Friday, October 28, 2011

P E L A N G I


Cinta kita bagaikan pelangi,
Di saat ku habis menangis,
Kau datang membawa cinta,
Membuat ku ceria seperti warna-warna pelangi,
Tapi akhirnya kau pergi membawa diri,
Baru ku sedar cinta kita hanya seketika,
Juga seperti pelangi.






Sarah Adibah Azmi

S A L A M


Bayu malam lembut meniup,
Melihat bintang menyinari malam,
Mungkin aku tak lama hidup,
Tolong aku kirimkan salam,
Salam sayang buat semua.


Sarah Adibah Azmi

O M B A K


Hidup ini mesti move on,
Seperti ombak tidak jemu memukul pantai,
Walaupun Titanic sudah lama karam,
Sampai sekarang masih boleh melihat ombak di lautan,
Walau insan yang kita sayang sudah tiada,
Jalanilah kehidupan seperti biasa.






Sarah Adibah Azmi

I M P I A N


Apabila purnama menjelma,
Kita menanam sebuah impian,
Maka wujudlah cita-cita,

Dengan itu,
Terbitlah mentari membawa harapan,
Segala usaha dicurahkan demi mencapai cita-cita itu,
Kemudian impian menjadi kenyataan.


Sarah Adibah Azmi
Sekitar pukul 10.30 malam
27-Oktober-2011

K O P I

wassup!
Kalau korang sume perasan kan, guwa macam dah agak jarang tulis blog. tak macam dulu2 dimana guwa boleh katakan emm hari-hari guwa tulis *eh ye ke? * okay okay, hal ini kerana guwa agak bengang dengan berukband yang sangat tak guna ini. *ehh, jangan salahkan beliau. beliau tidak berdosa. tu pun nasib bail lu boleh online* ahhh.. senyap lu! lu apa tau! guwa hampir jadi gila dan ini semua angkara berukband yang sangat slow itu.

baiklah, berhenti memebel macam orang gila. guwa menghadapi beberapa masalah dengan komputer guwa. ishh.. guwa on, dia tak mau on. lebih 50 kali guwa on, dia still tak mau on. *50 kali?? okay itu sangat menipu* tapi guwa sabar menghadapi ujian yang diberi tuhan. kepada makcik makcik yang sedang baca blog ni, amacam? boleh guwa jadi menantu makcik??

tujuan guwa duk menulis blog ni sebenanya, guwa berhajat nak bagitahu korang yang ari bila entah guwa ada tengok crita indon kat channel 952. nahh, tajuh crita indon tu "Milli & Nathan". al kisahnya movie ini, pasal ada sorang perempuan nama Milli yang cita-cita nak jadi writer macam aku. dia ni suka kat sorang laki namanya Nathan. si Nathan ni macam pentingkan education. and bla bla bla bukan ini yang guwa nak sampaikan kat korang!

Okay yang sebenarnya aku just nak cakap yang si Milli ni suruh Nathan bagi dia 1 perkataan. si Nathan bagi perkataan "kopi". dari perkataan tu, Milli transformkan dia jadi

cinta ini bagaikan kopi,
lebih enak jika diminum ketika masih panas,
tapi risikonya ia akan cepat habis,
makanya diminum pelan-pelan,
tapi risikonya ia akan cepat sejuk.


pastu guwa macam nak try. why not? guwa nak jadi writer jugak. jadi guwa kembangkan dari 1 perkataan jadi emmm.. lebih perkataan? ahhh! guwa tak retilah nak cakap macam mana.

jadi tadi malam, guwa fikir sorang-sorang. guwa dapat idea! nak tahu? tunggu post guwa yang seterusnya! 


Wednesday, October 26, 2011

Lucky Charm Bracelet - episode 8

'Sorry Sofyea. Hahahahha.. I have to go. Bye' dia berlari sambil lambai tangan kepada Sofyea. Perempuan-perempuan yang berada disekitar taman bunga cemburu melihat Sofyea.


Sejak Ashraf sibuk dengan ragbi, makin lama dia makin lupa tentang Farhana. Adriana pula sampai sekarang senyap tanpa berita. 





Selasa 8 Febuari 2011,
Pagi dalam pukul 7:20 am di Bilik PJ Rugby Team, Ashraf dan pemain yang lain kemas-kemas barang bersedia untuk bertolak kejap lagi. Hairi memanggil Ashraf yang sedang asyik berborak dengan pemain lain. Dia bangun dan pergi kat Hairi.


'Apasal bro?' tanya Ashraf ringkas


'Kawan kau nak jumpa kat luar?'


'Huh? Kawan? Siapa?' perlahan dia bertutur. Orang pertama yang terlintas dalam kepala otak dia ialah Imran. Tak ada orang lain punya, mesti si Imran tu. 


Ashraf mengambil botol airnya di dalam loker. Dia minum sambil berjalan keluar dari bilik itu. Apabila dia memegang tombol pintu, ada satu bisikan suara sebelah telinga dia.


'Ashh! Jangan pergi!!' bisik suara itu


Dia kaku. Matanya membulat. Air yang diminum hampir tersembur keluar. Perlahan-lahan dia menutup penutup botolnya. Dia masih ingat lagi suara itu. Itu suara Farhana! Itulah kali terakhir dia mendengar suara perempuan itu. Dia memejamkan mata. Kenapa tiba-tiba ni? Kenapa? Ashraf terus membuka pintu itu dan keluar. Sebaik sahaja Ashraf keluar, Farid terus tumbuk muka Ashraf dan membuatkan dia terjatuh. Botol airnya berguling. Kemudian, dia terus pergi kat Ashraf dan belasah dia cukup-cukup. Hairi yang terdengar suara orang bergaduh lalu dia terus keluar dari bilik itu. Apabila membuka pintu dan terlihat mereka sedang bertumbuk, dia dan beberapa pemain ragbi cepat-cepat menyelamatkan Ashraf.


'Kau ni kenapa?!' marah Hairi 


'Aku baru pergi England sekejap, si Ashraf ni dah rampas posisi aku!! Kenapa?!!' bentak Farid kerana tidak berpuas hati


'Kau pergi tak bagitahu orang! Lepas tu nak salahkan orang pulak!' dengan tegasnya Hairi berkata selaku kapten pasukan itu


'Ahhh! Sudahlah!! Habis, sekarang aku main tak?!' 


'Ikut suka hati kaulah, Farid.' Hairi terus bawa Ashraf masuk semula ke dalam bilik.


Tinggal Farid sorang-sorang di luar bilik. Beberapa saat selepas itu, dia membuka pintu bilik dengan kuat. Semua orang didalamnya hanya melihat Farid dengan satu wajah - kebencian; kecuali Hairi dan Ashraf.


'Aku tak kira... Aku nak main jugak' kata Farid


Hairi berdiri dari duduknya. Dari jauh dia berkata 'Ok. Kau jadi simpanan'


'What the hell?!' dengan ekspresi terkejut bercampur dengan marah


'Take it or leave it?'


Aku tiada pilihan. Aku tak nak kalah dengan Ashraf bodoh tu! Farid menerima tawaran Hairi. Kemudian, Mr Jack, jurulatih kami masuk di dalam bilik PJ Rugby Team dan menyuruh kami berkumpul di lobby. Hairi memberitahu Mr Jack tentang Farid menjadi simpanan dan Mr Jack setuju. 


Mereka berkumpul di lobby. Ashraf ternampak Dayana sedang berjalan ke arah tangga. Dia memanggil Dayana dengan kuat sambil berlari mendapatkannya. 


'Kau nampak.. emmm..' kata Ashraf teragak-agak


'Siapa? Sofyea?' tanya Dayana


'Emmm.. Yea..' 


'Aku nak jumpa dia kat library lah ni. Kau nak ikut?' 


Ashraf melihat jam tangannya. 7:42 am. Ahh.. sempat lagi ni kalau nak jumpa dia sekejap!


'Yea! Aku ikut kau!' sambil tarik tangan Dayana berlari mendaki anak tangga.


'Aaa..Ashraf..' bisik hati Dayana




Di hadapan library, pergh!! Penuh! Apasal ramai sangat orang ni?!! Aku tak buang masa. Dari luar library aku menjenguk-jenguk mencari kelibat Sofyea. Dinding library yang dibina khas daripada kaca itu memudahkan Ashraf mencari Sofyea walaupun dari luar library. Dayana pulak dah lama tinggalkan aku sorang-sorang kat luar ni. Cilake. Mana kau Sofyea? Okay.. Jumpa kau! Ashraf berlari masuk ke dalam library. Keadaan di dalam library yang agak sesak dimana aku tak tahu apa sebabnya telah membuatkan aku terlanggar beberapa perempuan. Hahahahha.. Diaorang jatuh tapi aku tak tolong. Padan muka, siapa suruh halang jalan aku. Jadi aku terus berlari. Alamak, mana Sofyea pergi? Tadi.. nampak dia. Tapi sekarang.. dah hilang! Ashraf tengok jam tangannya lagi sekali.7:47 am! Cilake.. Mampus aku kalau aku kena tinggal. Plus, aku.. tak jumpa jalan keluar! Maklumlah, tak pernah pergi library sekolah selama aku study sini.


