Saturday, February 4, 2012

Lucky Charm Bracelet - episode25

 'A-aah-hhh.. WHAT THE HECK IS HE DOING RIGHT NOW?!!' bentak Adriana dalam hati. Tak guna! Perasan HOT lah tu?? okayy I mengaku YOU MEMANG SANGAT PANDAI MENGGUNAKAN WAJAH untuk menggoda perempuan, tapi TOLONGLAH!! 
kemudian.. 
   'ERGHHHH!!!' Adriana menghentak kepalanya ke dinding berdekatan. Kenapa jantan macam dia ni wujud, huh??!!!!
   'Apa yang you buat tu?' 
Eh? F-Farid bercakap dengan aku? Adriana pun pandang si Farid tu. Dia lihat lelaki tu sedang memegang dahi dengan tangan kanan. Farid mula pening kepala. Dia pun bangun dan menuju ke arah tangga yang berada di belakang Adriana. 
   'Eh?' Adriana mengundurkan langkahnya. Jantungnya berdebar-debar.
Beberapa saat kemudian Farid dah pun bertentangan dengan Adriana. Dia pun terus berjalan menuju ke arah tangga untuk turun dari situ. Wangian yang dipakai Farid kuat baunya. Wangi.
Langkah Farid dimatikan. 'You cari Ashraf ke?' tanya Farid perlahan.
Adriana tersentak. 'A-aah emm yea. You tahu dari mana?'
   'I'm just guessing' Farid menarik senyuman lalu pergi.
**********
Petang itu, Sofyea masuk dewan untuk berlatih. Dia selalu datang awal ke latihan. Tak. Dia selalu merupakan orang pertama yang tiba di dewan untuk latihan. Tapi kali ini..
   'Ashraf? Apa kau buat kat sini?' tanya Sofyea kehairanan.
   'Latihan of course'
   'Awalnya kau datang' Sofyea pun mendekati pentas
Ashraf hanya senyum. Tanpa disengaja Sofyea terpandang sebuah piano di atas pentas. Teringat kejadian pagi tadi. Perlahan-lahan dia mendapatkan piano tersebut.
   'Ashraf, kau.. pandai main piano tak?'
Ashraf diam seketika. 'Kenapa kau tanya?'
   'Aku.. teringin tengok orang main piano..' jawab Sofyea perlahan. '..tengok secara dekat'
Keadaan menjadi sunyi. Ashraf pun mendekati Sofyea dan piano itu.
   'Aku tahu main lagu happy birthday!' kata Ashraf dengan nada teruja.
PANGGG!! Tanparan hebat Sofyea landing kat pipi Ashraf.
   'Aku pun pandai jugak main lagu tu!' marah Sofyea. 'Lagu lain pandai main?'
**********
Di kafeteria.
Adriana duduk di meja makan. Duduk termenung. 
   'Hi'
Adriana pun menoleh.
   'Hi Imran' balas Adriana.
   'Boleh aku.. duduk sini?'
Adriana mengangguk perlahan.
   'Kau kenapa?' tanya Imran dengan lembut.
   'Eh?'
**********
   'Aku pandai main violin and a little bit cello' jawab Ashraf.
   'Cello? Wow.. Hebat lah kau ekk. Aku cuma pandai main gitar. Tu pun sikit sangat'
Ashraf hanya senyum. 
   'Kau dah baca script?' tanya Sofyea
Ashraf buat muka blur. 'Script? Script apa?'
   'BODOH! Kau kan jadi Suede! Dah baca ke script dia??!!' 
   'Holy cow! Aku lupa lahhh'
BANGGGG!! Sofyea tanpa pipi Ashraf dengan frying pan. 
   'SAKIT LAH BANGANG!!'
**********
Farid keluar dari kelasnya sambil membaca komik di tangan. Kemudian dia terserempak dengan Dayana.
   'Heyy Farid' sapa Dayana
Farid hanya senyum.
   'You nak pergi mana?'
   'Dewan'
   'Ouhh I see. Jom pergi sama-sama!'
Farid senyum tanda setuju. Sambil berjalan mereka berbual.
**********
   'Emm Adriana, aku..'
   'Nak pergi latihan drama?' sambung Adriana.
Imran mengangguk dan disertakan dengan senyum kambing.
   'Okeyy' 
Bila tengok wajah Adriana yang terserlah kebosanan di situ, dia pun ajak Adriana ikut sama ke dewan.
   'Serious? I thought those yang tak terlibat tak boleh berada dalam dewan' kata Adriana
   'It's okay. You're with me' jawab Imran dengan senyuman.
Adriana membalas senyuman Imran.
**********
Beberapa minit kemudian, bila semua ada di dewan kecuali..
   'Mana Dayana dengan Farid ni?!!' jerit Sofyea geram. Lama aku tunggu tahu tak?!!
Adriana pun teringat kejadian di rooftop pagi tadi. Kejadian masa dia dan Farid bersama di rooftop.
   'Kan bagos kalau Farid tu terus mampos' bisik Ashraf dalam hati. 'HAHAHAHAHA!!' dan gelak besar.tiba-tiba dia pi gelak macam pontianak tepi jalan tu.
   'Okay lah. Kita start without them dulu lah. Lagi pun scene Dayana and Farid lambat lagi' tegas Sofyea memberi arahan.
   'S-Sofyea.. Start sekarang? Are you serious?' tanya Ashraf
   'Yelah!'
   'T-Tapi aku..'
   'Jangan bagitahu aku kau tak hafal script lagi!'
Ashraf mengangguk perlahan. Dan.. Sofyea pun belasah jantan tu abis-abisan. Masa Sofyea tengah belasah Ashraf, Ashraf sempat menjerit..
   'Aku tak boleh bayangkan kalau suatu hari nanti aku kawen dengan Sofyea!!'

