Monday, November 28, 2011

Lucky Charm Bracelet - episode15

'Ehhhhh??!' perpustakaan tu sunyi seketika. 'What is going on here?!!' 1 bangunan tu boleh dengar suara Ashraf menjerit. Tak lama kemudian, datang Sofyea bersama beberapa kawan-kawannya. 


'Ehh korang.. korang pergi lah dulu kat meja. Aku nak pergi kat budak tu sekejapp..' kata Sofyea kepada kawan-kawannya. Dia pergi kat Ashraf. 'Hei Troublemaker' sapa Sofyea.


'Ahh Sofyea.. duduklah' sambil menyediakan sedikit ruang untuk Sofyea duduk. Sofyea duduk di sebelahnya lalu dia mencapai majalah Reader's Digest di atas meja.


'Kau buat apa kat sini?' tanya Sofyea sambil membuka majalah tersebut. 


Ashraf termenung jauh. Kemudian dia bangun dan duduk semula. Dan bangun dan duduk dan bangun dan duduk semula. 'Kau kenal Zayani? Senior kita' tanya Ashraf dengan mata yang sangat inginkan jawapan daripada Sofyea. Sofyea masih membaca majalah dengan dahi berkerut.


'Zaya..ni?' dia berfikir. Kemudian dia pandang Ashraf di sebelahnya 'Nur Zayani?' 


'Yea!' Muka Ashraf bertukar gembira sebab Sofyea kenal si Zayani tu. 'Oh great!! At last!'


'C'mon! Dia famous kott..' bila aku tengok muka Ashraf yang blur semula tu, aku pun explain siapa Nur Zayani tu sebenarnya. 'Dia anak sulung daripada 3 adik beradik. Anak kedua kelas 3-SC1, Nur Zayana. Tak silap aku dia gila kat kau sejak kau menang main ragbi'


'Eeekkk..? haha..' aduhhh.. gila apa sekolah nii? Ashraf pegang dahinya dengan tangan kanan. 


'Untunglahh orang tu ramai peminat' kata Sofyea dengan nada sinis-masih tak mengalih pandangan dari majalah tu tadi.


Ashraf menjeling kat Sofyea. Dia meletakkan kedua-dua tangannya di atas riba. 'Awak.. tak minat saya ke? yelahh.. saya kan hero sekolah sejak game ragbi tu . . .' tak sempat Ashraf nak menyambung ayatnya, dia dah kena penampar dengan Sofyea.


Sofyea tanpa Ashraf di muka dengan majalah tu. Sekali kena.. PEDEPIKK!! 'Jangan nak perasan okay..! Macam mana aku nak minat kat laki macam kau ni' kata Sofyea.


'Aduhh.. Kau ada boyfriend tak?' tanya Ashraf sambil memegang pipi yang merah.


'Kenapa tanya?'


'Jawab je lahhh..'


'Tak de' Sofyea menjawab dengan ringkas.


'Patut pun.. Sapa lah nak memper-girlfriend-kan kau kalau asyik nak . . . '


'APA KAU KATA?!?!!!!' jerit Sofyea. Dia bangun dan letakkan majalah tu di atas meja. Dan maju beberapa langkah.


'Alamak . . .' kata Ashraf sepatah. 'Kau tahu, biasa nya perempuan tengah marah nampak sexy.. Tapi kau nampak macam janda gila' dan Ashraf ketawa kecil.


*bayangkan di fikiran anda-Sofyea belasah Ashraf dan keluar asap segala bagai*
*     *     *     *
Tamat sesi persekolahan, Uncle GoGo datang jemput Ashraf. Tiba di rumah pula dia terus masuk bilik, mencapai iPod di atas meja studi dan baring atas katil. Dia menanggalkan necktie di leher kemudian memainkan lagu kegemarannya iaitu Invisible by Skylar Grey. Dia memejamkan mata dan nyanyi dalam hati. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu lalu dia bangun dari baringnya. Ashraf mencabut headphone daripada telinganya dan letakkan iPod di atas katil. Dia mencapai iPhone-nya di atas meja studi dan terus membuat panggilan. Tapi malangnya tak dapat call. :(


Pada malam itu, ehh bukan.. 
Khamis 3 Mac 2011, Dr Kamaruddin baru balik dalam pukul 2.26 pagi. Dia masuk kedalam bilik Ashraf. Langkahnya terhenti bila melihat Ashraf tidur di atas SKRUVSTA Swivel chair. Dia menulis sebuah artikel untuk tolong kawannya di sekolah lama, Aiman. Ingat lagi? Dia suruh ayah dia bawakkan Macbook di hospital hari tu? hah.. Tu lah dia. Dia sibuk tolong Aiman sampai dia tertidur di atas kerusi. 


'Tertidur kat atas kerusi?' Ayahnya tolong shut down Macbook nya. Kemudian dia pegang pipi anaknya dengan lembut. Sejuk! Sangat sejuk! Dia pun bungkus anaknya dengan comforter supaya Ashraf tak sejuk. Kemudian dia cium dahi Ashraf dan usap kepalanya. 'Handsome anak aku ni.. mesti ikut bapak dia' sambil senyum sorang-sorang -maksud Dr Kamaruddin bukanlah bapak kandung Ashraf, tetapi diri dia sendiri. 