'Heyy Sofy, just now kawan you cari you' kata Dayana sambil memegang bahu Sofyea


'Siapa?'


'I'm not very sure. Tapi yang pasti dia Professional Rugby Player lah. Pakai jersi warna biru belang-belang' jelas Dayana


'Ohh.. Ashraf. Mana dia?'


'Don't know. Just now I saw him. Hahahahha..' 


Sofyea mencari dimana Ashraf berada. 


'How cute. 16 years old macam kau pun boleh sesat ke?'


Ashraf pusing..


'Sofyea' sepatah keluar dari mulut Ashraf


'Kau buat apa kat sini?' selamba Sofyea bertanya dengan suara yang tak de perasaan


'Emm.. Aa..aku pun tak tahu apa aku buat sekarang.. hahaha..'


'Bodoh' kata Sofyea sambil tersenyum


'Oh ya, asal ramai orang ni? Tak sangka sekolah ni rajin pergi library.


'Haahahhaha! Aku pergi library sebab nak cari buku L'Espagne entre deux siecles : De Zuloaga a Picasso '


'Li..pas apa??' berkerut dahi Ashraf 


'L'Espange entre deux siecles De Zuloaga a Picasso lah bodoh..' kata Sofyea sambil ketawa


'Hahahahhaha.. okay okay.. I give up' 


'Kau setakat nak cakap kosong jumpa aku ni baik tak payah! Nanti kena tinggal bas baru tahu!' tiba-tiba je keayuan Sofyea hilang bila dia cakap macam tu..


'Ohh a'ah lah!! Wish me luck Sofyea!!' Ashraf terus berlari pergi dari situ.




KEPUTUSAN PERLAWANAN

selasa 8-2-2011
[0] PJ Private Academy VS SMK Kelabu Asap [0]
[10] SM Mata Duitan VS SBP Mustajab [24]
[7] SBP Mustajab VS PJ Private Academy [10]
[5] Maktab Rendah Sains Miri VS SM Mata Duitan [0]




rabu 9-2-2011
[0] SMS Alam Semesta VS SMK Kelabu Asap [14]
[24] PJ Private Academy VS SMS Alam Semesta [5]
Separuh Akhir
[7] Maktab Rendah Sains Miri VS PJ Private Academy [14]
[12] SMK Kelabu Asap VS SMK Durian Bakar [12]


khamis 10-2-2011
Permainan 3 & 4
[6] PJ Private Academy VS SMK Durian Bakar [5]
Akhir
[9] SMK Kelabu Asap VS PJ Private Academy [23]





Khamis 10 Febuari 2011,
Di restoran mewah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur sekitar jam 11.00 malam, pasukan ragbi PJ Private Academy menyambut kejayaan mereka dengan hati yang sangat gembira. Bersuka ria sehingga lewat malam atau lebih senang cerita subuh buta around pukul 2.00 am. Bila Ashraf balik je asrama, terus pengsan kat atas katil.


7.15 pagi, Imran bangun tidur. Cilake! Aku lambat lagi! Ehh?? Dia nampak Ashraf tidur dengan berpakaian segak. Sejak bila dia balik? Dia mendekati katil Ashraf dan tenung muka Ashraf lama-lama. Macam ada sesuatu yang lain je.. Berkerut dahi memikirkan apa yang lain tu. Dia pegang pipi Ashraf. Matanya membulat! Panas! Sangat panas!


'Aa..Ashraf.. kau demam?' bisik hati Imran.


Imran segera mendapatkan En Ghaffar. Ikutkan hati tak nak jumpa dia tapi nak buat macam mana, dia warden asrama. Dia masuk kedalam pejabat En Ghaffar. Mana anak teruna tua ni?!!! Dia tanya seorang kerani disebelahnya.


'Mana En Ghaffar?'


Kerani tengok aku lain macam. Geram aku nak jerit "Apa hal kau ni!!". Tapi sabar je.. Oh, baru tahu.. Aku masih pakai baju tidur! hahahahahha!! Kerani tu cakap En Ghaffar ada kat kelas 4-SCO. Aku pun berlari pergi ke kelas tu. Gotcha'! Aku jerit dari pintu masuk kelas tu


'Hoi, En Ghaffar! Ashraf budak baru sakit!! Cepat lah!!' *sumpah tak de adab dia ni =.=' *


Sofyea terkejut! Dia pun ikut En Ghaffar pergi ke asrama Ashraf. Sampai di bilik Ashraf dan Imran, En Ghaffar cepat-cepat pegang dahi Ashraf. 


'Fuyohh.. Panas betul!' *sumpah time ni En Ghaffar nampak sangat bodoh*


Tiba-tiba Ashraf pegang tangan En Ghaffar sambil menyebut nama Farhana. Tergoda En Ghaffar sekejap dengan tangan Ashraf yang sangat lembut tu. Tetapi, Sofyea pula..


'Farhana..?' perlahan Sofyea bertutur.


Tanpa buang masa, En Ghaffar dukung Ashraf untuk membawanya ke hospital. 


'Imran, terima kasih kerana memberitahu hal ini. Lebih baik awak masuk kelas. Oh ya, jangan lupa mandi dulu' kemudian dia terus pergi meninggalkan Imran dan Sofyea di bilik itu.


'Siapa Farhana?' ringkas Sofyea bertanya


'Entah, tapi..dia pernah kata kat aku yang... dia suka kat perempuan tu' jelas Imran.


'Ohhh.. macam tu' antara dengar tak dengar suara Sofyea














to be continued



Sunday, October 23, 2011

Lucky Charm Bracelet - episode 7

'Jadi dia lah yang buat file-file peribadi pelajar form 4 tu berterabur kat kelas aku?' tanya Sofyea


'Who knows' simple Imran menjawab.


Ashraf pergi dari situ. Imran memanggilnya tetapi tidak dihiraukan. Tiba-tiba langkah Ashraf terhenti apapbila melihat kelibat ibunya di hadapannya.


'Mama' bisik hati Ashraf.



Dr Ashyrah berhenti. Dia hanya berdiri melihat Ashraf dihadapannya. Agak-agak kenapa aku dipanggil ke sekolah? Ashraf ada buat hal ke?


'Ashraf ikut mama pergi pejabat sekejap, okay?' lembut Dr Ashyrah memberi arahan


Huh? pejabat? Apahal pulak ni? Ashraf akur. Dia dan ibunya menuju ke pejabat dan bertemu dengan En Ghaffar sekali lagi..


'Awak lagi?' sambil gengam tangannya kuat-kuat bila tengok wajah En Ghaffar.. Ishh.. Tak serik-serik ke kena karate hari tu?!


'Cantik doktor hari ni.. hahahahhaha..' puji En Ghaffar untuk mendapatkan perhatian


'Saya hari-hari cantik, tak macam beruk kat depan saya ni. Nak puji-puji orang pulak tu. Mesti ada apa-apa ni' perli Dr Ashyrah.


'Saya cuma nak tanya kalau-kalau Ashraf ada hilangkan kad kesihatan dia. Kami cari tak pernah jumpa' kata En Ghaffar dengan senyuman 


'Cari dengan jubur memanglah tak jumpa! Pergilah cari kat file sekolah lama dia. File colour light blue tu'


En Ghaffar mengambil fail tersebut dan jumpalah kad kesihatan Ashraf. Ada jugak aku humban dia masuk neraka baru tahu! Nak menggatal dengan mak aku pulak! Bodoh! Apa lagi, mak aku naik angin satu badan. Rasa menyampah dia tengok lelaki itu. Selesai urusan di pejabat, Dr Ashyrah pulang dengan muka muram.


'Siap kau! Aku report kat husband aku!' kata Dr Ashyrah dalam hati




Beberapa hari lepas tu, Sofyea tak pernah jumpa Ashraf lagi. Imran pulak, makin menjadi-jadi bodoh dia tu. Adoii... Dr Ashyrah makin sibuk dengan kerjanya. Dr Kamaruddin pula sibuk menulis buku terbitannya sendiri. Ashraf lama tak dengar cerita daripada Adriana. Entah hidup ke tak dia tu. Aku call tak dapat. Aku text dia tak balas. Dia pun tak call aku. So aku diam je lah.. Farid? Batang hidung pun susah nak nampak. Entah ke mana dia lari aku pun tak tahu. Tau takut! 


