Thursday, March 15, 2012

Lucky Charm Bracelet - episode26


'Aku kena jumpa cikgu kejap lagi!!' jerit Sofyea sambil berlari keluar.
Farid senyum lagi. Dia pun berjalan keluar dari dewan.
**********
Ashraf masuk ke dalam biliknya. Kosong. Bilik tersebut kosong. Mana Imran? Ahh! Lantaklah! Lalu Ashraf pun melabuhkan dirinya di atas katil. Sling bag-nya di letakkan di atas lantai. 
   Brittt..brittt...
Ashraf membuka mata melihat syiling.
   Brittt..Brittt..Brittt...
Dia pun tutup telinganya dengan sebuah bantal. Menahan bunyi bising yang datang dari dalam laci meja studi.
   Brittt..Brittt..Brittt...
Bunyi itu semakin kuat dan Ashraf memaksa diri untuk terus tidur.

Beberapa minit kemudian, bunyi tersebut hilang. Dia menghembus nafas lega. Tak lama kemudian dia nyenyak tidur.
**********
Di Kafeteria
   'Dah jumpa cikgu?' tanya Farid lembut.
Sofyea mengangguk. Farid membalas senyuman Sofyea.
   'Kau dah lama tunggu?' kata Sofyea sambil menarik keluar kerusi lalu duduk.
   'Sanggup tunggu you beribu tahun akan datang'
   'Bodoh'
Farid hanya sekadar melihat Sofyea. lalu berkata 'Apa yang bodoh?'. Sofyea pun mengalih pandangannya ke arah lelaki itu.
   'Apa?'
Perlahan-lahan Farid menghirup teh panas.
   'Farid'
   'Yes?'
Sofyea mula rasa bersalah. Eishhh! Kenapa mulut aku ni lancang sangat?!    
  'Tadi.. maksud aku yang bodoh tu..' Sofyea cuba mencari kata-kata. '..aku tak bermaksud nak.. kau tahu, aku.. sebenarnya maksudkan benda lain macam-'
Farid lantas mencapai pergelangan tangan Sofyea. Sofyea tersentak.
   'Sorry. I have to go'
   'Eh??' Sofyea kehairanan.
Farid pun terus berlalu tanpa berkata apa-apa.
**********
Sedang Adriana berjalan-jalan di tepi tasik, dia terserempak dengan Erfan.
   'You should not be here'   
   'Eh?' Langkah Adriana terhenti.
Erfan memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar. Dia tenung wajah Adriana cukup lama.
   'Who are you?' tanya Adriana. 'Your face.. looks familiar'
Erfan buat muka. 
   'Baik awak balik bilik. Tak elok perempuan keluar jalan sorang-sorang kat tempat sunyi' arah Erfan.
   'Ada torchlight?' tanya Adriana selamba.
   'Huh?'
   'Kalau ada then I nak tengok muka you so that I'll remember you' kata Adriana.
Erfan mulakan langkahnya untuk pergi dari situ.
   'Hey! Tunggu! I masih tak cam muka you!' Adriana berlari mengejar Erfan.
Pada masa yang sama dia terdengar tapak kaki yang sedang mengejar dia dari belakang.
   'Tunggu!!' jerit Adriana.
      PRAKKKK!!!!
   'Ahhhhh!' 
**********
   'Ahhhhh!!'
Ashraf membuka mata. Ah, mimpi.. Dia termengah-mengah. Kemudian dia lihat jam tangan. hampir pukul 8 malam. Aku dah lah tak mandi lagi. Dia pun bangun menuju ke almari dan mencapai tuala lalu keluar dari bilik.
**********
Adriana terpijak ranting-ranting kayu dan terseliuh lalu jatuh ke dalam tasik. Matanya pedih akibat termasuk habuk-habuk pasir semasa jatuh tadi. Dia menahan segala kesakitan yang ada. Perlahan-lahan dia merangkak keluar dari tasik itu. Pakaianya semua basah kuyup dan kotor. Skirtnya tercarik dan luka di peha mula mengeluarkan darah. Sedikit demi sedikit darah yang keluar. Badannya menggigil. Luka tersebut semakin pedih, mungkin sebab disekitar luka tu kotor. Dia menahan diri untuk tidak mengeluarkan air mata.
   'Awak okay?'
Adriana mendongakkan kepalanya untuk melihat siapa yang menegurnya tadi.
   'Sia..pa?' antara dengar tak dengar suara Adriana.
Orang tu menghulurkan tangan lalu berkata 'Elman. Elman Farid'
**********
   'OMG! Sofyea! Where have you been??' 
Pintu bilik ditutup rapat. Sofyea menuju ke arah katil. 
   'Sofy! Kenapa you punya baju kind of..' Dayana pun pegang lengan baju Sofyea '..basah??'
Sofyea menarik nafas dalam.
   'Tadi I langgar ice blended orang' jawab Sofyea malas.
   'I sangat risau pasal you! Tadi Cikgu cari you. You dah jumpa dia?'
Sofyea mengangguk perlahan.
   'Apa kata cikgu?' tanya Dayana
   'I'm not sure our Drama Club...' kata-kata Sofyea terhenti.
Dayana pun melabuhkan punggungnya di atas katil Sofyea
   'Our Drama Club..??' kata Dayana inginkan kepastian
Sofyea berpaling ke arah Dayana dengan muka yang sayu.
   'I'm not sure our Drama Club akan kekal. Cikgu kind of tak setuju dengan performance kita kali ni. Dia kata performance kita tahun lepas lebih teruk daripada TERUK! Malah jauh lebih teruk!' air mata Sofyea berguguran tanpa henti. 'Dia kata bubarkan saja kelab ni! Dah tak berguna lagi. Tadi beberapa ahli dah letak surat pertukaran kelab kat meja cikgu. Mereka yang lain yang masih kekal bukan serius pun! Nak harapkan dekat Farid, you, and siapa lagi??! Ashraf?? Ashraf pun sama je! Dia langsung tak tunjukkan minat. Setakat tolong hiaskan pokok buat apa! Kenapa semua ni-'
   'Shhhh!' Dayana terus peluk Sofyea. 'Tolong jangan menangis lagi'
Sofyea kehilangan kata-kata. Dia membisu.
   'You pernah alami benda yang lebih teruk daripada ni. You tak menangis pun. Kenapa tiba-tiba you menangis?' Dayana tatap mata Sofyea. 'Kenapa Sofy?'
Sofyea menggelengkan kepalanya.
   'I tak tahu. Rasa sangat sakit. Beban yang I tanggung. Perasaan benci kat Ashraf. I tak tahu kenapa I benci dia sangat. Tadi..' 
   'Tadi kenapa?'
   'I cakap bodoh kat Farid and he left me just like that. I rasa sangat bersalah. I tak tahu kenapa dengan I. Dayana.. I kesian dekat Ashraf. I nak minta maaf kat Farid' jelas Sofyea.
**********
Farid menanggalkan blazer lalu menyuruh Adriana memakainya.  
   'Awak boleh bangun?' tanya Farid lembut
   'Ada luka yang sangat pedih kat kaki' 
   'Mana??'
      PANGGGG!!!
Pipi Farid ditampar kuat.
   'Luka dekat peha! Jangan jadi gatal lah!!' teriak Adriana
Farid ketawa perlahan.
   'Janganlah ketawa! Sakit ni!' marah Adriana.
Farid membuka tali lehernya kemudian menutup kedua belah matanya.
   'Apa..awak buat?' Adriana semakin bingung.
   'Okay. mata saya dah tutup. Saya langsung tak boleh nampak awak. Sekarang tunjukkan luka awak tu. Is that okay?' kata Farid
Adriana membisu. Tak tahu nak kata apa. Dia sangat terkejut dengan sikap jujur Farid.
   'Macam mana nak tunjuk? Awak bukannya nampak?'
   'Letakkan tangan saya kat tepi luka awak'
   'Awak gila!!'
   'Tak! Saya takkan buat apa-apa. Saya cuma nak balut luka awak je. Sumpah'
Adriana masih tak bergerak.
   'Darah awak terus mengalir keluar ni. Nanti awak akan pengsan sebab tak cukup darah' kata Farid.
Perlahan-lahan dia pegang tangan Farid dan letakkan di sebelah lukanya. 
   'Sekitar luka ni panas. Bengkak ke?' tanya Farid perlahan
   'Saya tak tahu. Hati-hati! Sakit lah!' 
   'Maaf'
Farid terus tanggalkan kemeja putihnya.
   'Kenapa tanggalkan kemeja awak??!' 
   'Nak balut luka awak ni'
   'Tak sejuk ke nanti??'
   'Kan saya pakai T-shirt'
   'Tapi..'
      PREKKK!!
Mata Adriana membulat terkejut.
   'Kenapa awak koyakkan baju awak!!' marah Adriana.
   'Nak balut luka awak' jawab Farid lembut.
   'Awak..'
Farid terus memotong kata-kata Adriana. 'Mana luka tadi?'
Dia letakkan tangan Farid di sebelah luka itu tadi.
   'Okay. cakap kalau sakit' 

