Saturday, February 4, 2012

Lucky Charm Bracelet - episode25

 'A-aah-hhh.. WHAT THE HECK IS HE DOING RIGHT NOW?!!' bentak Adriana dalam hati. Tak guna! Perasan HOT lah tu?? okayy I mengaku YOU MEMANG SANGAT PANDAI MENGGUNAKAN WAJAH untuk menggoda perempuan, tapi TOLONGLAH!! 
kemudian.. 
   'ERGHHHH!!!' Adriana menghentak kepalanya ke dinding berdekatan. Kenapa jantan macam dia ni wujud, huh??!!!!
   'Apa yang you buat tu?' 
Eh? F-Farid bercakap dengan aku? Adriana pun pandang si Farid tu. Dia lihat lelaki tu sedang memegang dahi dengan tangan kanan. Farid mula pening kepala. Dia pun bangun dan menuju ke arah tangga yang berada di belakang Adriana. 
   'Eh?' Adriana mengundurkan langkahnya. Jantungnya berdebar-debar.
Beberapa saat kemudian Farid dah pun bertentangan dengan Adriana. Dia pun terus berjalan menuju ke arah tangga untuk turun dari situ. Wangian yang dipakai Farid kuat baunya. Wangi.
Langkah Farid dimatikan. 'You cari Ashraf ke?' tanya Farid perlahan.
Adriana tersentak. 'A-aah emm yea. You tahu dari mana?'
   'I'm just guessing' Farid menarik senyuman lalu pergi.
**********
Petang itu, Sofyea masuk dewan untuk berlatih. Dia selalu datang awal ke latihan. Tak. Dia selalu merupakan orang pertama yang tiba di dewan untuk latihan. Tapi kali ini..
   'Ashraf? Apa kau buat kat sini?' tanya Sofyea kehairanan.
   'Latihan of course'
   'Awalnya kau datang' Sofyea pun mendekati pentas
Ashraf hanya senyum. Tanpa disengaja Sofyea terpandang sebuah piano di atas pentas. Teringat kejadian pagi tadi. Perlahan-lahan dia mendapatkan piano tersebut.
   'Ashraf, kau.. pandai main piano tak?'
Ashraf diam seketika. 'Kenapa kau tanya?'
   'Aku.. teringin tengok orang main piano..' jawab Sofyea perlahan. '..tengok secara dekat'
Keadaan menjadi sunyi. Ashraf pun mendekati Sofyea dan piano itu.
   'Aku tahu main lagu happy birthday!' kata Ashraf dengan nada teruja.
PANGGG!! Tanparan hebat Sofyea landing kat pipi Ashraf.
   'Aku pun pandai jugak main lagu tu!' marah Sofyea. 'Lagu lain pandai main?'
**********
Di kafeteria.
Adriana duduk di meja makan. Duduk termenung. 
   'Hi'
Adriana pun menoleh.
   'Hi Imran' balas Adriana.
   'Boleh aku.. duduk sini?'
Adriana mengangguk perlahan.
   'Kau kenapa?' tanya Imran dengan lembut.
   'Eh?'
**********
   'Aku pandai main violin and a little bit cello' jawab Ashraf.
   'Cello? Wow.. Hebat lah kau ekk. Aku cuma pandai main gitar. Tu pun sikit sangat'
Ashraf hanya senyum. 
   'Kau dah baca script?' tanya Sofyea
Ashraf buat muka blur. 'Script? Script apa?'
   'BODOH! Kau kan jadi Suede! Dah baca ke script dia??!!' 
   'Holy cow! Aku lupa lahhh'
BANGGGG!! Sofyea tanpa pipi Ashraf dengan frying pan. 
   'SAKIT LAH BANGANG!!'
**********
Farid keluar dari kelasnya sambil membaca komik di tangan. Kemudian dia terserempak dengan Dayana.
   'Heyy Farid' sapa Dayana
Farid hanya senyum.
   'You nak pergi mana?'
   'Dewan'
   'Ouhh I see. Jom pergi sama-sama!'
Farid senyum tanda setuju. Sambil berjalan mereka berbual.
**********
   'Emm Adriana, aku..'
   'Nak pergi latihan drama?' sambung Adriana.
Imran mengangguk dan disertakan dengan senyum kambing.
   'Okeyy' 
Bila tengok wajah Adriana yang terserlah kebosanan di situ, dia pun ajak Adriana ikut sama ke dewan.
   'Serious? I thought those yang tak terlibat tak boleh berada dalam dewan' kata Adriana
   'It's okay. You're with me' jawab Imran dengan senyuman.
Adriana membalas senyuman Imran.
**********
Beberapa minit kemudian, bila semua ada di dewan kecuali..
   'Mana Dayana dengan Farid ni?!!' jerit Sofyea geram. Lama aku tunggu tahu tak?!!
Adriana pun teringat kejadian di rooftop pagi tadi. Kejadian masa dia dan Farid bersama di rooftop.
   'Kan bagos kalau Farid tu terus mampos' bisik Ashraf dalam hati. 'HAHAHAHAHA!!' dan gelak besar.tiba-tiba dia pi gelak macam pontianak tepi jalan tu.
   'Okay lah. Kita start without them dulu lah. Lagi pun scene Dayana and Farid lambat lagi' tegas Sofyea memberi arahan.
   'S-Sofyea.. Start sekarang? Are you serious?' tanya Ashraf
   'Yelah!'
   'T-Tapi aku..'
   'Jangan bagitahu aku kau tak hafal script lagi!'
Ashraf mengangguk perlahan. Dan.. Sofyea pun belasah jantan tu abis-abisan. Masa Sofyea tengah belasah Ashraf, Ashraf sempat menjerit..
   'Aku tak boleh bayangkan kalau suatu hari nanti aku kawen dengan Sofyea!!'

