Britt..britt..britt..britt..britt..britt.
Bunyi telefon bimbitnya di atas meja studi
Britt..britt..britt..britt..britt..
Ashraf membuka mata kemudian bangun mencapai telefonnya. Nama 'Adriana' tertera di skrin telefon. Nak angkat ke tak? angkat, tak, angkat, tak, angkat, tak, angkat. tak... angkat. Ashraf menjawab panggilan tersebut.
'Hai!' jerit Adriana keriangan
'Apasal happy semacam ni?' tanya Ashraf
'Yang you ni bengap sangat kenapa? I happy sebab dapat dengar suara you lah, apa lagi? so, you buat apa sekarang?'
'Nothing. Hey, tomorrow I pergi PJ PRIVATE ACADEMY' kata Ashraf dengan tujuan membuat Adriana cemburu
'What?! So, you memang betul-betul pindah sekolah tu?? Tak adil!' rungut Adriana dengan suara yang agak sedih lah jugak
'Yea.. I buat semua benda yang I cakap' kata Ashraf
'Ashh...'
'Apa?'
'You.... tak nak balik Switz visit your grandpa ke?' pertanyaan Adriana membuatkan Ashraf diam seketika
'Sorry.. So sorry.. I know i'm not supposed to talk about it. Sorry Ashh..'
'No it's okay. I really have to go' kata Ashraf
'You really have to go? Is it because of me? Ashh sorry sebab bangkitkan about your past.' ikhlas Adriana meminta maaf
'Adriana, stop it. I really have to go' tegas Ashraf berkata dengan suara yang serius
'Okay. My parents kirim salam. Bye' Adriana memutuskan talian.
Ashraf tunduk. Melepaskan telefon bimbitnya lalu telefon itu jatuh ke lantai. Dia merenung ke luar tingkap.
'I'm sorry Ad's. I betul betul nak lupakan pasal masa silam I' bisik Ashraf dalam hati
Pada malam itu, Ashraf beritahu ibunya bahawa dia akan mula bersekolah di PJ Private Academy hari esok jugak.
Rabu, 19 Januari 2011
Keesokan harinya, ibunya menghantar Ashraf ke sekolah sampai kedalam asrama. Setelah siap mengemas barang di asrama, Ashraf terpaksa mencari kelasnya sendiri kerana ibunya terpaksa pergi ke hospital secepat mungkin. Dia mencari kelasnya iaitu 4-SC1. Tiba-tiba dia ternampak seorang perempuan di taman bunga yang sama seperti hari semalam. Dia cepat-cepat berlari turun tangga dan keluar dari bangunan itu.
Semakin dia mendekati perempuan itu, semakin dia mengenali wajah itu. Macam aku kenal je perempuan ni.
Perempuan itu menyambung melukis lukisan yang dilihatnya semalam. Dia cuba mencapai bahu perempuan itu tetapi ada suara yang memanggilnya secara tiba-tiba. Tak tahu datang dari mana! Dia menoleh.
'Kau, budak baru ke?'
'Emm yea. Kenapa?' lambat Ashraf menjawab soalan itu
'Ohh patutlah. Aku ingatkan barang lelong siapa kat bilik aku tadi. Kau Ashraf kan?' tanya Imran
'Yea'
Sebaik sahaja Ashraf menjawab soalan terakhir itu, budak perempuan itu terus menoleh ke arah Ashraf.
'Awak Ashraf?' tanya perempuan itu
Ashraf berpaling melihat wajah perempuan itu. Kau.. Farhana ke? Aku betul-betul nak tanya dia soalan tu! Tapi...
'Bro, kau kelas apa?' tanya Imran
'4-SC1' cepat dia menjawab
'Wow.. SC1 tu.. kau tahu tak ape maksud SC?' tanya Imran lagi
'Apadia?'
'Aku pun tak tahu.. hahahaha.. jom aku tunjukkan kelas kau' Imran tarik Ashraf pergi
Sambil berjalan mereka berbual...
'Perempuan kat taman tadi... Nama dia?' tanya Ashraf kebingunggan *btul ke eja?*
'Dia? Yang melukis tadi? Hahahahahhahaha.. Buang masa kau je kalau kau nak mengorat dia. Hahahahahahha!!!' sambil ketawa besar
'Cepatlah! Nama dia?!' tumbuk kepala Imran..
'Okay okay.. Dia Tengku Alyssa Sofyea. Kelas 4-SCO. Dia tu sebenarnya...'
'Aku tanya nama dia je. Yang kau nak jawab melebih-lebih ni apasal?' pantas Ashraf memotong ayat Imran
'Hahahahahahhaha... Tu kelas kau. Dah aku pergi dulu' Imran pusing belakang dan terlanggar tiang lalu jatuh.
Imran cepat-cepat bangun dan pergi dari situ. Ashraf pegang tombol pintu. Perlahan-lahan dia membukanya dan...
'A...apa ni??!!!' menjerit dalam hati
Semua pelajar perempuan yang sedang salin baju menjerit sekuat hati. Pipi Ashraf menjadi merah. Lalu dia tutup pitu itu semula. Apabila dia lihat di sebelah kanan pintu, dia lihat
Girl's changing room
'Siaplah dia!! Aku belasah dia cukup-cukup!!' marah Ashraf dalam hati
Tanpa Ashraf sedari, Farid, pelajar sensasi sekolah memerhatikannya dari jauh.
'Kau cuba nak ambil kesempatan ye. Jangan fikir kau handsome kau boleh sentuh perempuan kat sekolah ni. Apapun, aku jauh lebih handsome dari kau' kata Farid
'Kau gila ke cakap sorang-sorang?' tanya Ashraf
'Braghhhh!!!!! Kau datang dari mana?!!!' Farid terkejut sebab tiba-tiba je Ashraf muncul
'Aku ingat aku cakap dalam hati tadi..' perlahan Farid berkata
Ashraf pergi dari situ. Masih mencari kelasnya. Tiada orang pun yang membantu dia mencari kelas 4-SC1. Dari jauh Ashraf terlihat kelibat Tengku Alyssa Sofyea, perempuan mirip Farhana iaitu cinta pertama Ashraf. Langkah Ashraf terhenti. Perempuan itu semakin mendekati Ashraf. Dia langsung tidak berganjak. Lebih memeranjatkan Ashraf, perempuan tu tegur dia.
'Hoi, kau ni tak masuk kelas ke?'
'A..aku... sesat' lambat Ashraf jawab soalan Tengku Alyssa Sofyea
'How cute. 16 years old macam kau boleh sesat? Hahahahaha.. Panggil aku Sofyea. Jom aku tunjukkan kelas kau' mula menyusun langkah.
'Yang kau tercegat kat situ lagi kenapa? Cepat lah!' tegas Sofyea memberi arahan
Sofyea terus berjalan tetapi Ashraf seolah-olah kaku.
'Dia.. Farhana..' bisik Ashraf dalam hati.
to be continued


0 comments:
Post a Comment