'Good morning everyone!!' jerit Ashraf sambil berlari turun anak tangga.


Maknya yang berada di dapur menjerit 'Hati-hati dengan surat khabar!'


'Huh? Surat khabar?' dan dia terpijak surat khabar yang berselerak di atas lantai dan . . . jatuh terduduk.


'Hahhahah..!! Told ya!' kata ibunya dengan roti bakar di dalam mulut.


Pagi tu tiba-tiba je mak aku nak hantar aku pergi sekolah. Tak lama pas tu, masa aku tengah pakai kasut, ada orang call mak aku. Aku dengar dari jauh-perbualan mereka maksud aku.


'Lahh.. Aku nak pergi hantar anak aku sekolah ni. Kau dekat mana?' kata Dr Ashyrah. 'Oh ye ke? Kalau macam tu kita jumpa kat sekolah je lahh. Lagipon aku free before lunch. Jadi boleh lah kita borak'. Dahi aku berkerut. Siapa pulak ni? Jumpa kat sekolah? Panggilan diputuskan. 'Jom gerak Ashh' kata mak aku dengan senyuman yang agak manis.


Di sekolah, mak Ashraf berhenti depan lobby macam biasa. Pagi tu ingatkan nak jumpa Sofyea kat library. Ashraf masuk lobby dan terlanggar seorang macik. 'Sorry makcik!' terus tunduk tanpa melihat siapa makcik tu.


'Oh.. tak apa lah budak handsome' kata makcik tu


Macam aku kenal suara tu. Bila Ashraf pandang je muka makcik tu, ternganga mulut 10 minit. WTH?!?!?! Datin Che' Na?!! Dia buat apa kat sini?!!


'Mama kamu mana, sayang?' tanya Datin Che' Na.


Tak sempat aku jawab, datang Imran selamat kan keadaan. Aku senyum tengok dia dari jauh. Bila dia dah sampai, dia pun kata 'Eishhh!! Mak ni tak duduk diam! Bontot tu kalau lekat je kat kerusi office tu tak boleh kee?! Aku dah suruh mak tunggu kat situ kan! Penat cari mak tau takk!' marah Imran. 


dan sekali lagi aku rasa macam WTH?!?!?! MAK IMRAN, DATIN CHE' NA MULUT KEPOH TUU?? Aku dah gila atau dunia aku yang gila??








to be continued



Sunday, November 20, 2011

Lucky Charm Bracelet - episode14

'Aisy Ashraf, telah pun mengundi calon kita yang bernama . . .'


Spotlight di fokuskan kat Ashraf. Salah seorang perempuan senior yang duduk beberapa selang barisan belakang Ashraf terkejut dengar nama lelaki tu diumumkan. 'A-Aisy.. Ashraf? That kid?' sambil melihat muka Ashraf yang sedang menahan silauan lampu. 


Sofyea dan Dayana yang berada di pentas sangat gementar. Imran duduk kat mana entah masa tu. Dia pun SMS Ashraf. iPhone Ashraf bergetar-getar.


'Wehh! kau vote sapa?' tanya Imran dalam SMS 


'x sabar2 budak ni! Aku sekeh kepala kau karang baru tahu! tunggu je lahh' jawab Ashraf.


Pelajar-pelajar dalam dewan mula tak duduk diam. Masing-masing pandang sesama sendiri.


'. . . tahniah . . . Dayana ! !' jerit pengacara majlis.


Dayana sangat sangat terkejut! Dia menutup bawah hidung dan mulut dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Dahi Sofyea berkerut.seolah-olah tak tahu apa yang sedang berlaku. iPhone Ashraf bergetar-getar semula. SMS masuk daripada Imran.


'Kau vote si DAYANA tu KEE??' tanya Imran. 


Ashraf hanya senyum. Dia tidak menjawab soalan Imran. Apa salahnya kalau aku undi Dayana? Dayana berdiri dan memeluk Sofyea. Kemudian dia bersalaman dengan ahli jawatankuasa yang lain. Senyuman manisnya menghiasi wajah perempuan itu. Dia mencapai mikrofon dan mulakan ucapannya.


'First of all, thanks to semua yang vote saya especially Aisy Ashraf. And special thanks to Sofyea sebab dia selalu tolong I dengan kerja-kerja ni semua. OMG.. I'm speechless! . . . . . ' Ramai pelajar yang bersorak gembira. bla bla bla dah abis ucapan...Semua pelajar berdiri dan menepuk tangan. Habis saja majlis itu, Ashraf terus mencari Sofyea. Dia ternampak Sofyea sedang mendaki anak tangga untuk ke perpustakaan. Dia memanggil nama Sofyea. Sofyea berhenti dan pusing. Setelah dia lihat wajah lelaki yang mengundi Dayana menjadi presiden sekolah itu, dia terus pergi dari situ-masuk dalam perpustakaan.


'Heyy! Tunggu lahh!!' jerit Ashraf. 'I can explain!'


Di dalam perpustakaan, Sofyea mencari buku untuk dibaca. Dia mencapai sebuah buku berjudul Shiver written by Maggie Stiefvater. Ashraf memegang bahu kiri Sofyea. Tanpa disangka, tangan Ashraf ditepis oleh Sofyea. Ashraf sangat sangat terkejut atas tindakan Sofyea sebentar tadi. 


'A-apa..yang aku buat ni?! Kenapa tiba-tiba aku buat macam tu kat dia?' bisik Sofyea dalam hati. Dia menundukkan kepala lalu meletakkan semula buku itu di atas rak. 'Kau tahu kan... yang aku nak sangat jadi presiden' perlahan dia bertutur.


'Maaf.. aku..' 


'Hahahahaha.. aku yang patut minta maaf sebab marahkan kau' kata Sofyea. Dia menyusun langkah beredar dari situ. Ashraf pegang tangan kirinya-menghalang Sofyea daripada pergi.


Dengan berani Ashraf berkata 'Kalau kau jadi presiden, kau takkan ada masa untuk lepak dengan aku. Aku kan Troublemaker kau . . .' Sofyea terus pusing ke arah Ashraf.Dia tersentak. 


'Apa?!! Dari mana dia tahu?!' bentak Sofyea dalam hati.


'. . . A-aku.. akan bosan.. tanpa kau tahu tak..' 
Ehhh?!! apa aku cakapkan ni?!
'. . . maksud aku sebenarnya.. hahahha.. tanpa kau dan Imran!' kata Ashraf cover malu sambil ketawa kecil yang dibuat-buat.


'Huh . . ?' kata Sofyea keliru.


'Ohh.. tarapapa.. jom pergi dari sini!' sambil tolak Sofyea pergi dari perpustakaan.


*     *     *     *
Rabu 2 Mac 2011,
Di bilik persatuan pelajar. Tamat sahaja sesi persekolahan pada hari itu, ahli jawatankuasa Persatuan Pelajar PJ Private Academy telah mengadakan mesyuarat tentang Festival Sekolah atau lebih dikenali sebagai PJ Festival yang akan berlansung pada Jumaat 1 April 2011 nanti.


'Let's rock our PJ Festival!' jerit Dayana. Ahli yang lain menepuk tangan. Mesyuarat bersurai.
*     *     *     *


Di 4-SC1, Ashraf mengemas beg. Dia meraba-raba laci mejanya kalau-kalau ada buku yang tertinggal. 'Ehhh..? Kertas?' dia mengeluarkan sekeping kertas yang dilipat hingga kecil. Setahu aku, aku tak lipat kertas hari ni.. Dia membuka kertas itu dan menarik kerusinya lalu duduk.


'Ashraf.. jumpa saya di library lepas kelas. saya tunggu di bahagian Legacy of The World'


'EHHH??!!' mata Ashraf membulat. Ramai yang tengok Ashraf sebaik sahaja dia cakap ehhhhh tu.. 'Le-lega-cy of The-Wo-world??' katanya perlahan.


'Kenapa dengan Legacy of The World?' tanya Tina selamba.


'Boleh.. a-awak tunjukkan saya.. tempat tu?' tanya Ashraf teragak-agak. 'Sa-saya tak tahu sangat pasal library ni.. ehehehe..' sambil menggaru kepala.


'Hahh??' Ekspresi wajah Tina sangat terkejut.  Dia ketawa sekuat hati. 'Ohhh apalah! Mestilah saya boleh temankan awak ke sana!'


'Ohh.. hahah..' perlu ke dia ketawa macam orang gila?? 'GREAT' maksud aku great bukanlah great yang memuaskan hati-tapi sebaliknya.


'Jomm!!' Tina menarik tangan kanan Ashraf. Ashraf mencapai beg di atas meja dengan tangan kiri.
*     *     *     *


Di Legacy of The World, tingkat 2 perpustakaan PJ Private Academy.
Ashraf mendekati seorang perempuan yang sedang asyik membaca majalah Reader's Digest. Rambut paras bahu tu tak lain tak bukan mesti Sofyea. Dia menepuk bahu kanan Sofyea dari belakang. 'Hi Sofyea!'. Perempuan itu berpaling ke arah Ashraf.


'Sorry.. I'm not Sofyea' kata perempuan itu dengan suara yang tak de perasaan.


'Ehhhhh??!' jerit Ashraf terkejut. betul ke aku ni? Betul ke ni section Legacy of The World?? Ashraf lihat sekeliling untuk memastikan dia tak salah orang. Karang tak pasal-pasal aku tanggung malu. Perempuan tu tengok aku semacam. 


'You're Aisy Ashraf right?? Anak Dr Ashyrah?' tanya perempuan itu.


'Y-yeaa..?' kata Ashraf perlahan dengan muka blur.


'Then I'm not mistaken' dengan senyuman menghiasi wajah. 'I'm Nur Zayani, your senior. Just call me Zaya. Ohmyyy.. you.. have your father's look!' sambil melihat wajah Ashraf dengan teliti.


'Ex-excuse me?' dahi Ashraf berkerut.