Aku masuk Drama Club. Ingat aku nak ke masuk kelab tu?? Ni semua pasal Imran bodoh tu lah! Dia kata 'Masuklah Drum Club dengan aku sekali! Besttt....' dia punya '''Bestttttt''' tu bapak lah panjang. tak terkira berapa harakat. Aku pun join PJ Rugby Team. Diaorang alu-alukan kedatangan aku macam aku ni raja. Hairan aku..




Jumaat 4 Febuari 2011,
Ada perjumpaan pemain ragbi Professional kat bilik PJ Rugby Team. Ashraf telah dipilih untuk bermain ke peringkat negeri dan diberi posisi 'fly half' iaitu pemain yang mahir menendang dalam pasukan itu dan akan menendang bola dan melepasi palang gol. Yelah, mana tak nya, Ashraf antara pemain 18 tahun ke bawah yang sangat handal dan menjuarai banyak pertandingan! Memang patutlah kedatangan dia dalam sukan itu dialu-alukan macam raja. Pertandingan diadakan pada minggu depan iaitu dari 8-10 Febuari 2011.


malam tu di bilik Ashraf,
Imran sedang memetik gitarnya sambil menunggu Ashraf masuk bilik. Selang beberapa minit kemudian, Ashraf masuk bilik. Perkara pertama yang dilihat bukannya Ashraf, tetapi sehelai jersi Canterbury berwarna biru belang-belang. Dia letak gitarnya ketepi, bangun dan terus mengambil jersi tersebut.


'Woah... Kau buat bapak bangga nak' kegembiraan jelas dapat dilihat di wajah Imran. 


'Hahahahahha.. sejak bila aku jadi anak kau?' kata Ashraf sambil ketawa kecil


'Kau ni... Bila match?' tanya Imran sambil dia pegang-pegang jersi tu


'8-10 Febuari' ringkas dia menjawab


'Dah tu, aku sorang-sorang lah tidur time tu?'


'Hahahhahaha... padan muka kau' gurau Ashraf


'Ishh..' sambil menghulurkan jersi itu kembali kepada Ashraf. Kemudian Ashraf baring diatas katilnya.


'Asal lambat? Penat aku tunggu kau tahu tak?!' tanya Imran dengan nada suara yang tinggi


'Marah ke? Sorry lah. Tadi meeting pastu practice sikit' jelas Ashraf sambil memejamkan mata.


'Kau dah cakap kat Sofyea?' perlahan Imran bertanya dengan suara yang lain macam.


Ashraf bangun dari baringnya. Dia duduk di atas katil sambil melihat Imran.


'Sofyea? Asal kena bagitahu dia pulak?' tanya Ashraf kebingungan 


'Kau ni bodoh betul lah. Bagitahu je lah. Apa salahnya kalau dia tahu' jelas Imran 


'Sofyea? Emmm.. Dah lama aku tak jumpa dia. Dia ambik cuti ke?' dia baring semula.


'Kepala otak hang! Dia datang sekolah hari-hari lah! Kau je yang dah jadi Mister Popular sejak kau join PJ Rugby Team tu. Busy tak ingat dunia. Kalau tak meeting, practice. Kalau tak practice, meeting. Hishh.. Kadang-kadang kan.. aku jeles tengok kau. Pompuan sumuanya cakap pasal kau. Sampai Farid tu, diaorang campak kat lori sampah. Makin ramai pulak yang jadi supporter kat padang tu pasal kau jadi player' bebel Imran sambil baring melihat siling.


'Eh, senyap je mamat ni' bisik hati Imran. Dia pun bangun melihat apa yang sedang Ashraf lakukan.


Rupa-rupanya Ashraf dah tidur. Ada aku campak dia ni karang. Penat-penat aku membebel, boleh pulak dia tidur. Kurang asam kau Ashraf. Dia melihat wajah Ashraf. 


'Hmmm.. penat sangat lah tu agaknya. Eeee.. badan peluh-peluh terus tidur. Pengotor!' 




Keesokan harinya, Sabtu, Ashraf sangat sibuk dengan latihan. Begitu juga dengan hari Ahad. Siang practice, malam meeting. Memang pasal ragbi je. Imran sangat bosan dan sering ke tempat rahsianya (atas atap tu). 


