'
Erfan menggenggam kedua-dua tangannya-geram.
   'Kau ingat tu akan berhasil ke?!! Mulut kau tu macam bontot ayam tau tak?!!'
   'Apa yang sama macam bontot ayam pulak? Kesian ayam. Beliau tidak bersalah'
   'Banyak lah..!'
   'BODOH! SENYAPLAH! Aku ada kat depan kau ni! Janganlah buat aku macam aku ni dinding pulak!' teriak Erfan sekuat hati.
Ashraf dan Imran pandang Erfan dengan serentak. Pandang dengan pandangan maut. Dan mereka berdua pun . . 'KAU LAH YANG SENYAP!!!'
*    *    *    *
Di 4-SCO,
Erfan, Haikal, Ashraf dan Imran berdiri di atas kerusi dengan muka muram. Dayana masuk ke dalam kelas itu dengan membawa fail peribadi mereka di tangan kiri. Dia mencampakkan keempat-empat fail itu di atas meja. 
   'Kita tunggu Sofyea datang' suara Dayana yang sangat menakutkan tu telah membuatkan Haikal..
   'Hoi, kau kencing ke?' tanya Ashraf sambil pandang kat seluar Haikal. Mereka berdiri bersebelahan jadi bau tu memang kuat lah.
Dayana dan semua AJK yang sedang buat kerja dalam kelas tu diam-pandang mereka berempat. Pipi Haikal merah-malu kot.
   'Mana ada lah! Jangan tuduh aku!' marah Haikal.
Erfan yang langsung tak bercakap dari tadi kini bersuara 'Takkan lah perempuan macam Dayana ni kau boleh suka sampai kau terkencing?!'


Semua orang dalam kelas tu pun macam
 (oh yeah, termasuk Ashraf, Imran dan Dayana sekali)   EHHHHHHHHHHH...........????????!!!!!!!!!!!!!!!!


   'Biar betul...???!!' bulat mata Ashraf time ni 
   Dengan malas Erfan menjawab 'Hmmm'
Ashraf dan Imran ketawa pecah perut. Mereka berdua ketawa besar! Mereka berdua je yang ketawa. Yang lain hanya diam dan lihat mereka ketawa macam orang gila.
   'Heyy, apa dah jadi ni?' 
   'Suara tu!' Ashraf berhenti ketawa. Kemudian dia lihat ke kirinya iaitu pintu hadapan kelas. 'Sofyea?' sepatah keluar dari mulut Ashraf.
   'OHH thank god you datang! I thought you'll never come!' kata Dayana sambil peluk Sofyea.
Sofyea melepaskan pelukan tu sambil ketawa kecil. 'Of course i'll come. I'm your AJK right??'
Dayana senyum. 'Well, you see. Mereka.. buat hal di kafeteria. So, I have no choice. I kena tahan mereka. Tapi I tak sampai hati nak hantar kat pengetua.
   'EHHHH??? PENGETUA??' Ashraf dan Imran kini berpandangan. Teringat apa yang mereka buat kat pengetua. 
   'Tahu pun takut!' marah Dayana.
   'You'll never know Dayana. Hahahah..' bisik Ashraf dengan perlahan.
   'Sofyea? Is Everything okay?'
Ashraf dan Erfan sama-sama tersentak.
   Dayana memandang Sofyea dengan muka blur. 'Sofyea?'
   'Ohh.. I suruh Farid tunggu kat luar' jelas Sofyea ringkas.
   'How cruel.. Suruhlah dia masuk'
   'B-but I don't..'
   'Nevermind. Kita tak kisah pon' kata Dayana sambil mengukir senyuman.
Ashraf dan Erfan dah menggelegak. 'Apa maksud kau '''KITA''' HUHHHH?!!!'


Kaki kanan Farid melangkah masuk ke dalam kelas tu. Orang pertama yang mendapat perhatian dia ialah-Ashraf. Dia berdiri di hadapan Ashraf sambil senyum sinis. Kemudian dia pun pusing ke arah Dayana. Ashraf sangat tak faham kenapa dengan dia ni! Apa motif dia sebenarnya?
   'Apa masalah Ashraf?' tanya Farid.
Adiknya, Erfan sangat bengang dengan abangnya. Yang dia risaukan Ashraf, bukannya Erfan adik kandungnya!!  Geram dan kesal sangat jelas di wajah Erfan sekarang. Dia mengalih pandanggannya menghala ke tingkap di sebelah kanannya.
   'Bergaduh dengan adik kau kat kafe dan menjerit kat Imran macam orang gila' jawab Dayana dengan pantas.
   'Haikal pulak? Apa kau buat sampai dia terkencing dalam seluar??' sambil Farid ketawa kecil.
Bila Ashraf dengar Farid ketawa, walaupun ketawa kecil, wajahnya terus berubah. Dia teringat apa yang Sofyea kata..
 'Maybe kau nampak dia tu kasar, tapi percayalah.. dia sebaliknya. Aku kenal dia sejak aku umur 6 tahun lagi'
Ashraf tundukkan kepalanya. Dia rasa nak putus aja je dalam misi memikat hati Sofyea ni. Jauh dalam hati Ashraf, sebenarnya dia percaya Farid bukanlah sekasar yang dia sangka.
   'Mana lah aku tahu kenapa Haikal kencing! Aku tak buat apa-apa pun!' 
   'Ye ke kau tak buat?'
   'Ye lah..! Sentuh dia pun tak. Tahu takk?!!'
   'Aku tak tahu, sebab tu aku tanya' sakat Farid.
Ashraf dah hilang sabar. Dia rasa nak menjerit rasa.
   'Hoi..!!!! Cepatlah settle kan masalah kita orang!!'
Ashraf tersentak. Perlahan-lahan Farid memandang wajah adiknya. Dia berdiri di depan adiknya, Erfan. 'You are so impatient' kata Farid sambil pegang pergelangan tangan kanan Erfan dengan satu suara-sinis.
   'Don't touch me!' Erfan tepis tangan abangnya sepantas yang mungkin.
Keadaan bilik menjadi sunyi. Farid dan Erfan saling berpandangan. Masih diam.
Akhirnya Erfan bersuara, 'You..' dia menggenggam kedua-dua tangannya '...cause my grandma DIED!' kemudian Erfan terus turun dari kerusi dan menuju keluar dari kelas.


Semua orang macam..  +_+ ?  (blur)
   
Farid masih lagi dengan muka tak de perasaan dia tu. 
   'Ketepi lah..!!' marah Erfan kepada Sofyea kerana menghalang laluan nya. Sofyea tak berganjak kerana masih terkejut. Erfan menarik tangannya kebelakang. Niat nak tanpa muka Sofyea. Dia masih marah lagi dekat Sofyea kerana menegurnya pasal melawan cikgu pagi tadi. Dia hayunkan tangannya.
PANGG..!!
Erfan dan Ashraf tersentak. Farid menahan tangan adiknya. Erfan yang sebenarnya bersekolah di SMK Kurang Asam (sekolah swasta samseng) tetapi di pindahkan ke PJ Private Academy supaya Farid boleh mengawasi kelakuan adiknya.
   'Don't you dare touch my girl' kata Farid dengan pandangan maut. Kemudian dia lepaskan tangan adiknya.
   Mata Ashraf membulat. 'How fast!' bisik Ashraf. 
Mulut semua orang pulak ternganga. Erfan pergi dari situ dan tendang pintu hadapan kelas. Satu kelas tu masih diam. Beberapa saat lepas tu.. 
BANGG..!! 
Pintu hadapan sebalah kanan (yang ditendang Erfan) pon roboh. Semua orang pun macam ni =..=' 
   'You okay tak Sofyea?' tanya Farid dengan lembut sambil mengusap kepala Sofyea perlahan.
Sofyea mengangguk.






to be continued

Monday, December 5, 2011

Lucky Charm Bracelet - episode19

 'Banyak lah kau punya adil!' kata Ashraf sambil menahan sabar. 'You tunggulah. I'll do something beyond my limit. Just wait and see'
   'That's what perfect people always did' bisik Adriana dalam hati dengan emotion macam ni  =.=' 
*    *    *    *
Tamat sesi persekolahan pada hari itu. Adriana sedang mengemas buku lalu masukkan ke dalam beg galasnya (warna Sandstone). Mengutip satu persatu pensil dan pen yang berteraburan di atas meja dan masukkan dalam pencil case-nya (warna Acid Black). Adriana sangat sangat ketagih dengan brand ROXY. Tak tahu kenapa.
   Sofyea mendekati meja Adriana 'Hi'
Adriana berhenti mengemas. Tiap kali dia mengemas barang, mesti je ada orang datang menegurnya. Bukan apa, dia cuma agak hairan.
   'Yea, hi there' balas Adriana dengan senyuman. 'You are Sofyea right?'
   Sofyea agak enggan menjawab pertanyaan Adriana. Dia memberanikan diri untuk membalas persoalan yang dilemparkan oleh Adriana. 'Yes I am' jawabnya perlahan. Dia melihat fail yang dipegangnya. 'You are Adriana...' dahinya berkerut. Sedang berfikir macam mana nak sebut nama terakhir Adriana.
   'It's Ghina. Ghi-and-na. Easy. Is it sound.. weird?' terangkat kening Adriana ketika menanyakan soalan itu.
   'Tak lah. Looks okay for me'
   'Apa alasan datang sini cari I? It isn't about Ashraf, is it?'
Pandangan Sofyea yang melayang entah ke mana kini kembali ke arah wajah perempuan berambut perang itu. 'Ashraf?'
   'Yea..' Adriana memasukkan  pencil case-nya ke dalam beg galasnya . Kemudian dia terus pandang Sofyea semula. 'Awak perempuan yang datang visit Ashraf masa kat hospital dulu. Am I right?' katanya. Dia mengambil sebuah lagi beg khas untuk bekal makanan (warna white) yang disangkut di tepi meja sebelah kirinya-juga brand ROXY.
   'Nice bag' puji Sofyea ikhlas.
   Adriana ketawa kecil. Sambil dia tersenyum, dia berkata 'Really? Thanks! Hadiah birthday daripada..' senyuman Adriana ditarik balik. 
   'Hadiah daripada..siapa?' 
   'Kawan. My soul mate' jawab Adriana
   'Oh okay. Aku datang sebab nak tunjuk kat kau asrama and bilik kau. Jom..?' 
*    *    *    *
Tiba di hadapan asrama perempuan (aspuri)
   'So, this is it' kata Sofyea.
Adriana lihat sekeliling. Pusing 360 degree.! 'Wow.. Amazing!'
   'Yes it is. Believe it or not, kat tengah-tengah asrama ada swimming pool. Tapi tak besar macam kat sukan olimpik tu. Dia dibina khas untuk.. you know, just main-main and relax and so on. Kalau nak berenang kena pergi kat '''Sports Arena'''. You're lucky sebab bilik kau betul-betul depan swimming pool' jelas Sofyea.
   Adriana tak mampu berkata apa. Dia memang tahu dari awal lagi pasal kehebatan sekolah ni. Sebab tu lah pada mula-mula cerita dia macam tak puas hati bila dapat tahu Ashraf masuk sekolah swasta ni.
   Sofyea tunjukkan bilik Adriana. Barang-barangnya sudah siap dikemas cuma tinggal nak unpack barang-barang personal je. 'Kalau kau ada apa-apa, kau datang kat bilik aku, block Emerald bilik E-2-8. E for Emerald. 2, level bilik. 8, nombor bilik. Make sure kau ingat no bilik kau, R-1-4. Okay'
   'Wait. R stands for..?'
   'Ruby. So I'd better get going. Lepas ni ada meeting pasal PJ Festival. Bye Ghina!'
