Saturday, June 2, 2012

Lucky Charm Bracelet - episode27


 'Farid, hari dah makin gelap. Awak masih dalam tasik. Saya takut. Apa kata kita balik sekarang?' kata Adriana.
Farid senyum dari jauh. Dia berlari keluar dari tasik dan menuju kat Adriana. 
   'Jangan takut. Saya ada kat sini. Jom pergi' kata Farid memberi semangat.
Ya. Farid tahu Adriana takut akan gelap.
**********
Jumaat 18 Mac 2011,
Ashraf berjalan ke kelas dan ternampak kelibat Adriana di hadapannya. Adriana bersama Farid.
   'Ad?' bisik Ashraf dalam hatinya.
Dia mempercepatkan langkahnya-mengejar Adriana.
   'Adriana!' jerit Ashraf.
Adriana pun menoleh kemudian dia senyum. Langkah Ashraf dimatikan serta merta.
   'W-What.. What happened.. to you?' 
   'Nothing' jawab Adriana dengan penuh ceria. Dia memegang hujung tali lehernya.
   'Tipu!' kata Ashraf dengan nada yang tinggi.
Farid memasukkan kedua tangannya dalam poket seluar.
   'Your body.. full of scratches!' Ashraf mendekati Adriana. 'Tell me what exactly happened to you. Tell me!'
   Adriana ketawa kecil. 'C'mon! They're just scratches. No big deal'
Ashraf mencapai bahu Adriana.
   'Adriana.. I'm sorry. I was busy with the festival thingy. Sorry I don't have time to hang out with you' jelas Ashraf dengan lembut.
   Adriana melepaskan tangan Ashraf dan berkata, 'Ashh.. I understand. You don't have to worry. I can make friend with Farid'
Farid? Dia ni? Ashraf tenung Farid dengan lama. 
   'Ashh.. I nak masuk kelas. Don't wanna late you know. You'd better get going too. See you during recess! Bye!' Adriana pun pergi. Diikuti dengan Farid.
   'But.. we're in the same class' kata Ashraf perlahan. Dia menundukkan kepalanya dan berpatah balik. Menuju ke rooftop instead pergi kelas.
**********
Di hadapan pintu kelas 4-SC1
   'Kenapa tak bagitahu Ashraf yang semalam you cari dia.? Call dia tapi dia tak angkat?? Kenapa???' tanya Farid, menghalang Adriana daripada memasuki kelas.
Adriana lihat ke lantai. Dia cuba untuk mengelak daripada pertanyaan itu.
   'Answer me' kata Farid
   'Is that necessary?' lalu memandang tepat ke anak mata Farid. 'Do I have to tell you everything?'
**********
Selepas tamat sesi persekolahan, Sofyea menuju ke dewan seperti biasa untuk latihan drama. Dia tersenyum bila lihat Ashraf datang awal untuk latihan. 
   'Thank you Ashraf' kata Sofyea dengan senyuman manis terukir di bibir.
Ashraf pandang pelik.
   'Kenapa thanks?'
   'Sebab datang awal untuk latihan. I thought you're not serious about this kind of thing' jawab Sofyea.
   'Sofyea, this is not kind of thing. This is what we aim for. We ARE going to rock our PJ Festival this year. Of course I'm serious' jelas Ashraf.
Sofyea agak kaku bila dengar Ashraf cakap macam tu. So this is Ashraf huh? This is Ashraf true colour huh?? 
   Sofyea pun face-palm. 'What am I doing? Yea.. Aku sepatutnya semangat. Bukannya putus asa macam ni. He's got the point' kata Sofyea dalam hati.
   'So.. Aku dah hafal script. Can we get started? Now?' tanya Ashraf.
Sofyea senyum dan mengangguk tanda setuju.

