Tuesday, October 11, 2011

appreciate your bestie!

aq nk cerita sikit kat korang pasal bestie a.k.a best friend. ikut skati nk bce ke x.













loading..











saya ada kawan. saya kenal dia sejak sekolah rendah. dia sangat comel *mcm sy! sori menyampuk >.< hik hik* dia tinggal dekat dengan rumah saya. tiap tiap petang saya main dengan saya. mama saya belikan saya sebuah basikal warna biru. basikal tu sangat cantik. kawan saya macam nak try basikal saya. dia tak de basikal. jadi saya kasi dia main. saya tak tahu dia tak pandai main basikal. lepas tu tak tahu macam mana dia boleh jatuh longkang. nasib baik tak de air dalam tu. saya kesian tengok dia. saya tolong dia. tapi, basikal baru saya calar. saya kesal sebab bagi dia main. 

esok hari, saya tak keluar rumah. saya malas bermain dengan dia. nanti dia rosakkan basikal saya. sejak saya tak keluar rumah, dia datang hari hari kat rumah saya. saya dah jadi bosan. sampai satu hari tu, saya jumpa dia. saya kata saya tak nak jumpa dia lagi. dia terkejut bila saya cakap macam tu. bila dia tanya kenapa, saya tak jawab dan terus pergi. dari jauh saya boleh dengar dia menjerit minta maaf kat saya. saya tak tahu kenapa saya senyum. saya terus balik rumah.

beberapa minggu lepas tu, saya dan keluarga berpindah ke cyberjaya. saya langsung tak bagitahu kawan saya. rupa rupanya dia masih datang ke rumah lama saya di Damansara. saya hiraukan berita tu. bila saya masuk sekolah menengah, semua berbah. semua orang ejek saya. saya tak tahu kenapa. tak ada pun yang cover saya. balik rumah saya bagitahu dekat mama saya. mama saya tak kisah sikit pun pasal tu. jadi saya bagitahu orang gaji saya. dia pujuk saya. dia kata mereka ejek saya sebab saya terlalu comel dan mereka hodoh macam babon. saya senyum. tiba tiba saya teringatkan kawan lama saya. bila saya sedih dia selalu pujuk saya.

sekarang, saya tak ada kawan macam dia. dia bestie saya. di sekolah, ramai kata saya pelik sebab saya suka duduk sorang sorang. saya sangat sedih. saya buat silap besar. saya tak sepatutnya marahkan bestie saya hanya sebab basikal saya calar. saya sangat kesal. saya tahu saya teruk. masa berlalu dengan pantas. saya masuk universiti. saya langsung tak tahu pasal bestie saya. langsung tak ada berita. di universiti, saya ada ramai kawan. tetapi, saya tak ada kawan baik. saya mula lupa wajah bestie saya. saya lupa nama dia. saya lupa.

saya menyertai sebuah lawatan ke kampung. lawatan ini bertujuan untuk menghayati cara hidup mereka. saya sangat teruja kerana lelaki yang saya puja juga sertai lawatan ini. kami memang rapat. cuma dia tak tahu saya suka dekat dia. saya harap dia suka saya. di dalam bas, kami duduk bersama. hehe.. 3 hari kami berada di hulu selangor. tinggal lagi 2 hari kami di hulu selangor. 

saya berjalan jalan di bandar yang tak berapa macam bandar. saya membeli beberapa buah buku komik. bila saya berjalan di kaki lima, beg tangan saya ditarik oleh lelaki yang tamak. saya cuba melawan tapi dia tolak saya. jadi saya menjerit minta tolong. ada perempuan yang berlari kejar lelaki tu. saya terkejut sebab perempuan tu berjaya menumpaskan lelaki yang tamak tu! dia serahkan semula beg saya. saya mengucapkan terima kasih. dia senyum. tiba tiba dia sebut nama saya. dia kata 'lama kita tak berjumpa'. saya pelik.

rupa rupanya dia lah bestie yang pernah saya tinggalkan. dialah bestie yang saya cari selama ini. dia peluk saya dengan erat. saya pun peluk dia semula. dia bawa saya ronda ronda bandar hulu selangor. saya sangat gembira. saya mengajak lelaki yang saya puja keluar makan bersama bestie saya. dia setuju. pada malam itu, kami keluar bersama. bestie dan lelaki yang saya puja sangat rapat. mereka hiraukan saya. saya hiraukan perasaan cemburu itu. esok hari bestie saya asyik tanya pasal lelaki yang saya puja setiap masa. ianya menyakitkan hati.

sampai di suatu tahap, saya hilang sabar. saya kata 'awak ini betul betul kawan baik saya kah? mengapa awak asyik tanya pasal dia? awak tahu kan saya suka dekat dia. kenapa awak nak rampas dia dari saya pula? saya ingatkan awak baik.' setelah saya bentak dia, saya terus pergi. esok hari kami berangkat ke cyberjaya. saya sangat sedih. saya menjauhi lelaki yang saya puja kerana setiap kali saya bersama dia, pasti saya teringatkan bestie saya. 

saya sangat kejam terhadap bestie saya. saya sedar. suatu hari pasti saya dihukum kerana berbuat begitu kepada dia. berapa minggu lepas tu... keluarga saya beritahu saya tahlil arwah bestie saya akan diadakan di rumahnya. saya sangat terkejut. separuh jiwa saya mati. saya pergi ke rumah arwah bestie saya. lelaki yang saya puja juga ada di sini! saya tanya apa yang dia buat disini. dia kata arwah bestie saya tu adalah saudaranya. sekali lagi saya buat kesalahan besar. sejak kecil mereka memang rapat. baru saya tahu perkara sebenar. 

ibu arwah bestie saya cakap dia meninggal sebab kemalangan. katanya hendak jumpa saya dan meminta maaf. dia tak nak berpisah dengan saya lagi. dia nak jaga saya sebab dia pernah kata saya tak pandai jaga diri. saya menangis sekuat hati. tak dapat menahan lagi kesedihan. kesalahan yang dilakukan berulang kali. dia meninggal kerana ingin berjumpa dengan saya! 





walaupun dia miskin, dia tetap bestie saya
walaupun dia bodoh, dia tetap bestie saya
walaupun dia gila, dia tetap bestie saya
walaupun dia tak secantik saya, dia tetap bestie saya
walaupun dia tinggal di kampung, dia tetap bestie saya
dan paling penting
walaupun dia dah meninggal, dia tetap bestie saya
bestie yang sentiasa hidup bersama saya
susah dan senang
sihat dan sakit
suka dan duka








p/s: jangan jadi macam saya atau awak pun akan kehilangan bestie awak. hargai mereka macam mana awak hargai diri awak.








*moral of the story is........................... hahahahha.. korang yg cakap. aq tak cakap pon..haha*




0 comments:

Post a Comment