Adriana tersentak. Ghina? Dia betul-betul panggil aku Ghina ke? Am I dreaming or what? 
*    *    *    *
Habis je latihan ragbi di padang, Ashraf terus masuk bilik. Imran sedang memetik gitarnya di atas katil aku.
   'Hoii busuk! Turun dari katil aku. Nak kena penumbuk?!' marah Ashraf. Okayy.. sebenarnya dia cuma bergurau.
   'So how's latihan?' Imran menarik kerusi di meja studi Ashraf lalu melabuhkan punggunnya di atas kerusi tu. Ahh.. Selesanya. Tak macam kerusi aku.!
   'Nothing interested. Pagi tadi kau mintak tolong kan? Apahal?'
   'Ohh. Yelah!' Imran bangun dan letakkan gitarnya di atas meja studi Ashraf. Dia duduk bersila kat atas katilnya, iaitu bertentangan dengan katil Ashraf. 'Macam ni, from now on, mak aku sukarela jadi art teacher kelas aku!'
   'wahh.. good for you' maksud Ashraf bukanlah betul-betul '''good for you''' tapi sebaliknya. 
   'HAHA. Dia ajar kelas kau jugak. Ganti Miss Jazreyn'
   'Serious lah kau??'
   'Ingat aku buat lawak ke? Muka aku ada gaya pelawak sarkas ke?'
   'Yea. Pelawak sarkas yang bodoh gila nak mati'
Ashraf mencapai majalah Galaxie dan baca sambil baring. Imran bangun dan pergi membuka almari bajunya lalu dia menarik tuala yang digantung pada hanger.
   'Kau nak pergi mandi ke?' tanya Ashraf.
   'Yea. Asal kau tanya? Nak mandi dengan aku?'
   'Daripada mandi dengan kau, baik aku mandi kat zoo bersama binatang-binatang kat situ'
   'Bagos lah. Nanti kau cerita kat aku macam mana rasanya, okay?'
Imran memegang tombol pintu.
   'Im..' sepatah keluar daripada mulut Ashraf.
Imran pusing. 'Nak ape?'
   'Kau teman aku pergi blok admin (administration) malam nanti boleh tak?'
   'Kau nak buat projek ape?'
Ashraf ketawa kecil. Imran pun buat muka.
   'Yea okay, your highness'
*    *    *    *
Selasa, 8 Mac 2011,
Di kelas 4-SC2, pelajar dalam kelas mula buat bising dan merayau-rayau. Farid asyik pandang Adriana. Tak pernah alih pandangannya. Tak lama lepas tu loceng pertama berbunyi tepat pada pukul 8 pagi. Adriana membuka zip beg galasnya dan mengambil sebuah novel dan letakkan di atas meja. Dia pandang sekeliling.
   'Wow.. Seriously sangat bising' keluh Adriana perlahan. 
Encik Ghaffar pun masuk ke dalam kelas mereka. Suaranya yang nyaring telah membuatkan seluruh kelas diam.
   'Baiklah kelas! Senyap semua!! Saya ada benda nak bagitahu ni' tegas Encik Ghaffar memberi arahan.
Semua pelajar duduk di tempat masing-masing-kecuali Farid.
   'Aku benci lelaki tu. Sumpah aku benci dia' kata Farid perlahan kepada Adriana. Adriana hanya dapat menghela nafasnya. Kemudian dia pandang wajah Farid-wajah yang penuh dengan kebencian.
   'Adriana Ghina?' panggil Encik Ghaffar. Farid tersentak. Adriana pula rilex je. Tak de perasaan. Pelajar dalam kelas tu semua macam '''Ehh? Kenapa dia kena panggil?''' dan '''Dia buat salah ke?'''
Adriana bangun. 'Yes, teacher?' dengan wajah agak blur sedikit.
   Encik Ghaffar tenung wajah Adriana lama. Satu kelas senyap-sangat senyap. Encik Ghaffar menunjukkan wajah yang agak kesal, geram dan sewaktu dengannya. Kemudian dia bersuara 'Kemas barang-barang awak'
Masalah student kat kelas ni ialah, diaorang kebanyakan masuk Drama Club jadi mereka macam Dramatik sikit lah..

