Saturday, October 15, 2011

Lucky Charm Bracelet - episode 4

'Ad's, i'm in misery. Really need you now. Where the hell....are you...?' bisik hati Ashraf sambil memeluk bantal dengan erat. Sangat erat.






Khamis, 20 Januari 2011,
Imran bangun tidur dan lihat jam dinding. Damn it! Aku dah lambat ni! Jam menunjukkan pukul 8.06 A.M. Imran cepat-cepat masuk bilik air dan terus mandi. Mandi kerbau sudah. Buat apa nak mandi lama-lama sangat? Hahahahhaha.. Lepas siap mandi and so on, dia berdiri disebelah katil Ashraf. 


'Budak ni.. Bangun pagi tak kejut orang! Siap lah dia nanti!!' marah Imran.




Di dalam kelas 4-SC1, ketua kelas, Fakhrie menuju ke arah meja Ashraf. Dia meletakkan sehelai kertas di atas meja tersebut. Ashraf yang sedang membaca buku Biologi perlahan-lahan memandang Fakhrie.


'Kenapa?' tanya Ashraf dengan lembut


'Kau nak masuk kelab apa?'


'Kelab?'


'Kau boleh pilih kelab mana kau suka. Lepas tu bagi balik kertas ni kat aku.' jelas Fakhrie


'Music Club macam best..' bisik hati Ashraf.


Datang seorang budak perempuan berambut coklat.


'Why not English Language Society (ELS)? Best apa kelab ni. Seriously memang awesome' kata perempuan itu


'You are?' tanya Ashraf


'Hartina, you can call me Tina' sambil menghulurkan tangan


Mereka bersalaman. Jantung Tina berdegup pantas! 


'Ke..kenapa dengan aku? tapi.. tangan dia sangat lembut! Hahahahhaha' dalam hati Tina


Ashraf bangun dan berjalan ke arah Fakhrie yang sedang bersuka ria dengan kawan-kawannya. Apabila beberapa orang kawannya ternampak Ashraf menghampiri mereka, mereka diam. Keadaan yang sepi tiba-tiba tu telah membuatkan Fakhrie pusing belakang melihat siapa dibelakangnya.


'Eh kau rupanya. Ingatkan Sofyea tadi. Nak apa?' tanya Fakhrie


'Aku decide dulu. Pas dah tahu club ape yang aku suka i'll tell you, okay?' jelas Ashraf


'Ohh.. Okay.'


'By the way, kenapa tadi ingatkan aku Sofyea? Dia kan kelas lain'


'Kau tak tahu Sofyea? Hahahahahha.. Dia tu one of the Student Council kat sekolah ni. Dia tu Vice President and maybe bulan depan naik pangkat jadi President. Kalau orang ramai vote dia, dia jadilah President' kata Fakhrie


Ashraf terus pergi duduk ditempatnya semula. President? No wonder dia nampak pelik bila aku tak kenal dia. Hahahahha.. Tiada cikgu yang masuk kelas ketika itu. Kenapa? Aku pun tak tahu. Beberapa pelajar perempuan main lari-lari kat dalam kelas. 


Salah seorang daripadanya terlanggar kaki meja dan jatuh. Pantas Ashraf bangun dan tarik tangan perempuan itu dan peluk dia untuk mengelakkan kepala dia terlanggar bucu meja dihadapannya. Semua pelajar didalam kelas itu hanya dapat melihat apa yang terjadi. Kebetulan pada masa itu Sofyea berada di hadapan pintu masuk kelas 4-SC1 untuk berjumpa dengan Ashraf. Ashraf melepaskan pelukan itu dan terkejut apabila melihat perempuan tadi tu macam nak menangis.


'Awak ok ke? Kenapa menangis?' tanya Ashraf lembut


Fakhrie datang menghampiri mereka. Dia tenangkan perempuan itu tadi. Kalau tak kerana Ashraf, pasti perempuan itu cedera kerana terlanggar bucu meja. Fakhrie memberitahu Ashraf bahawa Sofyea sedang menunggunya diluar kelas. Ashraf keluar kelas dan berjumpa dengan Sofyea


'Ada apa?'