'Ohh nothing.. okay, sebab saya suruh awak datang sini adalah kerana. . .'


'Apa?!! Jadi awak yang hantar surat tu??!' tanya Ashraf 


'Nope.. I did wrote the letter tapi bukan saya yang hantar. saya suruh adik saya yang hantarkan' jelas Zayani.


'Erkk.. same je lah tuu.. =.=' hishh..' bisik hati Ashraf. 'Asal nak jumpa?' 


'Tak de ape. Nak pastikan yang awak ni Aisy Ashraf. Tu jee..' meletakkan majalah itu di atas coffee table dihadapannya. 'Semalam, masa mereka hebohkan nama awak tentang undian terakhir tu, saya jadi curious. Nak tahu sama ada Aisy Ashraf yang saya kenal ataupun Aisy Ashraf yang lain. Susah nak tengok muka awak masa dalam dewan semalam. Jadi saya suruh awak datang sini.' dia melangkah pergi.


'Tunggu! A-awak.. kenal saya.. ke??'


'Taklah like ''sangat-kenal-siapa-awak''. But my parents know you very well' kemudian kelibat Zayani hilang. Ashraf hanya mampu berdiri dengan muka yang sangat blur. Apa yang Zayani maksudkan? Ashraf duduk di atas sofa berkulit di sebelahnya.


'Ehhhhh??!' perpustakaan tu sunyi seketika. 'What is going on here?!!' 1 bangunan tu boleh dengar suara Ashraf menjerit.





to be contidued



Friday, November 18, 2011

Lucky Charm Bracelet - episode13

Kenapa dia buat macam tu kat aku? Seriously.. aku.. tak nak tinggalkan Ashraf dalam keadaan dia macam ni. Apalagi dia demam.. .. .. Ashraf... I'm sorry.


Ahad 13 Febuari 2011,
Dr Ashyrah menyuruh pembantunya tolong jagakan Ashraf buat sementara waktu. Ashraf pun macam tak nak berjumpa dengan ibunya.. so Dr Ashyrah tak boleh nak buat apa-apa. Sia-sia saja ayahnya bawa balik Macbook-nya. Dia ingatkan nak buat kerja. Tapi, badan terlalu sakit. Tak larat nak bergerak. Rasa seperti aku diambang maut.. Cuma mampu terlantar di katil hospital. Sekejap-sekejap datang doktor melihat keadaan Ashraf. Ruam-ruam merah mula tumbuh di badan Ashraf. 


Keadaan di sekolah pula..
'Hoiii' jerit Dayana memanggil Sofyea. Kemudian Sofyea pusing. Dayana menepuk bahu Sofyea dengan kuat. 'Where the hell are you?! I was looking for you like crazy, you know!?'


'Hahahahha.. sorry sorry.. I..'


'Later, me and Imran nak visit your troublemaker' kata Dayana sambil mencuit bahu Sofyea. 


Huh..? Troublemaker? siapa? 'Excuse me?' kata Sofyea perlahan


'OMG.. you're so slow! That new kid, Aisy!' marah Dayana


'Ouhhh.. I feel bad because I can't join you guys.. I'm very busy with the..'


'NO EXCUSES ! !' suara Dayana jelas didengari satu bangunan tu


Pada petang itu di PCMC.. Di hadapan suite Ashraf. Pintu diketuk dan beberapa saat kemudian keluar seorang pembantu Ashraf dengan uniform lengkap. Sofyea, Imran dan Dayana terkejut kerana memang tak menjangka pembantu Ashraf akan muncul.


'Iya.. Bisah saya bantu kalian? Kalian maunya apa? Apa kalian teman kepada Tuan Aisy? Kok ramei banget sih yang datang mengunjungi. Emangnya kenapa ya?' kata pembantu itu


'HUHHH?!? APE YANG DIA MEMBEBEL NI? AKU TAK PAHAM!' kata Imran selamba. Sofyea pun tumbuk kepala Imran kerana langsung tak hormati orang lain.


'Maaf ya.. Sebenarnya.. kami ini.. ingin sekali ketemu sama Ashraf. Dia teman kami' kata Sofyea. 'Aku mau banget ketemu sama dia. dia.. teman aku yang paling baik sekali. Aku juga mau mohon maaf sama dia karna..'


'OMG! You can speak their language?' tanya Dayana.


'Maaf ya non..  Sebenarnya Tuan Aisy enggak benarkan sesiapa yang.. mengunjunginya..' kata pembantu itu..


'Ehhh??! Emangnya kenapa?! Kok gitu sih?' tanya Sofyea dengan nada terkejut.


'Maaf.. Meningan kalian pulang aja' kata pembantu Ashraf dan terus tutup pintu. Mereka masih berdiri.. Tidak berkata apa dan tidak berganjak walau sedikit pun.. Kenapa dengan Ashraf?


seminggu kemudian . . . 
Jumaat 18 Febuari 2011,
Di rumah Ashraf. Ashraf meletakkan Macbook di atas meja studi. Dia membukanya lalu membuat sedikit kerja. Tiba-tiba iPhone berdering lagu '''Cooler Than Me-Mike Posner'''.. Huh?? Dia melihat skrin-agak kabur jadi dia mencapai kaca matanya dan memakainya. 'Nombor siapa ni?'. Dia abaikankan saja panggilan itu. Beberapa saat kemudian, iPhone-nya berhenti berdering. Dan berdering lagi dan lagi dan lagi.  Ashraf pun jawab panggilan itu.


'Hello? Who's this?' tanya Ashraf kebingunggan.. Malangnya tiada jawapan. 'Hello..???'


'Is that you Ashraf?' tanya pemanggil di hujung talian sambil menekan butang '''Loudspeaker''' 


'Yes-s-s, who's this?'


'Oh, how lovely to hear your voice! Don't you recognize my voice?' tanya pemanggil itu.


'I'm afraid I don't' jawab Ashraf. 'Who could this be?' 


'It's me, Dayana! What the hell are you doing? Are you busy or what? Or.. ohmyyyy... you're ignoring my call, didn't you?' 


'Ohh.. Dayana.. Actually I was...' tunggu.. 'WHAT?! DAYANA??!!' gegar satu rumah Ashraf dengan suaranya yang lantang itu. 


'DON'T SCREAM LAHH IDIOT! Kalau aku pekak siap kau!'


suara tu.. suara.. 'Sofyea?? Is that you?' tanya Ashraf lembut. 'Where are you?'


'Huh? Ermmmm.. Ummm.. I..' kata Sofyea teragak-agak


'She's at my house. We're up to something.. Hahahaha..' kata Dayana.


'Okay mana you dapat nombor I ni?' kata Ashraf


'Who cares?' Dayana menjawab soalan Ashraf tadi tu. 'Oh yea, you're the only one who didn't fill in the form' 


'What form?'


'URGHHH!! Sofyea, you explain lahh!' marah Dayana.


'What? Me? Are you crazy? You call him, so explain by yourself!' bisik Sofyea perlahan.. Ingat aku tak dengar ke ape yang diaorang bisikkan tu? Pelik aku.. Sofyea tak nak cakap dengan aku? Kalau kat sekolah, ramai nak cakap dengan aku. hahahhaha! 


'What is wrong with you? You ASKED me TO CALL HIM! HELLO?? Seriously, what is wrong with you?!' bisik Dayana kepada Sofyea


'Oh no I didn't! So, you're blaming me, huh?' kata Sofyea. 


'Blaming you? Why on earth should I blaming you?!' bisik Dayana dengan muka yang nampak sangat marah!


'I don't know.. Who knows?'


Mereka bergaduh tapi mereka mengawal suara mereka dengan hanya berbisik sesama sendiri. Tak lama lepas tu, panggilan diputus kan.. Ashraf sambung buat kerja.. Jari jemarinya menari di atas keyboard. Kemudian, tiba-tiba berhenti.


'Pasal mendalah president tu, aku tak undi lagi... come to think of it! Damn..' bisik Ashraf dalam hati. Dia baru teringat pasal tu.. alamak.. boleh undi lagi ke?


Minggu seterusnya barulah Ashraf datang ke sekolah.
Isnin 28 Febuari 2011,
Ashraf turun tangga dan menuju ke dapur. Chefnya sedang membuat homemade pancake, salah satu makanan kegemaran Ashraf. Dia membuka peti sejuk dan mencapai ais krim Haagen-Dazs perisa Summer Berries & Cream lalu di letakkan di atas meja makan. Dia membuka almari untuk mengambil cawan.


'Ashraf.. Don't you dare' kata chef peribadinya, melarang Ashraf daripada makan ais krim kegemarannya itu.


'Seriously?!'


'Yea.. Tunggulah sekejap. Pancake dah nak siap ni.. Simpan balik ais krim tu dalam fridge' kata chef sambil menghias pancake untuk Ashraf.


Ashraf akur. Dia meletakkan semula cawan dalam almari dan ais krim dalam peti sejuk. 'Ehh, tolong keluarkan honey and low fat milk please'. Ishh.. ada jugak aku sepak chef ni. Aku nak makan Haagen-Dazs tak boleh, pastu mintak tolong pulak. Ashraf mengeluarkan barang-barang yang diminta oleh chefnya. Dia duduk di meja makan. Chef itu menghidangkan pancake dan menuangkan susu di dalam gelas untuk Ashraf. Kemudian dia letakkan madu di atas pancake itu. Ashraf suka makan pancake dengan madu sebab kata dia..


'Sweet..' kata Ashraf sepatah. Dia memegang sudu dan garpu di tangan. 'Mana mak and ayah?'


'Ohh.. Mereka keluar awal pagi tadi. Ada urusan lah tu.' kata chefnya. 'Cepat sikit.. Nanti lambat pergi sekolah. Balik nanti Uncle GoGo(driver Ashraf) ambil tau. Jangan tidur kat sekolah pulak'


'Huh? Meaning??' tanya Ashraf sambil minum susu.


'Mak kamu suruh kamu duduk kat rumah 2 minggu sampai kamu fully recovered'


'Huhh??' Ashraf mengeluh. 'B for BORING' sambil membuat muka. Chefnya ketawa kecil. Ashraf.. Lansung tak berubah... 


Di PJ Private Academy..
'Heyy look! 2 doors Mercedes ! !' jerit seorang pelajar perempuan tingkatan 2 setelah melihat sebuah kereta mewah masuk ke dalam kawasan sekolah. Rakan-rakannya pun melihat kereta itu. Salah seorang daripada mereka berkata dengan nada suara yang agak terkejut, 'OMG!! It's SLS AMG!! Siapa dia? I can't see!' Cermin kereta itu di tinted so tak nampak siapa didalamnya. Kereta itu berhenti dihadapan lobby sekolah. Semua pelajar hanya melihat saja. 


'Nevermind.. Saya buka pintu sendiri.' 


'Baiklah Tuan' 


Pintu kereta dibuka. Wahhh.. seronok dapat pergi sekolah semula! Pelajar perempuan mula berlari ke arah kereta itu setelah melihat Ashraf yang keluar dari SLS AMG tu-sambil menjerit-jerit nama Ashraf. Mata Ashraf membulat. 'What the hell?!!' Kemudian dia terus masuk balik dalam kereta. 'Damn.. This is insane!' Uncle GoGo ketawa. 


Sebelum kelas bermula, Ashraf sempat bertanya Imran sama ada boleh lagi ke nak undi siapa jadi President sekolah sama ada Sofyea dan Dayana. Imran kata, disebabkan dia masih belum undi, jadi dia diberi masa untuk mengundi. Mata yang dikumpul oleh Sofyea dan Dayana sama! Sofyea hanya perlukan 1 mata lagi untuk jadi president! Ashraf undi siapa??


Selasa 1 Mac 2011,
Majlis Perlantikan Presiden Sekolah dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Badan Pelajar PJ Private Academy dilansungkan di Hall of Fame (dewan sekolah mereka). Semua pelajar berkumpul di dalam dewan. Penyaman udara dipasang dan menyebabkan keadaan di dalam dewan sangat dingin. Sofyea, Dayana dan beberapa ahli jawatankuasa yang lain duduk di atas pentas. 


'Baiklah baiklah.. Acara kemuncak bagi majlis kita pada hari ini telah pun tiba' kata pengacara majlis. 'Undian terakhir yang dibuat oleh Aisy Ashraf dari kelas 4-SC1 baru saja di undi semalam'. Muka masing-masing dah macam ape entah. Tak sabar-sabar nak tahu siapa yang jadi Presiden sekolah! 


'Aisy Ashraf, telah pun mengundi calon kita yang bernama . . .'






to be continued 







Thursday, November 17, 2011

i was born this way ke ? ?


another bad day for me . . .

10.  2 hari rehearsal, smlm and tadi untuk perasmian dewan SMK Tengku Afzan esok, which is sangat sangat menyusahkan aku! like seriously!!
9.  ajk tertinggi pengawas, antaranya aku, kena buat keje untuk esok. aku x kisah sgt psl mmg dah jadi lumrah alam..
8.  aku sangat benci sebab tak de tayangan filem utk f3.!
7.  dimana aku penat2 bawak cd anime aku dgn harapan nak ajak kwn2 tgk!
6.  hari yang sangat bosan kerana semua orang busy dengan preparation untuk esok
5.  termasuk lah aku sekali.. busy :(
4.  aku diberi tugas untuk hulurkan dulang kat sultan. bukan aku takut, cuma sebelumnya aku diberi tugas kat backstage.! aku nk tugas kat backstage!!
3.  tak pasal2 aku kena pakai bju kurung! n seems like cikgu macam tak berapa yakin pasal my appearance esok.
2.  kasut Clarks aku yang aku penat kumpul duit semata-mata nak beli kasut tu, then cikgu kata mcm croks. drpd reaksi cikgu tu, bkn croks yg mahal, croks yg kt pasar malam! kurang ajarann!! KASUT CLARKS AKU DIA SANGKA CROKS PASAR MALAM! :(
1.  aku nak call mak aku kat skolah td. aku angkat ganggang. dia kata "masukkan koin". nk ckp lama so aku letak lima posen.. and aku baru tekan no 0, dia kata "MAAF, ROSAK". and dia telan lima posen aku mcm tu je!! cilake.. SUMPAH BENCI!!!!!!

Monday, November 14, 2011

Lucky Charm Bracelet - episode 12

Pagi tu Dr Ashyrah bangun. HAH?!?! ASHRAF & ADRIANA HILANG! mana diaorang pergi?!! Dia menuju ke arah pintu keluar. Huh? Stick on note? Dia membaca nota itu..


"Mak, Ashh ajak Ad pergi breakfast kat bawah kejap. Jangan risau, Ashh tak keluar hospital macam semalam. Jangan cari Ashh tau.! oh yea-suruh ayah bawak MacBook and iPhone Ashh. iPhone tu Ashh letak dalam laci bilik bacaan. Jangan lupa! Penting ni!"

Ibunya hanya mampu tersenyum. Beberapa minit selepas itu, Ashraf mengetuk pintu bilik. Adriana tengah rancak berbual di dalam telefon bimbitnya. Pintu dibuka.

'I'm glad you're okay, Aisy Ashraf'

Ashraf membuka kaca matanya. Manakala Adriana pula 'Honey, I letak phone dulu. Later i'll call you back' lalu memutuskan talian.

'Sham.. Kau.. buat apa kat sini?' kata Ashraf. Terkejut melihat kelibat sepupunya yang tinggal di New Zealand tiba-tiba ada kat sini. Sham menepuk dada Ashraf sebanyak dua kali. Dahi Ashraf berkerut.

'Aku dengar kau sakit. So aku pergi rumah kau. Rupa-rupanya kau masuk hospital. Alang-alang aku datang sini, ayah kau kirimkan barang kau. Pergilah check kat atas katil. Aku chow dulu. Nak tengok girlfriend aku kat USM' jelas Sham. Kemudian dia beredar dari situ. Ashraf dan Adriana masih tidak berganjak. Agak terkejut dengan kehadiran Sham ke Malaysia.

'So, that guy.. Sham.. emmm..'

'He's my cousin' ringkas Ashraf berkata. Dia pergi membuka paper bag yang berada di atas katilnya lalu mengeluarkan iPhone-nya. 'Wow.. 27 missed calls'. Kemudian dia meletakkan Macbook-nya di atas meja sebelah kanannya. 'Ad, I nak mandi. Kalau iPhone I bunyi, you angkat. Kalau my b.b (Blackberry) you jangan angkat tau'

Beberapa minit kemudian Ashraf keluar dari bilik mandi. Adriana sedang membaca majalah di sofa. 'Ada orang call?' tanya Ashraf. Adriana menggeleng kepala. Ashraf duduk di sebelah Adriana dan terus membuka TV.

'Ashh' kata Adriana sambil membaca majalah. Matanya tidak beralih lansung daripada majalah itu. Apa Bendalah yang menarik sangat sampai muka aku yang handsome ni dia abaikan =.='

'What is it?'

'You selalu ke pakai spec?' dengan selambanya Adriana bertanya. 'Setahu I, you sekali sekala je pakai'

'Ad.. can I...have a favor?' antara dengar tak dengar suara Ashraf

Suaranya yang lemah itu telah membuatlan Adriana mengalih pandangannya ke arah wajah lelaki itu.

'I.. can I have a glass ...of water.. please?' kata Ashraf dengan lembut. 'Oh yea.. selimut I and my ...i Phone sekali'

Dahi Adriana berkerut. What's with that voice? Acting or real? Dia meletakkan majalahnya ke tepi dan bangun. Ashraf mengalihkan majalah itu dan kemudian baring di atas sofa itu. Dia memeluk tubuhnya. Pandangannya semakin kabur lalu dia menggosok matanya. Pakai kaca mata pun boleh kabur mata aku ni? Apahal? Adriana datang membawa barang-barang yang Ashraf minta. Tetapi dia tidak terus memberikan selimut, iPhone dan segelas air. Dia hanya berdiri melihat Ashraf.

'You ni kenapa?' tanya Adriana dengan suara yang tiada perasaan

Ashraf tidak menjawab. Dia menyelimut tubuh Ashraf  dan meletakkan iPhone di atas meja. Adriana menghulurkan segelas air itu tadi. Ashraf mencapai gelas itu. Sebaik sahaja dia bangun dari baringnya, tangannya mengigil. Kepalnya mula meragam. Baru nak minum lepas tu macam mana entah Ashraf terlepas gelas itu lalu jatuh dan tumpah di atas selimutnya.

'Ashraff!! Are you okay?' sambil memegang muka Ashraf dengan kedua-dua belah tangannya.

'I..don't know... My..my body.. I..rasa sangat... lemah' muka Ashraf semakin pucat.

'Okay, you baring okay..' Adriana membuka kaca mata Ashraf dan baringkan dia di sofa. Dia kesian melihat Ashraf tercungap-cungap bernafas ikut mulut. 'You tunggu sini sekejap okay!' Adriana keluar mencari doktor. Dia ternampak ayah Ashraf sedang berjalan ke arah suite Ashraf. lantas dia memanggil Dr Kamaruddin. Dr Kamaruddin bergegas sebaik sahaja melihat Adriana menjerit-jerit nama Ashraf.

*     *     *     *
'How's Ashraf?' tanya Adriana bimbang

'He's fine' kata Dr Hussein kepada Adriana dan ayah Ashraf. 'Kamaruddin, I need to talk to you'

'Kamaruddin, Ashraf tahu ke dia sakit apa?' tanya Dr Hussein dengan nada serius

'Ashyrah yang rahsiakan. I tak terlibat' sambil buat muka selamba.

BANGG!! Penumbuk dari bekas gangster SMK Kurang Asam landing kat muka Dr Kamaruddin
'Huhh.. Lama aku tak tumbuk orang...' bercakap pada diri sendiri. 'Ashraf anak kau! Mestilah kau terlibat sekali!' Dr Kamaruddin buat tak tahu. Dah tu aku nak buat apa? Dah takdir dia dapat penyakit tu.. =.=' 

'Lepas dia sedar nanti bagitahu aku. Aku nak interview dia sikit' tegas Dr Hussein memberi arahan. Dia ingat aku takut dengan misai tebal dia tu?! Dr Hussein terus pergi. Ayah Ashraf pergi kat katil. Kemudian dia berbual dengan Adriana.