Isnin 7 Febuari 2011,
Habis je class, Ashraf kemas barang-barangnya. Dia menggalas beg kesayangannya yang berjenama Puma. Fakhrie mengucapkan 'Byebye' kepadanya sambil melambai tangan. Ashraf hanya senyum. Kemudian datang beberapa pelajar perempuan dari kelas sebelah iaitu kelas 4-SC2. 


'Hai handsome' sapa salah seorang daripada 4 orang perempuan tadi.


Ashraf yang sedang memasukkan kerusi ke dalam meja hanya sekadar senyum kat perempuan tu. Sambil perempuan itu bercakap dengannya, dia melihat ke luar tingkap disebelahnya. Dia ternampak Sofyea sedang melukis di taman bunga.


'So sorry ladies. I have to go' kata Ashraf dengan sopan


Ashraf terus keluar dari kelasnya dan turun tangga dengan pantas sehinggakan dia terlanggar beberapa orang pelajar. Dia berlari keluar dari bangunan itu. Kemudian dia sampai di taman bunga. Sofyea yang sedang asyik melukis tidak sedar akan kehadiran Ashraf dibelakangnya.


'Ehh, lukisan baru?' kata Ashraf lembut


'Oopocot mak kau meletup!' melatah Sofyea dalam hati


'Hish!! Ada jugak aku tumbuk kau karang!!' marah Sofyea sambil dia memerhatikan lukisannya yang comot akibat terperanjat. Kemudian dia pusing ke belakangnya untuk melihat siapa yang berani menganggu dia semasa dia sedang melukis. Bila dia tengok wajah Ashraf yang sedang senyum macam kambing tu, dia terduduk diatas bangkunya.


'A..aku sorry sangat.. hahahhahaha..' ikhlas Ashraf meminta maaf.


'Hish.. Kau rupanya.. Nak aku cepat mati ke?!'


'Hahahahhaha.. mana ada. Janganlah mati. hahahahaha..'


Sofyea terkejut bila Ashraf kata "...janganlah mati...". Gila apa dia ni?! Ingatkan dah popular ni, lupa kat aku. Hahahahahha..


'Kau buat apa kat sini? Tak de practice ke?' tanya Sofyea


'Saje. Dah lama aku tak jumpa kau. Practice malam karang. Nak tengok tak?'


'Tengok apa?'


'Tengok practice aku malam ni. Jom lah' pelawa Ashraf


'Hahahahhaha.. Bila match kau tu?' Sofyea cuba untuk mengubah topik


'Match? Esok' ringkas dia menjawab pertanyaan Sofyea


'Esok? Wahh.. takut tak?'


tak sempat Ashraf menjawab, Sofyea dah menyambung.


'Juara Rugby lebih 10 kali takkan takut' lain macam je suara tu..


'Eh, mana ada lebih 10 kali' kata Ashraf


'Hahahahhahahaha.. Papepun, good luck. Make sure sekolah kita menang! Kalau tak, siap kau!' 


'Sofyea, I was born to...' 


'Jangan nak perasanlah!' cepat-cepat dia potong ayat Ashraf.


Hairi, teammate Ashraf memangil dia dari kelas 4-SC1 melalui tingkap. Boleh kata semua pelajar yang ada kat bawah tu dengar lah suara Hairi tu. Punya nyaring tak nyaring suara mamat ni. 


'Hoi Aisy!! Puas aku cari kau!! Dating kat situ rupanya!! Cepat, ada meeting!!!' pekik Hairi dari kelas 4-SC1.


'Eishhh...! Kacau daun lah beruk tu!' marah Ashraf dalam hati.


'Sorry Sofyea. Hahahahha.. I have to go. Bye' dia berlari sambil lambai tangan kepada Sofyea. Perempuan-perempuan yang berada disekitar taman bunga cemburu melihat Sofyea.


Sejak Ashraf sibuk dengan ragbi, makin lama dia makin lupa tentang Farhana. Adriana pula sampai sekarang senyap tanpa berita. 










to be continued





Thursday, October 20, 2011

Lucky Charm Bracelet - episode 6

'It's okay, I'm fine. Actually aku happy sangat hari ni. All thanks to you' kata Ashraf sambil senyum.


pada malam itu, mereka tidur di pondok bersama-sama.