'Pihak pentadbiran kata kad kesihatan kau tak ada dalam file. So, aku kena bawa kau jumpa dia.' jelas Sofyea


Sofyea memulakan langkah diikuti dengan Ashraf dibelakangnya. Beberapa minit kemudian mereka sampai di pejabat. Sofyea membawa Ashraf masuk ke dalam bilik En. Ghaffar yang juga selaku Guru Pentadbiran Sekolah Bahagian Atasan II. Ashraf sangat terkejut apabila melihat wajah lelaki itu. Sofyea meninggalkan mereka buat seketika waktu.


'Awak ada hilangkan Kad Kesihatan awak ke?' tanya En Ghaffar dengan tegas


Ashraf diam tidak menjawab soalan itu.


'Saya tanya ni! Jangan lah senyap je macam saya bercakap dengan tiang! huh...' marah En Ghaffar


'Baiklah, saya akan bertanya dengan lembut. Awak ada hilangkan kad tu ke?' tanya En Ghaffar sekali lagi dengan lembut


Ashraf masih diam. Dia seperti sengaja hendak membuat En Ghaffar marah. Sofyea boleh dengar perbualan mereka dengan jelas sekali walaupun berada di luar pejabat.


'Awak jangan ingat saya suka kat mak awak, saya akan layan awak dengan baik. Jangan haraplah okay! Macam mana anak doktor boleh hilang Kad Kesihatan ni?! Awak tahu tak kad ni sangat penting! Oleh sebab kecuaian awak, awak dikenakan denda membayar RM 50 sebab hilangkan kad tu. Awak tahu tak, awak lah pelajar yang menyusahkan hidup sa...'


Britt..britt..britt..britt..britt..
Bunyi telefon bimbit Ashraf


'Maaf, saya kena angkat sekejap. Pause dulu boleh' selamba Ashraf keluar dari bilik tu hanya untuk menjawab panggilan Adriana


Diluar bilik tersebut
'Yea Ad's, asal call?' tanya Ashraf


'Don't know. I feel like something bad happened to you. You ok tak?' kata Adriana


'Wow. You ada naluri yang sangat hebat. Bravo!' 


'You ada masalah ke? Your voice... is a bit different. Are you sick?'


'No, I'm Okay. Btw, Thanks for calling me' kata Ashraf


'Hahahahahha.. I just miss you very much. I miss nasi lemak and Malaysia' rungut Adriana dengan suara yang comel


'Bila you balik sini?' tanya Ashraf ringkas


'Don't know yet lah Ashh. My parents sekarang tengah... hummm.. well you know'


'Diaorang gaduh lagi?'


'Yea, bingo. Hey handsome, I have to go. My mum panggil. Byebye.


tutt..tutt..tutt..tutt..


Ashraf masuk dalam bilik En Ghaffar. Kelihatan seperti En Ghaffar betul-betul marah Ashraf. Yelah, mana tak marah, aku tengah membebel boleh pulak dia jawab call daripada siapa entah. Ada aku campak budak ni masuk neraka. Nasib baik mak dia cantik. Kalau tak memang aku dah lama sangat nak bunuh dia ni. Tak beradab langsung! En Ghaffar tiada mood nak bercakap dengan Ashraf lagi. Dia menyuruh Ashraf keluar.


Sofyea menunggunya di luar pejabat. Sedang Ashraf mendekati Sofyea, datang si Farid memegang bahu Sofyea. Langkah Ashraf terhenti melihat lelaki itu menyuntuh Sofyea. Lelaki itu seperti mengajak Sofyea pergi ke mana pun aku tak tahu. Sofyea dan Farid pergi meninggalkan pejabat itu. Aku tahu si Farid tu sengaja je buat macam tu. Apasal dengan mamat tu? Tak puas hati dengan aku ke?


Ashraf jalan-jalan disekitar sekolah.


'Aku tak tahu kenapa tapi tadi.. aku rasa sangat benci tengok Farid pegang Sofyea macam tu. Tapi kenapa Sofyea ikut dia? Kenapa Sofyea layan dia tak macam dia layan aku? Kenapa? mereka tengah dating bersama ke? Tak mungkin...lah.. Sofyea bukan orang yang macam tu.. Atau aku..'


Tiba-tiba tak tahu kenapa langkah Ashraf terhenti. Imran yang berada di atas bumbung ternampak Ashraf di bawah. Dia rasa sangat bersalah dekat Ashraf atas apa yang berlaku malam tadi. Budak tu macam ada masalah besar. Aku.. patut tolong dia.. kan?








to be continued 





0 comments:

Post a Comment