'Adriana, bila Ashh dah sedar, bagitahu Dr Hussein tau'

'Siapa Dr Hussein?' ringkas pertanyaan Adriana

'Doktor misai tebal tadi tu lah.. Tau tak, uncle dulu-dulu, selalu kena buli dengan dia masa kat sekolah. Dia tu kaki gangster tapi bijak. Bila dah fail subject Sejarah, terus cari uncle mintak tolong. Teruk kan!!' rungut Dr Kamaruddin. Adriana hanya senyum.
*     *     *     *
Beberapa jam kemudian, Ashraf sedar. Kemudian Adriana dan Dr Kamaruddin diminta keluar sebentar dari suite itu.

'Doc, kenapa.. mereka keluar?' Ashraf bertanya dengan suara yang lemah.

'Tak mengapa.. Saya takkan buat benda-benda tak elok dengan awak'

Ishhhh! Kalau aku kuat, dah lama aku tumbuk dia ni! geram betul! Dr Hussein menarik kerusi di sebelah kati lalu duduk di atasnya. Dia memandang tepat ke anak mata Ashraf yang mula berwarna merah. 'Doc, doc cuba nak menggoda saya ke? kalau betul nak menggoda saya, lupakan je lah.. ia nya takkan berkesan' kata Ashraf 

'Hahahahhaha!! Pandai awak buat lawak. Tapi malangnya saya setia dengan kedua-dua isteri saya di rumah'

Erkk?? tu pun nak bagitahu aku ke??

'Aisy Ashraf. Sejak bila awak mula demam panas?'

'Entah'

'pening kepala?'

'Tak tauuu.....' kata Ashraf sambil memuncungkan bibirnya *dia punye "tauuuuu" tu 6 harakat aku rasa..*

'sakit-sakit sendi? macam lemah badan ke? macam mana dengan mata? sakit tak bila nak gerakkan dia?' perghh... rasa macam world war 3. Tak berhenti tanya soalan! macam mana aku nak jawab?!

''Entah lah doc.. sy malas nak layan doktor...' =.=' Ashraf terus baring dan menutup mukanya dengan selimut.

'Arghhhhh!!!! Kau ni tak nak hidup ke?! Kau tahu tak yang kau ni demam denggi?!....'

Ashraf tersentak! Adriana yang sedang memasang telinga dari luar suite juga terkejut! Apadia?! Dia membuka selimut dan melihat Dr Hussein tengah membebel

'.....rasa letih, sakit sendi, sakit mata, pening kepala, demam panas, berat badan menurun, cepat letih, suhu naik mendadak, low blood pressure, ruam, tapak tangan & kaki merah, n banyak lagi! Even worst.. well, kalau kau tergolong dalam 1% "tu" kau akan mati tahu tak! Kau faham ke apa aku cakap ni?!' 

Ashraf metup mukanya dengan selimut semula. . Dia menahan diri daripada mengeluarkan air mata. Kenapa? Kenapa mak n ayah tak bagitahu aku?! Tak lama pas tu, Dr Hussien letakkan ubat-ubatan macam Acetaminophen (Tylenol) dan codeine untuk sakit kepala yang teruk dan sakit sendi. Dan dia pun keluar. Sebaik sahaja dia keluar, Adriana terus berlari ke arah katil aku.

'OMG Ashh!! How could you! Kenapa you tak bagitahu I yang you ada dengue?!' marah Adriana. 'You tahu kan dengue ni bahaya! You kata I soul mate you, kenapa you tak bagitahu I!?'

Ashraf buka selimutnya. 'Look! I pun baru tahu okay!! Kenapa you kisah sangat pasal I?! Daripada you risaukan pasal I, lebih baik you risaukan pasal boyfriend you kat Bern tu!'

'Ohh.. so you're jealous right?! Ohmyyy!! He is nothing but a friend!!' bentak Adriana. 'At least dia tak jerit-jerit kat I! Unlike you! Maybe you memang baru tahu.. but please.. don't yell at me. Cukuplah my mum n dad asyik menjerit-jerit kat rumah.. I datang sini sebab nak lari dari semua tu! I thought you're different.. but..'

Kepala Ashraf mula sakit semula. Begitu juga dengan matanya.'Could we talk about this some other time? Because I think I need to be alone right now...' kata Ashraf dengan nada yang sangat lemah. Perasaan Adriana sukar difahami. Antara marah, benci, sedih, dan risau.. Semuanya.. Dia meninggalkan suite itu sebaik sahaja Ashraf habis bercakap. Berjanji pada diri sendiri bahawa dia takkan melawat Ashraf di hospital lagi.

Kenapa dia buat macam tu kat aku? Seriously.. aku.. tak nak tinggalkan Ashraf dalam keadaan dia macam ni. Apalagi dia demam.. .. .. Ashraf... I'm sorry.





to be continued