Sunday, October 23, 2011

Lucky Charm Bracelet - episode 7

'Jadi dia lah yang buat file-file peribadi pelajar form 4 tu berterabur kat kelas aku?' tanya Sofyea


'Who knows' simple Imran menjawab.


Ashraf pergi dari situ. Imran memanggilnya tetapi tidak dihiraukan. Tiba-tiba langkah Ashraf terhenti apapbila melihat kelibat ibunya di hadapannya.


'Mama' bisik hati Ashraf.



Dr Ashyrah berhenti. Dia hanya berdiri melihat Ashraf dihadapannya. Agak-agak kenapa aku dipanggil ke sekolah? Ashraf ada buat hal ke?


'Ashraf ikut mama pergi pejabat sekejap, okay?' lembut Dr Ashyrah memberi arahan


Huh? pejabat? Apahal pulak ni? Ashraf akur. Dia dan ibunya menuju ke pejabat dan bertemu dengan En Ghaffar sekali lagi..


'Awak lagi?' sambil gengam tangannya kuat-kuat bila tengok wajah En Ghaffar.. Ishh.. Tak serik-serik ke kena karate hari tu?!


'Cantik doktor hari ni.. hahahahhaha..' puji En Ghaffar untuk mendapatkan perhatian


'Saya hari-hari cantik, tak macam beruk kat depan saya ni. Nak puji-puji orang pulak tu. Mesti ada apa-apa ni' perli Dr Ashyrah.


'Saya cuma nak tanya kalau-kalau Ashraf ada hilangkan kad kesihatan dia. Kami cari tak pernah jumpa' kata En Ghaffar dengan senyuman 


'Cari dengan jubur memanglah tak jumpa! Pergilah cari kat file sekolah lama dia. File colour light blue tu'


En Ghaffar mengambil fail tersebut dan jumpalah kad kesihatan Ashraf. Ada jugak aku humban dia masuk neraka baru tahu! Nak menggatal dengan mak aku pulak! Bodoh! Apa lagi, mak aku naik angin satu badan. Rasa menyampah dia tengok lelaki itu. Selesai urusan di pejabat, Dr Ashyrah pulang dengan muka muram.


'Siap kau! Aku report kat husband aku!' kata Dr Ashyrah dalam hati




Beberapa hari lepas tu, Sofyea tak pernah jumpa Ashraf lagi. Imran pulak, makin menjadi-jadi bodoh dia tu. Adoii... Dr Ashyrah makin sibuk dengan kerjanya. Dr Kamaruddin pula sibuk menulis buku terbitannya sendiri. Ashraf lama tak dengar cerita daripada Adriana. Entah hidup ke tak dia tu. Aku call tak dapat. Aku text dia tak balas. Dia pun tak call aku. So aku diam je lah.. Farid? Batang hidung pun susah nak nampak. Entah ke mana dia lari aku pun tak tahu. Tau takut! 


Aku masuk Drama Club. Ingat aku nak ke masuk kelab tu?? Ni semua pasal Imran bodoh tu lah! Dia kata 'Masuklah Drum Club dengan aku sekali! Besttt....' dia punya '''Bestttttt''' tu bapak lah panjang. tak terkira berapa harakat. Aku pun join PJ Rugby Team. Diaorang alu-alukan kedatangan aku macam aku ni raja. Hairan aku..




Jumaat 4 Febuari 2011,
Ada perjumpaan pemain ragbi Professional kat bilik PJ Rugby Team. Ashraf telah dipilih untuk bermain ke peringkat negeri dan diberi posisi 'fly half' iaitu pemain yang mahir menendang dalam pasukan itu dan akan menendang bola dan melepasi palang gol. Yelah, mana tak nya, Ashraf antara pemain 18 tahun ke bawah yang sangat handal dan menjuarai banyak pertandingan! Memang patutlah kedatangan dia dalam sukan itu dialu-alukan macam raja. Pertandingan diadakan pada minggu depan iaitu dari 8-10 Febuari 2011.


malam tu di bilik Ashraf,
Imran sedang memetik gitarnya sambil menunggu Ashraf masuk bilik. Selang beberapa minit kemudian, Ashraf masuk bilik. Perkara pertama yang dilihat bukannya Ashraf, tetapi sehelai jersi Canterbury berwarna biru belang-belang. Dia letak gitarnya ketepi, bangun dan terus mengambil jersi tersebut.


'Woah... Kau buat bapak bangga nak' kegembiraan jelas dapat dilihat di wajah Imran. 


'Hahahahahha.. sejak bila aku jadi anak kau?' kata Ashraf sambil ketawa kecil


'Kau ni... Bila match?' tanya Imran sambil dia pegang-pegang jersi tu


'8-10 Febuari' ringkas dia menjawab


'Dah tu, aku sorang-sorang lah tidur time tu?'


'Hahahhahaha... padan muka kau' gurau Ashraf


'Ishh..' sambil menghulurkan jersi itu kembali kepada Ashraf. Kemudian Ashraf baring diatas katilnya.


'Asal lambat? Penat aku tunggu kau tahu tak?!' tanya Imran dengan nada suara yang tinggi


'Marah ke? Sorry lah. Tadi meeting pastu practice sikit' jelas Ashraf sambil memejamkan mata.


'Kau dah cakap kat Sofyea?' perlahan Imran bertanya dengan suara yang lain macam.


Ashraf bangun dari baringnya. Dia duduk di atas katil sambil melihat Imran.