'Thank God, now I have a friend who is willing to listen to my story as well as Adriana' bisik Ashraf dalam hati





Jumaat, 21 Januari 2011
Ashraf bangun tidur. Dia lihat jam tangan. Cilake! Pukul 7.46 a.m dah?! Dia mengejutkan Imran yang sedang nyenyak tidur disebelahnya. Tetapi Imran tak bangun. Dia tumbuk muka lelaki itu barulah Imran bangun. Makhluk ni kalau tak guna kekerasan tak bangun!


Imran pegang tangan Ashraf dan berkata


'Sayang.. kenapa ni?' dengan suara yang macam mengantuk lagi lah


'Ehhh?!! Asal dengan mamat ni?!' jerit Ashraf dalam hati


Imran tarik tangan Ashraf dan kemudian dia jatuh di atas badan Imran. Ashraf dah hilang sabar. Dia tanpa pipi Imran dengan frying pan. *mana datangnya frying pan tu pun aku tak tahu* Kali ni Imran betul-betul bangun. Dia melepaskan tangan Ashraf.


'Ashraf.. apa kau buat?' tanya Imran sambil menggosok matanya


'Bodoh! Dah pukul 7.46 lah! Kita dah lambat!'


Imran cepat-cepat berdiri. Dah lambat?!! Alamak! Imran tarik tangan Ashraf dan turun dari bangunan tu! Mereka cepat-cepat ke bilik menukar pakaian lelaki. Di dalam bilik itu, mereka mandi dan cepat-cepat tukar baju. Kemudian mereka berpecah ke kelas masing-masing.


Dalam perjalanan Imran menuju ke kelasnya, dia terserempak dengan Farid. Mereka seperti berbincang sesuatu. 


'Ingat apa yang aku cakap!!' kata Imran


Farid sengaja langgar bahu Imran dan pergi. Imran memandang cicak kubin tu pergi.


'Bodoh kau Elman Farid!!!!!' jerit Imran sekuat hati! 


Pelajar yang berada disitu hanya sekadar memandang Imran. Farid yang sudah jauh dari Imran senyum sinis setelah mendengar Imran menjerit namanya.


'Imran Imran.. kau yang bodoh sebenarnya' bisik hati Farid


Imran pun masuk kelas.




Di 4-SCO
Sofyea dan Dayana menyusun file yang berteraburan di atas lantai.


'Sofyea, kau rasa siapa yang buat keje ni?' tanya Dayana perlahan.


'Entah.. Aku....'


Sofyea melihat file peribadi Farid di tangannya


'...pun tak tahu siapa yang buat' sambung Sofyea.




Pada waktu rehat di taman bunga, Sofyea melukis seperti biasa di situ. Ashraf dari kelasnya ternampak Sofyea di taman bunga menerusi tingkap. Dia cepat-cepat mengemas barang dan pergi ke taman bunga. Setibanya di situ, 


'Beautiful' sepatah Ashraf berkata 


Sofyea terkejut! Ish budak ni! Tegur orang tak bagi salam dulu. Nanti tak pasal-pasal aku mati kutu kat sini! Sofyea bangun. Meletakkan berus lukisan di dalam gelas berisi air. Dia memandang lelaki yang sedang leka termenung melihat lukisannya.


'Kau nak apa?' tanya Sofyea.


Ashraf terjaga dari lamunannya.


'Kau tak makan ke?'


'Aku dah biasa tak lunch. Lagipun, aku nak siapkan lukisan ni sebelum bulan Febuari nanti' jelas Sofyea


Ashraf menghulurkan bekal makanannya.


'Kau nak sikit?' pelawa Ashraf


Hahahahhaha.. Comel betul mamat ni. Dah form 4 pun bawak bekal pergi sekolah. Macam budak kecik! Well, orang dah ajak makan. Jadi ambik je lah kan, hahahahhahahahha.. Sofyea mengambil beberapa bijik popcorn dan makan.


'Hmm.. Sweet' komen Sofyea jujur


'Kau suka?' tanya Ashraf


'Yea.. Thanks!' sambil mengukir senyuman.


Ashraf termenung. Dia teringat akan Farhana. Sofyea mempunyai senyuman yang sama dengan Farhana!


'Hei Aisy Ashraf!' panggil Farid dari jauh


Ashraf menoleh ke arah suara itu. Apabila Sofyea mendengar nama penuh Ashraf, dia kaku. Aisy Ashraf. Aku kenal sangat dengan nama tu! Sofyea terus memegang bahu Ashraf. Ashraf memandang wajah Sofyea.


'Awak... Aisy Ashraf?'


'Aisy Ashraf b Dato' Dr. Kamaruddin?' sambung Sofyea


'Macam mana.. awak.... tahu nama saya?' perlahan Ashraf bertanya


'Ashraf!' panggil Farid yang kini betul-betul dibelakangnya


Ashraf kembali menoleh lelaki itu. Farid pandang aku macam aku ni hantu. Asal dengan dia? Tiba-tiba panggil aku ni.


'Jauhkan diri daripada dia' tegas Farid memberi arahan


Kurang asam punya manusia. Datang kat aku pastu nak arahkan aku pulak. Ada jugak aku baling dia macam aku baling bola ragbi!


'Jauh daripada siapa?' tanya Ashraf. Dah tu betul lah. Suruh aku jauhkan diri daripada siapa? Bagi arahan tergantung! 


Lantas Farid menarik necktie dan collar Ashraf. Sofyea terkejut dengan tindakan Farid tapi.. Ashraf..  


'Urghh!! Why is he so calm?!!' jerit Sofyea dalam hati sambil menggaru kepala macam orang gila! 


'Tumbuklah aku. Come on. Are you scared?' 


Farid rasa tercabar dengan apa yang Ashraf katakan sebentar tadi


'Lepaskan dia Farid! Kau nak cari maut ke?!' marah Sofyea


'Cepatlah pukul aku. Kau tunggu apa lagi?'


'You..' perlahan Farid berkata


'BASTARD!' lalu dia menumbuk Ashraf dengan sekuat hati




Di rumah Ashraf


Ringg..ringg..ringg..ringg..ringg..
bunyi telefon rumah 


Dr Ashyrah yang tidak bekerja pada hari itu cepat-cepat menjawab panggilan itu.


'Hello' 


'Hello, boleh saya bercakap dengan Puan Ashyrah selaku ibu kepada Aisy Ashraf?'


'Ya saya Ashyrah. Ada apa ya?' suaranya bertukar bimbang


'Kami pihak pejabat perlu berurusan dengan anda  mengenai anak anda, Ashraf. Boleh anda datang ke sekolah sekarang?' 


'Aahhh.. ba..iklah'




Di PJ Private Academy


Ashraf berjaya menahan tumbukan itu.


'Bastard? Kau panggil aku bastard?' kata Ashraf


'Aku tahu kau siapa lah bodoh! Kau tak ada mak bapak! DHA kau dengan kedua-dua mak bapak kau sekarang tak sama!' bentak Farid


'DNA lah bodoh' dengan suara yang tak ada perasaan


'Apa-apa je lah! Mak bapak kau sekarang bukan mak bapak kau yang sebenar! Aku tahu sangat!'


'Enough' perlahan Ashraf bertutur


'Kalau diaorang bukan mak bapak kau yang sebenarnya, apa lagi? Mestilah kau ni anak luar nikah! Betul kan?!' kata Farid


Pedepik!!  


Farid pengsan. * ini sangat menipu! *


'Kan aku dah warning kau! Jangan kau sentuh Ashraf!! Tak nak dengar, kan dah kena tanpa dengan frying pan. Muahahahahahha!! *evil laugh*


'Dari mana kau dapat frying pan tu?' tanya Ashraf dengan suara yang tak ada perasaan


'Entah.. aku pun tak tahu. hahahahha..' ketawa


'Kau ok, Ashraf?' tanya Imran dengan suara yang sedikit bimbang


'Ok kau tanya?! Aku tumbuk kang!' marah Ashraf


'Kau ni kenapa?'


'Asal kau bagitahu Farid pasal family aku?' bisik Ashraf


'Ohh pasal tu! Hoi beruk! Aku tak bagitahu lah siot! Dia kata kau ni pelik and dia nak siasat kau. So dia cakap kat aku yang dia plan nak cari info kau kat kelas 4-SCO. Faham?' jelas Farid


'Jadi dia lah yang buat file-file peribadi pelajar form 4 tu berterabur kat kelas aku?' tanya Sofyea


'Who knows' simple Imran menjawab.


Ashraf pergi dari situ. Imran memanggilnya tetepi tidak dihiraukan. Tiba-tiba langkah Ashraf terhenti apapbila melihat kelibat ibunya di hadapannya.


'Mama' bisik hati Ashraf










to be continued