   'Maaf kami lambat!!' Dayana menarik tangan Farid dan berlari menuju ke pentas.
Entah kenapa aku cemburu tengok Dayana buat macam tu. Imran marah-marah sedangkan Sofyea hanya mendiamkan diri di atas pentas. Ashraf hanya mampu lihat sahaja. 
   'Dah. Jangan buang masa. Cepat berlatih' arah Sofyea dengan suara yang datar.
Sekali lagi Dayana menarik tangan Farid. Farid pun melepaskan tangan Dayana dengan kasar. 
   'Sorry. Tangan I berkurap. So, jangan sentuh I' 
Dayana tersentak. Farid memasukkan kedua tangannya kedalam poket sekuar dan berjalan menuju ke Sofyea.
Farid pegang bahu Sofyea dengan lembut 'Sorry I'm late, Sofy' 
Sofyea terkejut. Dia pun menoleh ke belakang.
   'So, you maafkan I?'
   'Hmmm..' jawab Sofyea malas
Farid menarik senyumannya. Kemudian dia mengusap kepala Sofyea dengan sangat lembut. Sofyea tersentak. Dia kaku.
   'You look cute when you're jealous' bisik Farid di telinga Sofyea.
Mata Sofyea membulat. Farid pun berlalu pergi. Mungkin dia ke belakang pentas.

BANGG!! Ashraf menumbuk model pokok yang diperbuat daripada polystyrene-geram. Pokok tu hampir rosak!
   'BODOH! Kenapa aku tak sehebat Farid?!!' bentak Ashraf dalam hatinya.
Imran hanya lihat Ashraf dari jauh. 'Banyak lagi benda yang kau kena belajar, Ashraf'
**********
Setelah tamat latihan, tinggal Ashraf, Sofyea dan Farid di dalam dewan. Sofyea sedang mengemas begnya. Farid pula duduk disebelah Sofyea. Ashraf berada di hujung pentas-tak tahu dia buat apa di situ.
   'You nak air?' tanya Farid sambil menghulurkan sebotol air mineral di tangan.
Sofyea pun menyambut botol itu. 'Thanks'
Ashraf turun pentas dan mencapai sling bag-nya. 
   'Kau nak pergi dah?' tanya Sofyea
Ashraf pun menoleh ke arah Sofyea yang sedang berdiri di tengah-tengah pentas. Kemudian dia pun berlalu pergi.
   'Ashraf!' panggil Sofyea.
Langkah Ashraf terhenti. Kali ini dia tidak menoleh ke belakang. Setiap kali dia lihat ke arah Sofyea, pasti Farid juga ada di sisi perempuan itu. Ashraf tidak sanggup melihat semua itu.
   'Thanks for your hard work' kata Sofyea dengan senyuman.
Ashraf berlalu pergi.

   'Hahahahhahaha! Pandai jugak kau buat lawak' Sofyea tidak berhenti ketawa setelah mendengar cerita Farid.
Farid hanya senum.
   'Tak sangka kau lari sebab takut kena sunat! Bodoh betul! Kau betul-betul lari tinggalkan majlis khatan tu ke??'
Farid mengangguk perlahan. Sofyea ketawa pecah perut. Beberapa minit kemudian,
   'Sofyea? You tak takut ke kalau I buat benda tak senonoh kat you?'
   'Apa?'
   'Dah lewat senja ni. You tak nak balik ke?' tanya Farid
Sofyea lihat jam tangan.
   'Wadafak?! Asal kau tak beritahu aku awal-awal?!' Sofyea mencapai beg galasnya. 'Aku kena jumpa cikgu kejap lagi!!' jerit Sofyea sambil berlari keluar.
Farid senyum lagi. Dia pun berjalan keluar dari dewan.
**********



to be continued

Lucky Charm Bracelet - episode24

   'INI TAK ADIL! Habis tu, Farid ambil watak apa?'
   'Dia akan jadi budak serdahana yang cintakan Princess Mala' jawab Sofyea
   'WATAK UTAMA????!!!'
Sofyea mengangguk. Kemudian Ashraf terus pengsan. 


Ahad 13 Mac 2011,
Dayana sedang berlari ke arah Sofyea yang berada di atas pentas. Sofyea mengarahkan semua yang terlibat berkumpul dihadapannya. Suara lantang Sofyea memenuhi ruang pentas itu. Mood-nya pula kurang baik.
   'PJ Festival dah nak dekat and korang masih lagi relax-relax. Korang fikir korang siapa huh?! Think of our festival! Think of our club! Seriously kalau drama ni turn into a failure, there's no more Drama Club in PJ!' jelas Sofyea dengan sangat tegas. 
Masih terdengar beberapa suara yang sedang bercakap.
   'Faham tak apa yang aku membebel kat depan ni?!!!'
Keadaan dewan bertukar menjadi sunyi. Ashraf dan Imran sedang menghiasi pokok yang dicat oleh mereka tempoh hari. Ashraf hanya lihat wajah perempuan itu. 
   'Tolong lah serius sikit! Kerjasama korang mana?!'
   'Sofy!' jerit Dayana memanggil Sofyea.
Sofyea pun menoleh.
   'Kenapa?'
   'I..I..penat betul I lari! Wait.. Let me rest first' 
Beberapa saat kemudian.
   Dayana pun berkata 'Kamal yang pegang watak Suede tu, baru lepas buat case. Dia kena gantung sekolah sebab dituduh bergaduh dengan budak government. That's explain why I'm late'
Sofyea terkejut. Dia tak mampu nak berkata apa. Dah lah ada masalah kerjasama dengan mereka semua ni. Tambah pulak dengan masalah tak cukup pelakon. Siapa yang akan ambil watak Suede? Siapa yang akan ambil watak tu?!
   'So you tahu apa masalah kita sekarang kan? Why don't you ask Ashraf to replace Kamal. Plus Suede suits Ashraf very much! Right???' Dayana merayu kawannya agar menerima cadangannya. Sofyea kelihatan seperti tidak percaya.
   'Ashraf pegang watak Suede?' lalu dia memandang ke arah Ashraf yang sedang asyik menghiasi pokok di hujung pentas. Sofyea berfikir sejenak.
   'Sofyea..' lengan Sofyea dipegang erat. 'Please Sofy. Hanya Ashraf yang sesuai dengan watak ni' rayu Dayana.
Aku tak faham kenapa dia beria sangat nak Ashraf pegang watak Suede ni. Sofyea masih dengan pendiriannya iaitu..
   'No. Find someone else' jawab Sofyea ringkas
   'Sofyea!' wajah Dayana berubah serta merta. 'You marah mereka sebab mereka tak kerjasama. So are you! Kalau you nak pertahankan club ni, then biar je lah dia berlakon. Kita dah tak ada banyak masa! My! You ni selfish betul!' 
Sofyea tersentak.
   'Kenapa susah sangat you nak terima dia pegang watak Suede ni??! What's up with you?!' marah Dayana yang tak berpuas hati.
   'Stop it!' Sofyea menggenggam tangannya.
Dayana menarik muncungnya. Muka dah macam kambing tak mandi seminggu.
   'Fine' dengan tak rela, Sofyea akhirnya... 'Ashraf boleh pegang watak Suede' 
Dayana bersorak gembira. Apapun, aku masih tak faham kenapa dia selak sangat Ashraf dapat watak tu. 
   **********
   'Ashraf'
Ashraf pun berpaling. 
   'Eh? Sofyea?'
   'Kau.. buat apa?'
   'Hias pokok lah. Apa lagi?'
Sofyea menggaru kepala. 
   'Kau.. tolong aku buat satu benda boleh tak?' tanya Sofyea
Ashraf blur. Dia membisu-seketika.
   'Boleh tak?' oleh sebab tiada jawapan dari Ashraf, Sofyea menanyakan soalan yang sama sekali lagi.
Tiba-tiba pula Ashraf teringat kata-kata Imran.
   "Kalau kau nak pikat perempuan, kau kena pandai jual mahal"
   'Ashraf? Woi! Kau dengar tak apa aku cakap ni??' 
Suara lantang Sofyea telah membuatkan Ashraf tersedar dari lamunannya.
   'Hai, kau ni kenapa tiba-tiba nak minta tolong ni? Minta lah tolong kat Farid' kata Ashraf dengan nada sinis.
Sofyea buat muka. Apasal dengan makhluk ni? Nak cepat mati?
   'Sukahati kau lah' Sofyea melangkah pergi.
Ashraf pun pusing kat Imran lalu bisik dengannya 'Imran! Apa aku nak buat? Sofyea blah macam tu je!'
   'Panggil lah dia!' jawab Imran.
Ashraf kaku seketika. Eh?
   'S..Sofyea!' panggil Ashraf
Langkah Sofyea terhenti. Jantung Ashraf berdegup kencang. Apa yang aku nak buat?
   'Ke..napa kau.. panggil aku, Ashraf?' tanya Sofyea teragak-agak.
Ashraf menggaru kepala yang tidak gatal.
   'Err.. tadi kau..
   'Oh yeah. Aku just nak bagitahu, kau akan pegang watak Suede' jelas Sofyea dengan nada tak de perasaan. 'That's all' tambahnya lagi.
   'A..apa?' sepatah keluar dari bibir Ashraf.
**********
Isnin 14 Mac 2011,
   'Sofy! You nak pergi mana tu?' tanya Dayana sambil memegang erat pergelangan tangan Sofyea.
Sofyea melepaskan tangan Dayana lalu berkata 'I nak pergi dewan. I tertinggal pencil case masa latihan semalam' Sofyea memulakan langkahnya. 'You masuk kelas dulu okayy!' jerit Sofyea sambil berlari pergi.


Di dalam dewan sekolah, Hall of Fame. Sofyea melangkah masuk ke dalam dewan. Dia ternampak seorang lelaki sedang asyik bermain piano yang bewarna putih di atas pentas dewan. Piano Sonata No 16 In C Major (KV545) 2.Andante by Mozart memenuhi ruang dewan tersebut.


Mozart - Piano Sonata No.16 in C major (KV545) 2.Andante [+]

Powered by mp3skull.com

   'Nice'
Sofyea mula menyusun langkahnya. Dia bertekad untuk naik ke pentas dan lihat sendiri siapa lelaki itu.
   'Sangat perfect!'
Tiba-tiba lelaki itu berhenti bermain. Langkah Sofyea juga terhenti. Kenapa berhenti bermain? Main lah lagi. Aku nak dengar kau main! Lelaki tu pun bangun dari duduknya. Sofyea tidak dapat melihat wajah lelaki itu kerana keadaan di atas pentas agak gelap, tapi.. TAPI, lelaki tu dapat melihat wajah Sofyea dengan jelas kerana terdapat sinaran lampu di pintu masuk dewan (pintu yang Sofyea masuk tadi).
   'Hei awak!' Sofyea beranikan diri untuk bersuara.
Lelaki itu tersentak kemudian dia terus berlari ke arah belakang pentas-mencari pintu keluar. Oh jumpa pun pintu keluar! Sofyea, vice-president of the student council. kalau dia tangkap aku, tak pasal-pasal dia hantar aku ke office pengetua!
   'T-Tunggu! Jangan pergi!' jerit Sofyea. Dia kejar lelaki itu. Sangat laju. Lelaki tu sangat laju! Mana dia pergi?? 
   'S-sia-pa dia?' persoalan yang sering timbul dalam fikiran Sofyea.
**********
Rabu 16 Mac 2011,
   'Sofyea, you nampak Ashraf tak?'
Sofyea berpaling setelah bahunya ditepuk perlahan.
   'Eh? Adriana?' 
Adriana hanya senyum. 'You nampak Ashraf?' tanya Adriana. 'I cari dia, tapi tak jumpa'
   'Ashraf?' ulang Sofyea perlahan
   'Yes Ashraf. Tadi dia ada dengan Imran, tapi sekarang dah hilang'
   'Hilang?'
Dahi Adriana berkerut. Apa kena dengan Sofyea? Kenapa hari ni blur semacam?
   'It's okay. I pergi dulu Sofyea. See you soon, bye!'
   'Eh??'


Pada petang itu, Farid duduk termenung di rooftop. Angin lembut bertiup menyebabkan rambut Farid mengerbang. Lalu dia baring di atas bangku-tenung langit biru terbentang luas di angkasa. Dia mengangkat tangan kirinya, menahan silauan cahaya matahari. Walaupun sebenarnya tak lah panas terik tapi still terasa silauannya.
   'Huhh..' Farid mengeluh panjang. Dia pun memejamkan mata.


Adriana mendekati lelaki itu. 'Ashraf?' Dia cuba memastikan lelaki itu adalah Ashraf. Betul ke tu Ashraf? Buat malu je kalau bukan Ashraf. Dia semakin dekat dengan lelaki itu. Aku yakin dia Ashraf! Siaplah dia! Puas aku cari kau tahu!!
   'Hah?' kini Adriana betul-betul berada di hadapan lelaki itu. 'Farid?' bisiknya perlahan.
Lelaki yang dia sangka Ashraf sebenarnya adalah Farid yang sedang nyenyak tidur diatas bangku panjang tu. 
Dia mendekatkan kepalanya 'Elman Farid, huh?' Adriana memikirkan sesuatu di dalam fikirannya. 'Wow. They really look alike in distance' perlahan-lahan pandangan Adriana jatuh ke wajah Farid. Dia tenung wajah lelaki itu 'He's cute'. Dan perlahan-lahan juga pipinya terasa hangat dan bertukar merah.
**********
Di dalam bilik Ashraf dan Imran, Imran sedang memetik gitar diatas katilnya. Tiba-tiba Ashraf masuk kedalam bilik tanpa mengetuk pintu. Imran terkejut beruk.
   'Bodoh! Tak reti bagi salam?!' marah Imran.
Ashraf ketawa kecil. 
   'Kau dari mana? Adriana cari kau tadi' Imran kembali memetik gitarnya.
   'Kenapa dia cari aku?'
   'Mana aku tahu'
**********
Adriana mengundurkan langkahnya. Kemudian Farid pun terjaga. Adriana kaku. Alamak! Apa aku nak buat?! Farid melihat ke arah kirinya-dimana Adriana sedang berdiri. Dia lihat Adriana dengan muka baru bangun tidur. 
   'Did..I wake y-you?' tanya Adriana teragak-agak.
Farid tidak mengendahkan pertanyaan Adriana sebentar tadi. Dia mengikat rambutnya ke belakang dengan menggunakan jari-jemarinya. Lantas dia terus kembalikan pandangannya ke arah Adriana. Jantung Adriana berdegup pantas seperti drum!
   'A-aah-hhh.. WHAT THE HECK IS HE DOING RIGHT NOW?!!' bentak Adriana dalam hati. Tak guna! Perasan HOT lah tu?? okayy I mengaku YOU MEMANG SANGAT PANDAI MENGGUNAKAN WAJAH untuk menggoda perempuan, tapi TOLONGLAH!! 
kemudian.. 
   'ERGHHHH!!!' Adriana menghentak kepalanya ke dinding berdekatan. Kenapa jantan macam dia ni wujud, huh??!!!!



to be continued