'Sofyea? Asal kena bagitahu dia pulak?' tanya Ashraf kebingungan 


'Kau ni bodoh betul lah. Bagitahu je lah. Apa salahnya kalau dia tahu' jelas Imran 


'Sofyea? Emmm.. Dah lama aku tak jumpa dia. Dia ambik cuti ke?' dia baring semula.


'Kepala otak hang! Dia datang sekolah hari-hari lah! Kau je yang dah jadi Mister Popular sejak kau join PJ Rugby Team tu. Busy tak ingat dunia. Kalau tak meeting, practice. Kalau tak practice, meeting. Hishh.. Kadang-kadang kan.. aku jeles tengok kau. Pompuan sumuanya cakap pasal kau. Sampai Farid tu, diaorang campak kat lori sampah. Makin ramai pulak yang jadi supporter kat padang tu pasal kau jadi player' bebel Imran sambil baring melihat siling.


'Eh, senyap je mamat ni' bisik hati Imran. Dia pun bangun melihat apa yang sedang Ashraf lakukan.


Rupa-rupanya Ashraf dah tidur. Ada aku campak dia ni karang. Penat-penat aku membebel, boleh pulak dia tidur. Kurang asam kau Ashraf. Dia melihat wajah Ashraf. 


'Hmmm.. penat sangat lah tu agaknya. Eeee.. badan peluh-peluh terus tidur. Pengotor!' 




Keesokan harinya, Sabtu, Ashraf sangat sibuk dengan latihan. Begitu juga dengan hari Ahad. Siang practice, malam meeting. Memang pasal ragbi je. Imran sangat bosan dan sering ke tempat rahsianya (atas atap tu). 


Isnin 7 Febuari 2011,
Habis je class, Ashraf kemas barang-barangnya. Dia menggalas beg kesayangannya yang berjenama Puma. Fakhrie mengucapkan 'Byebye' kepadanya sambil melambai tangan. Ashraf hanya senyum. Kemudian datang beberapa pelajar perempuan dari kelas sebelah iaitu kelas 4-SC2. 


'Hai handsome' sapa salah seorang daripada 4 orang perempuan tadi.


Ashraf yang sedang memasukkan kerusi ke dalam meja hanya sekadar senyum kat perempuan tu. Sambil perempuan itu bercakap dengannya, dia melihat ke luar tingkap disebelahnya. Dia ternampak Sofyea sedang melukis di taman bunga.


'So sorry ladies. I have to go' kata Ashraf dengan sopan


Ashraf terus keluar dari kelasnya dan turun tangga dengan pantas sehinggakan dia terlanggar beberapa orang pelajar. Dia berlari keluar dari bangunan itu. Kemudian dia sampai di taman bunga. Sofyea yang sedang asyik melukis tidak sedar akan kehadiran Ashraf dibelakangnya.


'Ehh, lukisan baru?' kata Ashraf lembut


'Oopocot mak kau meletup!' melatah Sofyea dalam hati


'Hish!! Ada jugak aku tumbuk kau karang!!' marah Sofyea sambil dia memerhatikan lukisannya yang comot akibat terperanjat. Kemudian dia pusing ke belakangnya untuk melihat siapa yang berani menganggu dia semasa dia sedang melukis. Bila dia tengok wajah Ashraf yang sedang senyum macam kambing tu, dia terduduk diatas bangkunya.


'A..aku sorry sangat.. hahahhahaha..' ikhlas Ashraf meminta maaf.


'Hish.. Kau rupanya.. Nak aku cepat mati ke?!'


'Hahahahhaha.. mana ada. Janganlah mati. hahahahaha..'


Sofyea terkejut bila Ashraf kata "...janganlah mati...". Gila apa dia ni?! Ingatkan dah popular ni, lupa kat aku. Hahahahahha..


'Kau buat apa kat sini? Tak de practice ke?' tanya Sofyea


'Saje. Dah lama aku tak jumpa kau. Practice malam karang. Nak tengok tak?'


'Tengok apa?'


'Tengok practice aku malam ni. Jom lah' pelawa Ashraf


'Hahahahhaha.. Bila match kau tu?' Sofyea cuba untuk mengubah topik


'Match? Esok' ringkas dia menjawab pertanyaan Sofyea


'Esok? Wahh.. takut tak?'


tak sempat Ashraf menjawab, Sofyea dah menyambung.


'Juara Rugby lebih 10 kali takkan takut' lain macam je suara tu..


'Eh, mana ada lebih 10 kali' kata Ashraf


'Hahahahhahahaha.. Papepun, good luck. Make sure sekolah kita menang! Kalau tak, siap kau!' 


'Sofyea, I was born to...' 


'Jangan nak perasanlah!' cepat-cepat dia potong ayat Ashraf.


Hairi, teammate Ashraf memangil dia dari kelas 4-SC1 melalui tingkap. Boleh kata semua pelajar yang ada kat bawah tu dengar lah suara Hairi tu. Punya nyaring tak nyaring suara mamat ni. 


'Hoi Aisy!! Puas aku cari kau!! Dating kat situ rupanya!! Cepat, ada meeting!!!' pekik Hairi dari kelas 4-SC1.


'Eishhh...! Kacau daun lah beruk tu!' marah Ashraf dalam hati.


'Sorry Sofyea. Hahahahha.. I have to go. Bye' dia berlari sambil lambai tangan kepada Sofyea. Perempuan-perempuan yang berada disekitar taman bunga cemburu melihat Sofyea.


Sejak Ashraf sibuk dengan ragbi, makin lama dia makin lupa tentang Farhana. Adriana pula sampai sekarang senyap tanpa berita. 










to be continued





0 comments:

Post a Comment