Apabila selesai membalut luka, Adriana menyuruh dia tanggalkan tali leher yang menutup mata Farid. Maka Farid pun tanggalkan ikatan tali leher itu.
   'Jom pergi' pelawa Farid perlahan.
Adriana hanya sekadar mengangguk.
   'Perlahan-lahan' Farid menarik tangan Adriana dengan perlahan untuk bantu Adriana bangun. 'Sakit tak?'
Dia menggelengkan kepala tanda dia tidak sakit semasa nak bangun tadi. Farid hanya senyum. Dia masuk ke dalam tasik untuk mengambil beg dan fail milik Adriana.
   'Awak tak perlu kutip fail-fail saya!' Adriana menyusun langkahnya untuk menghalang perbuatan Farid.
   'Tolong!' jerit Farid.
Langkah Adriana dimatikan.
   'Tolong jangan.. datang dekat'
Adriana tersentak. Dia kaku. Wajah Farid sangat serius.
   'Jangan datang dekat. Takpe. Saya ikhlas tolong awak'
Adriana menundukkan kepalanya.
   'Saya benci terhutang budi' katanya perlahan 'Saya tak nak susahkan orang. Termasuk awak!' tambah Adriana.
   'Awak tak susahkan saya. Saya ikhlas.. Ikhlas tolong awak' jelas Farid.
Adriana diam.
   'Maaf kalau saya melampau masa balut luka awak tadi. Saya minta maaf' kata Farid.
********** 
   'Lama kau pergi mandi' kata Imran
   'Eh? Sejak bila kau ada sini?' tanya Ashraf
Ashraf tutup pintu bilik.
   'Lama dah' Imran mencapai gitarnya.
Ashraf mengeringkan badannya. Sebelum Imran memetik gitarnya, dia berkata
   'Tadi phone kau bunyi. Tak henti. Lama dah. Lepas tu dia terus tak bunyi' jelas Imran.
   'Eh?'
**********
   'Farid, hari dah makin gelap. Awak masih dalam tasik. Saya takut. Apa kata kita balik sekarang?' kata Adriana.
Farid senyum dari jauh. Dia berlari keluar dari tasik dan menuju kat Adriana. 
   'Jangan takut. Saya ada kat sini. Jom pergi' kata Farid memberi semangat.
Ya. Farid tahu Adriana takut akan gelap.



to be continued