'HAHHHHHHHHHHH . . .  . . . ? !' kata semua pelajar kelas tu sama-sama

   'Awak pindah ke kelas 4-SC1' sambung Encik Ghaffar

'EEHHHHHHHHHHH . . . . . . ? ! @ # $ '

Ashraf pun melangkah masuk ke dalam kelas itu. 'Ad, I tolong you angkat barang-barang you okayy..?'
   'A-ahh.. Y-yeah.. sure.. Thanks' muka Adriana blur gila nak mati
Mereka pun keluar dari kelas itu. Farid terdengar beberapa pelajar mengeluh.
   'Tak adil lansung! Kenapa dia boleh pindah? Peraturan sekolah ni kan dah tetapkan, PELAJAR TIDAK AKAN DIPINDAH KE KELAS LAIN DAN TIDAK DIBENARKAN BERPINDAH KE KELAS LAIN TERMASUK TRANSFER STUDENT!'
   'Yea.. Best lah Adriana. Kelas 4-SC1 boleh balik awal'
   'Yelah. Teruk nya'
*    *    *    *
Di kelas 4-SC1
   'Ashh, you buat apa sampaikan I kena tukar kelas? Setahu I, kita tak boleh tukar kelas sesuka hati'
   'Mana you tahu?'
Adriana membuat muka. Dia mencekik pinggangnya 'I baca buku peraturan lah'
   'Ouhh.. Hey you sepatutnya bersyukur tau' kata Ashraf sambil mengukir senyuman
   'You mesti buat benda tak elok ni. You're so mean!'
Ashraf gelak besar. Muka Adriana bertambah blur. Kemudian Ashraf bersuara 'I'm not mean. I'm just misunderstood' sambil buat muka handsome lalu pergi ke tempat duduknya. 
   Adriana hanya sekadar senyum. 'He's a lunatic'
Dalam dunia ni, sesetengah persoalan tidak memerlukan jawapan ataupun sebarang penjelasan. Kan ? ?
*    *    *    *
Ingat lagi masa Ashraf ajak Imran ke bangunan Admin? Okayy.. kita previous ke masa tu.