Beberapa minit selepas itu, Dayana masuk dewan sambil berlari turun anak-anak tangga kemudian menuju ke pentas. 
   'Sofyyyy!!! Sofy!!' Dayana menjerit sambil melambai-lambai tangan. Terdapat beberapa keping kertas di tangannya.
Sofyea bangun dari duduknya. Dia tunggu hingga Dayana naik ke pentas.
   'Apa kes ni?' tanya Sofyea.
   'Kita dapat teruskan! Drama club ni dapat persetujuan cikgu! We have the chance to win the heart of PJ-lians! Kita akan buat mereka suka kat Drama Club just like 2 years ago!' kata Dayana.
   'Apa?' Sofyea seperti susah nak percaya. 'But.. how? Semalam aku berdebat dengan cikgu nak pertahankan kelab ni. Dia berkeras nak bubarkan kelab kita. Tapi kenapa sekarang.. cikgu setuju dengan pementasan kita pulak? Apa dah jadi??'
   Dayana ketawa manja. 'Well... there's a prince charming yang donate such a huge amount of money untuk pementasan kita nanti'
Sofyea menunjukkan wajah blur. Ashraf mula beredar dari situ.
   'Cikgu kata pihak sekolah tak nak bertanggungjawab sponsor duit banyak untuk drama club sebab last-last mereka sendiri yang akan rugi. That's why cikgu nak bubarkan club kita. As I said before, ada prince charming ni pergi sponsor duit untuk club kita. AWESOME kan!' tambah Dayana.
   'Siapa orang tu?' tanya Sofyea inginkan kepastian.
   'Serious you tak tahu?? Like SATU SEKOLAH dah tahu pasal hal ni tahu tak??!'
   'Cepatlah! Siapa! I need to know! I need to thank him!' bentak Sofyea.
   'Aisy Ashraf and his family' jawab Dayana.
Mata Sofyea terbeliak. Dia kaku.
   'Really you know... Amount yang sangat besar just untuk pementasan kita je..'
   'Berapa?' tanya Sofyea dengan nada yang sangat perlahan.
   'Almost 5 thousands' jawab Dayana ringkas.
Sofyea cepat-cepat menoleh ke arah Ashraf. GRAHHHHHH!!! MANA ASHRAF PERGI??!!!
**********
Di kafeteria,
Ashraf duduk dan memesan Apple Juice. Kemudian dia mengeluarkan Ipod untuk dengar lagu. Adriana datang menyapa dari belakang.
   'Nice trick huh'
   'Eh? Apa yang nice trick?' tanya Ashraf kehairanan.
   'Bodek parents untuk sponsor Drama Club hanya untuk pikat that "Twin of Farhana"??' kata Adriana.
Ashraf ketawa pecah perut.
   'Twin of Farhana?? Sofyea ke?' Ashraf gelak lagi.
   'What's so funny??' Adriana menarik kerusi lalu duduk.
   'You're cute you know' sakat Ashraf.
   'Dah! Jangan nak tukar topik. Btw, how did you manage to do such thing in a short period of time? Tell me'
   'Ape nyee.. I just tell my parents the truth. I am serious masuk Drama Club ni. I don't want this club disbanded' jelas Ashraf.
Adriana senyum nakal.
   'Why? Do you have any great idea on how to win her heart??' sakat Ashraf.
   'Of course I do' jawab Adriana.
Mereka ketawa bersama-sama. 
   'Kalau betul Ashraf serius dengan perempuan tu, aku akan tolong dia. Lagipun aku dah tak lama kat sini' kata Adriana dalam hatinya.
**********
Hari hampir masuk maghrib. Sofyea keluar dari dewan. Dia ternampak Farid duduk di atas bangku bertentangan dengan pintu masuk dewan. Farid senyum dari jauh. Sofyea membalas senyuman itu. Dia jalan menuju ke arah Farid.
   'I'm glad you're happy. Maybe I should thank him for making my girlfriend smile like this' sakat Farid.
   'Shut your ass!' Sofyea pun ketawa.
Mereka berjalan sama-sama.
**********
Khamis 31 Mac 2011,
Di 4-SCO
Ashraf mengetuk pintu kelas.
   'Ashraf? Kenapa?' tanya Dayana
   'Mana Sofyea?' 
   'Dia ke library. Ada hal katanya. Kenapa?'
   'THANK YOUUUU!' Ashraf berlari secepat yang mungkin ke library.

Di Library,
mana Sofyea ni?? Dia mencai hingga ke tingkat 2, bahagian Legacy of The World dan merata tempat selagi dinamakan library. 
   'Baiklah cikgu. Saya akan buat yang terbaik untuk festival esok. Saya janji saya takkan hampakan cikgu' kata Sofyea beserta dengan senyuman.
Sofyea bersalaman dengan cikgu sebelum cikgu tu berlalu pergi.
   'Thanks Aisy Ashraf' bisik Sofyea dalam hati.
Sofyea berlalu keluar manakala Ashraf masih mencarinya di dalam library tersebut.

Pada waktu rehat di 4-SCO
Ashraf membuka pintu kelas tersebut dengan kuat.
   'Sofyea!' jerit Ashraf
Semua pelajar dalam kelas tu terkejut dengan perbuatan Ashraf.
   'What is up with you!' marah Dayana. 'Behave yourself!' 
Dayana menarik Ashraf keluar kelas.
   'I'm looking for Sofyea'
   'She's not here! I told you she's at the library!' marah Dayana
   'No she's not there!' suara Ashraf ditinggikan.
Dayana tersentak. Terkejut melihat aksi Ashraf yang begitu serius. Kemudian Ashraf duduk mengcangkung.
   'Why so serious?' tanya Dayana.
Ashraf mengalih pandanggannya ke anak mata Dayana.
   'Why searching for her like crazy?' Dayana turut duduk disebelah Ashraf.
Diam. Keadaan disekeliling sangat diam. Tak lama kemudian Ashraf bersuara.
   'I don't know!' Ashraf menggosok kepalanya. Rambut yang kemas menjadi kusut. 'I have a feeling. A strange feeling'
   'Feeling? Strange feeling? Macam mana?' tanya Dayana.
   'Terasa nak sangat jumpa dia sekarang. Padahal nak cakap good luck je.Boleh je text mesej. Bodoh kan?' kata Ashraf. Dia menundukkan kepala, lihat lantai yang serba kilat tu.
   'Ashraf?'
   'Hmmm?' masih lihat lantai tu.
   'Tu maksudnya kau rindu dia' Dayana menggigit bawah bibir. 
Ashraf terus pandang muka Dayana.
   'Try cari kat staff room ke. Meeting room ke. Maybe she's there' lalu Dayana pun berdiri-bersedia untuk ke kelas semula.
   'Ashraf'
   'Apa?'
   'Don't give up okayy?' kata Dayana dengan senyuman di bibir.
Ashraf tersentak.
**********
Ashraf hampir ponteng semua kelas selepas rehat semata-mata nak cari Sofyea tetapi malangnya tak pernah jumpa. Tamat sesi persekolahan pada hari itu, dia cepat-cepat mengemas barang-barang dan masukkan dalam beg Supreme-nya.
   'Ashh?'
   'Sorry Adriana. I don't have time. Really sorry' kata Ashraf sambil menolak kerusi ke dalam meja.
   'Still haven't found her? Where could she be?' bisik Adriana perlahan.
   'Bye!' Ashraf menggosok atas kepala Adriana dan melambaikan tangannya.
   'Byebye'

**********
Malam itu,
Sofyea masuk bilik. Dayana sudah baring di atas katil. Mungkin dah tidur kot. Sofyea melabuhkan punggungnya di birai katil.
   'Dayana? Kau dah tidur?' bisik Sofyea.
   'Dah. Jangan ganggu' kata Dayana dengan suara yang datar.
Sofyea ketawa kecil.
   'Lambat kau tidur hari ni?'
   'Lambat kau balik hari ni?' balas Dayana
Sofyea pun baring. Dia lihat siling dan kipas yang tak jemu berputar.
   'Jalan-jalan..' Sofyea tersenyum, '..ambil angin. Penatnya!!' 
Dayana mencapai bantal busuknya yang terjatuh di lantai.
   'Ashraf cari tadi. Dah jumpa dia?' kata Dayana
   'Ashraf??'
   'Dia kata dia call kau banyak kali'
Sofyea bangun lalu mengeluarkan telefonnya dari beg. 
   'Ehhhhh?? 16 missed calls??!' jarinya pantas menekan keypad untuk melihat nombor siapa yang call tu. Matanya membulat. 'Ashraf?' katanya dalam hati.
Dayana bangun dari baringnya. Kini, dia duduk bertentangan dengan Sofyea.
   'Must have something important sampai 16 missed calls. Don't you wanna call him back?' kata Dayana. 'Appreciate him a little bit, Sofyea. Dia sponsor banyak duit untuk Drama Club'
Sofyea lihat jam tangan. Jam menunjukkan pukul 2.57pagi.
   'Mungkin dia dah tidur' jawab Sofyea perlahan.
   'Then better you tidur awal. Esok performance' Dayana menarik selimut gebunya.
   'Huhhh' Sofyea menghembuskan nafasnya. 


to be continued