   'Maaf kami lambat!!' Dayana menarik tangan Farid dan berlari menuju ke pentas.
Entah kenapa aku cemburu tengok Dayana buat macam tu. Imran marah-marah sedangkan Sofyea hanya mendiamkan diri di atas pentas. Ashraf hanya mampu lihat sahaja. 
   'Dah. Jangan buang masa. Cepat berlatih' arah Sofyea dengan suara yang datar.
Sekali lagi Dayana menarik tangan Farid. Farid pun melepaskan tangan Dayana dengan kasar. 
   'Sorry. Tangan I berkurap. So, jangan sentuh I' 
Dayana tersentak. Farid memasukkan kedua tangannya kedalam poket sekuar dan berjalan menuju ke Sofyea.
Farid pegang bahu Sofyea dengan lembut 'Sorry I'm late, Sofy' 
Sofyea terkejut. Dia pun menoleh ke belakang.
   'So, you maafkan I?'
   'Hmmm..' jawab Sofyea malas
Farid menarik senyumannya. Kemudian dia mengusap kepala Sofyea dengan sangat lembut. Sofyea tersentak. Dia kaku.
   'You look cute when you're jealous' bisik Farid di telinga Sofyea.
Mata Sofyea membulat. Farid pun berlalu pergi. Mungkin dia ke belakang pentas.

BANGG!! Ashraf menumbuk model pokok yang diperbuat daripada polystyrene-geram. Pokok tu hampir rosak!
   'BODOH! Kenapa aku tak sehebat Farid?!!' bentak Ashraf dalam hatinya.
Imran hanya lihat Ashraf dari jauh. 'Banyak lagi benda yang kau kena belajar, Ashraf'
**********
Setelah tamat latihan, tinggal Ashraf, Sofyea dan Farid di dalam dewan. Sofyea sedang mengemas begnya. Farid pula duduk disebelah Sofyea. Ashraf berada di hujung pentas-tak tahu dia buat apa di situ.
   'You nak air?' tanya Farid sambil menghulurkan sebotol air mineral di tangan.
Sofyea pun menyambut botol itu. 'Thanks'
Ashraf turun pentas dan mencapai sling bag-nya. 
   'Kau nak pergi dah?' tanya Sofyea
Ashraf pun menoleh ke arah Sofyea yang sedang berdiri di tengah-tengah pentas. Kemudian dia pun berlalu pergi.
   'Ashraf!' panggil Sofyea.
Langkah Ashraf terhenti. Kali ini dia tidak menoleh ke belakang. Setiap kali dia lihat ke arah Sofyea, pasti Farid juga ada di sisi perempuan itu. Ashraf tidak sanggup melihat semua itu.
   'Thanks for your hard work' kata Sofyea dengan senyuman.
Ashraf berlalu pergi.

   'Hahahahhahaha! Pandai jugak kau buat lawak' Sofyea tidak berhenti ketawa setelah mendengar cerita Farid.
Farid hanya senum.
   'Tak sangka kau lari sebab takut kena sunat! Bodoh betul! Kau betul-betul lari tinggalkan majlis khatan tu ke??'
Farid mengangguk perlahan. Sofyea ketawa pecah perut. Beberapa minit kemudian,
   'Sofyea? You tak takut ke kalau I buat benda tak senonoh kat you?'
   'Apa?'
   'Dah lewat senja ni. You tak nak balik ke?' tanya Farid
Sofyea lihat jam tangan.
   'Wadafak?! Asal kau tak beritahu aku awal-awal?!' Sofyea mencapai beg galasnya. 'Aku kena jumpa cikgu kejap lagi!!' jerit Sofyea sambil berlari keluar.
Farid senyum lagi. Dia pun berjalan keluar dari dewan.
**********



to be continued

0 comments:

Post a Comment