Di Bangunan Admin, tingkat 4. Jam tangan Ashraf menunjukkan pukul 8.15 malam. Mereka masuk ke dalam pejabat senyap-senyap.
   'Woihh..! Bodoh, kau nak buat apa dengan kucing ni?'
   'Kau tengok lah nanti' jawab Ashraf dengan malas. Dia sibuk tengok kiri dan kanan, mengelak dari CCTV dalam pejabat.
   'A-aku.. A-aku.. ada..b-b-enda.. ' kata Imran teragak-agak.
PANG..!
Ashraf tutup mulut Imran yang bising tu. Mak dengan anak sama je mulut kepoh. Dan . .
   'HA-HAAA-CHUUUUUM . . . !' Imran tak boleh tahan lagi nak bersin. Gegar bangunan tu!
   'BODOH..!!! Tangan aku kena hingus kau!!!' jerit Ashraf.
Pak Guard yang ada di hujung bangunan mula rasa tak kena. Dia mendekati sebuah tangga sebelah timur bangunan-tempat Ashraf dan Imran menyorok.
   'Wehh.. Pak Guard datang! Lari kat sana!' bisik Ashraf menyuruh Imran melarikan diri.
Imran pergi bangun-masih memegang kucing warna kelabu tu. Ashraf pergi tarik kaki Imran dan membuatkan Imran terjatuh. Sekali dia jatuh...
MEOOOWWWW...!!!
Dia terhempap kat atas kucing tu. Imran pun bangun, dengan pantas kucing tu pergi cakar mukanya yang licin tu. 
   'HAHAHAHAHAHA..! Padan muka kau!' Ashraf gelak besar. 'Hey cepat lari! Pak Guard tu dah nak dekat!' bisik Ashraf lagi.
Mereka pun bangun dan terus lari. Disebabkan keadaan gelap . . 
   'HEY penyangak..!! Jangan lalu kat situ!' jerit pak guard tu.
Mereka tak endahkan kata-kata pak guard tu. Pak Guard tu hanya berdiri, pegang lampu suluh dan nganga mulut sehasta.
KEDEBUSSHHH..!!
Mereka jatuh kat bawah sekali. Nasib baik jatuh kat atas pokok. Pelik aku macam mana Imran boleh landing dengan baiknya -.-?
   'Auch auch auch ! Tulang aku patah!!' jerit Ashraf kuat sangat. SANGAT KUAT!
   'Kucing..! Woi bodoh! Jangan lari!' Imran dah macam orang gila pergi kejar kucing kelabu tu. Nasib baik dapat tangkap. Dan.. 'HA-HAAA-CHUUUUUM . . . !' dia bersin-sekali lagi.
*    *    *    *
Mereka pun pergi semula ke tempat tadi (tangga)
   'Wei..' bisik Ashraf perlahan. 'Kau allergic dengan kucing ke?' dia tanya dengan tak de perasaan.
   'Ye lah..! Baru perasan ke?!'
   'Tapi kan kau bela Toby'
   'Yelah.. Tapi aku tak pernah dekat dengan dia'
Kemudian, 'HAHAHAHAHAH..!! Comel betul! Jarang jumpa laki allergic kucing!'
   'Gelak gelak!' nada suara Imran jelas sangat yang dia tengah kesal. Menyesal sebab ikut plan Ashraf yang mengarut ni. 'Apa kita nak buat sekarang?'
   'Tunggu Pengetua keluar office' jawab Ashraf
   'Aku peliklah. Kenapa Pengetua balik lewat?' 
   'Dia mana kawin lagi. Buat apa nak balik awal? Lebih baik dia lepak kat office dia. Lagi best. Ada tibi 50 inch!' dengan penuh bersemangat Ashraf menjelaskan kepada Imran.
   'WOAHH.. Mana kau tahu ni?' tanya Imran dengan sengaja buat mata yang agak menggoda. Ape? Ingat dia comel lah buat macam tu? 
Mereka pun nampak kelibat Pengetua keluar dari office. Dan..
   'WRAGHHH..!!!' jerit pengetua.
*    *    *    *
Di dalam office pengetua. 
Pengetua diikat dan matanya ditutup dengan Sleep Eye Mask kepunyaan Ashraf supaya pengetua tak dapat tengok muka Ashraf dan Imran. Kalau tak nanti kantoi lah diaorang.
   'Eeee.. Girly nye kau punya eye mask! Pink pulak tu..! Kau ni jantan ke jambu hah?!' pekik Imran di telinga Ashraf.
   'Diam kau! Diam!' marah Ashraf sambil cekik leher Imran. 'Dengar sini, aku nak kau tukarkan Adriana Ghina budak transfer dari Switzerland tu, masuk kelas 4-SC1!' jerit Ashraf di depan muka pengetua.
   'Bangsat punya anak orang kaya.!' keluh pengetua perlahan. 'Kalau aku tak buat kau nak buat apa hah?!'
   'Aku seksa '''Megan Fox''' kau!' kemudian Ashraf sertakan dengan ketawa seperti orang jahat.
Pengetua tersentak. Rasa macam kena heart attack! 'Bodoh! Jangan sentuh dia lah bahalol!'
   Ashraf pergi ambil kucing kelabu tu dari pangkuan Imran. 'Dah terlambat. Aku tengah dukung dia'
   MEOOWWW . . .
   'Ehhh ? ! Kucing ni '''Megan Fox''' tuan pengetua ke..?!!' tanya Imran dengan muka sangat sangat terkejut gila nak mati.
   'Yea..' jawab Ashraf ringkas.
   'Okay okay aku pindahkan dia masuk kelas 4-SC1! Jangan sakitkan dia!' rayu pengetua sambil menangis-nangis macam orang dah tak betul aku tengok.
   'Sebelum tu kau kena sign dulu kat surat ni. Bukti kau benarkan dia pindah kelas' Ashraf menghulurkan sekeping Surat Kebenaran dan pen hitam dakwat cair.
Ashraf tanggalkan ikatan tu dan letakkan pen tu kat tangan pengetua. Pengetua buka penutup pen. Ashraf pegang tangannya supaya dia tak sign kat salah tempat. Bila dah dapat tandatangan tu, mereka tinggalkan kucing tu dan terus blah. Ashraf lupa pasal Sleep Eye Mask dia.



to be continued


sorry.. it's quite long. Hehe.