salam,
nama saya rahsia b/bt secret. saya suka makan rambutan dan tinggal bersama kawan-kawan saya yang riang lagi ceria di Tanjung Rambutan. ini cerita benar tahu tak jadi lihatlah screen komputer anda.
masa saya muda-muda dulu, tunggu.. sekarang saya masih muda juga tau. hahahahha. dulu, saya orang susah. sekarang saya kaya giler! okay itu sangat tipu. saya ada 5 adik beradik. bapak saya kerja penoreh getah. muka dia macam Justin Timberlake! itu sangat mengarut. muka dia typical malay. woahhh.. saya speaking! okay lupakan je.
mak saya pula jual nasi lemak kat tengah jalan. eh, silap.. tepi jalan. pastu dia meninggal. bukan sebab eksiden langgar kereta. meninggal sebab saya buat dia terkejut. jantung dia sakit. kesian... saya menyamar jadi hantu kak limah, tiba-tiba dia baring. ingatkan dia tidur sekejap. rupanya-rupanya tidur selama-lamanya.
adik beradik saya bahalol.. antonim bagi bahalol? bijak.. mereka bijak.. saya terlebih bijak. jadi bapak saya suruh saya masuk universiti hasil daripada simpanan gaji dia selama 6 tahun. bayangkan bila orang terlebih bijak macam saya ni masuk universiti. asyik kena marah dengan orang tua (pensyarah) kat situ je.
otak saya makin lama makin menjadi-menjadi lepas saya kena denda buat research pasal penyakit autism. saya asyik marah marah saja. saya juga ada masalah tidur dan jadi pelupa. bila pihak universiti hantar saya pergi check hospital, dia terus tendang saya dari universit. saya pelik. pastu saya dihantar ke Tanjung Rambutan. sejak dari tu, saya suka rambutan. di sana, saya masih cuba mengkaji sebanyak kajian yang disuruh oleh orang tua (pensyarah) saya dulu. doktor kat tempat saya tinggal kata yang saya tak payah buat lagi kerja tu sebab saya terlalu istimewa.
doktor pun cakap Adibah Noor tulis lagu special buat saya. alah lagu terlalu istimewa tu hahahahhaha... mereka (pensyarah) semua bodoh sebab tak tahu yang saya ni sebenarnya
gila
*faham ke cerita ni? hahahahahha.. wat2 lah faham kalau tak faham. oh yeah, kalau korang stress, jangan lah simpan. at least bgtau lah orang lain. korang boleh bgtau saya jugak! hehehee... jangan terlalu stress dengan kehidupan kita? memanglah nak hidup ni senang cuma nak lalui ujian tuhan tu kadang-kadang sukar. cari seseorang untuk korang luahkan perasaan. cari orang yang korang percaya. jangan sampai korang dihantar ke hospital orang gila. hahahahha.. okay okay, ini cerita tipu je. just nak share kat korang ape yang saya belajar kat sekolah arini. maaf kalu story ni mengandungi elemen elemen negatif. betul betul minta maaf
Thursday, October 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment