Thursday, December 1, 2011

Lucky Charm Bracelet - episode16

dan sekali lagi aku rasa macam WTH?!?!?! MAK IMRAN, DATIN CHE' NA MULUT KEPOH TUU?? Aku dah gila atau dunia aku yang gila??
*    *    *    *
Di dalam perpustakaan
'Heyy.. Just now I saw your Troublemaker' bisik Dayana di telinga Sofyea.

Sofyea yang sedang mencari buku di rak pun terkejut dengar kata Dayana sebentar tadi. 

'I rasa dia nak jumpa you' sambung Dayana.

'Asal pulak? I have nothing to do with him!' aku terus pergi ke rak sebelah mencari buku Rose in Bloom written by Louisa May Alcott. Dayana mengejar langkah Sofyea yang kini dah berada di rak sebelah. 

'I bet he likes you, Sofyea' kata Dayana dengan suara yang agak datar. 

Sofyea menoleh ke arah Dayana. 'What?'

'You heard me' kemudian kelibat Dayana hilang dari pandangan Sofyea.

'Tak mungkin dia suka kat aku. Dia mesti sukakan Fatin, perempuan yang teman dia kat hospital. Even masa dalam bilik (asrama) dia pun, Ashraf sebut nama perempuan tu' bisik Sofyea dalam hati. 'It's just . . doesn't make any sense!'. Dia termenung seketika. Tak lama lepas tu dia pun pergi kat tangga-dari atas dia mencari di mana Ashraf. Sedang dia asyik mencari, ada orang menepuk bahunya. Sofyea sangat sangat terkejut! Dia hampir jatuh tangga!! Bila dia menoleh . . .

'Hi Sofyea! Nice to see you again!' kata Ashraf dengan senyuman menghiasi wajah

'BODOH . . . !! Kau nak aku mati ke ?! Aku hampir jatuh tangga tau tak?!'

'Jangan lah mati lagi. Hahahahaha' Ashraf ketawa sambil menggaru kepala.

Dahi Sofyea berkerut. 'You're . . wearing glasses?'

'Oh yea.. Hahahaha.. Mak aku nak belikan aku contact lens baru. Sementara tu aku pakai glasses' jelas Ashraf. 'Comel kan aku pakai glasses??' katanya sambil buat muka comel dengan harapan Sofyea puji dia comel.

'Hahahahaha..! Kau nampak nerd lah bodoh!' Sofyea menyusun langkah pergi dari situ.

'Is it bad?' tanya Ashraf.

Sambil berjalan pergi, Sofyea hanya senyum. Ashraf pun berlari kat Sofyea. Dia pegang tangan Sofyea. Tapi perempuan tu pukul lengan Ashraf.

'Heyy.. I was wondering.. if you..' kata Ashraf teragak-agak

'Sorry I'm busy'

'Ehhh?!' langkah Ashraf mati setelah mendengar kata-kata Sofyea. Sofyea pula masih berjalan. 'Aku tak habis cakap lagi!' jerit Ashraf.

'Then?' Sofyea pun berhenti dan pusing belakang-Mereka kini saling berpandangan. 'Cepat lah habiskan! Lepas ni aku ada meeting dengan Dayana'

'Emm.. Petang ni.. datang rumah aku boleh?'

There was silence. Sofyea kaku-tak tahu nak jawab apa. 

'Great! Kita boleh buat preparation for our PJ Festival!' tiba-tiba je datang suara Dayana memecah kesunyian.

=.=' ---> reaksi Ashraf *nyampok je Dayana ni*

'Oh come on Dayana! Asal nak libatkan Ashraf dalam PJ Festival pulak? Dia tak de kene mengena pun!' bantah Sofyea.

'PJ Festival?' tanya Ashraf dengan muka blur.

'Yea. PJ Festival. You boleh ajak kawan you datang sekolah. Or your family. Anyone' jawab Dayana

'Why?'

'What an idiot! I don't expect you're this stupid' Dayana mengeluh. 'Pelajar di beri peluang untuk menjual barang-barang, buat pameran, persembahan, adakan pertandingan, and of course kita akan buat ''Live Concert''.' jelas Dayana lagi.

'Wow. I'm speechless' kata Ashraf

'You know.. Selalunya PJ Festival tak gempak pun. Seriously it's very boring..' Sofyea mencelah dengan suara yang hampa.

Sekali lagi keadaan menjadi sunyi.

'Okay! Sofyea and I will come over to your house around 4 o'clock' kata Dayana selamba

'WHAT?!' Sofyea sangat terkejut.

Dayana dan Sofyea pergi dari situ-tinggal Ashraf sorang. Dia senyum sebab gembira dapat Sofyea akan datang ke rumahnya. Baru sahaja nak pergi masuk kelas, ada orang baling pemadam kat bahagian belakang badan Ashraf. 'Aduh!' jerit Ashraf. Pemadam tu jatuh di atas lantai. Dia membongkok mencapai pemadam tersebut-dan bangun semula. Dia melihat sekeliling. Siapa yang baling? Hmm.. mungkin jatuh dari langit kot. Lupakan je lahh.. Dia pun pergi.   

Dia pulang bersama Uncle GoGo.Dia masuk bilik dan macam biasa baring atas katil. Baru nak pejam mata, Blackberry-nya berbunyi. Ada SMS masuk. Dia pun bangun dan lihat skrin.

'Kita orang datang pukul 6.00 sampai 10.00 mlm. Boleh lah kita dinner dengan kau sekali! Harap kau tak marah ^_^ '

*bayangkan ada api kat seluruh badan Ashraf sebab sangat marah*

'Ada jugak aku bunuh korang sume kang!! Nak makan dinner free lah tu!' bentak Ashraf sorang-sorang dalam bilik-sambil melompat-lompat geram. 
*    *    *    *
'ASHRAF. . . ! ! ! Kami dah sampai~~! Mana awak ?!!' mereka menjerit sama-sama depan pintu pagar.

'Eishh.. mana dia ni?' tanya Dayana geram

'Kau tekan lah bell' kata Sofyea selamba

Loceng di tekan. Tapi tiada apa yang berlaku. Dan kemudian.. 

DINGDONG>>DINGDONG>>DINGDONG>>DINGDONG>>DINGDONG>>DINGDONG>>DINGDONG!!

'AHHHHH!! BOLEH SENYAP TAK..?!!' Ashraf keluar dari pintu masuk utama.

'Ashraf!'Jerit Dayana dengan begitu gembira sekali. 'Aku ingatkan kau dah mati tadi'

+__+  'Kata nak datang kul 6' kata Ashraf dengan x de perasaan

'Alah.. tak pe lah kita datang awal ponn..' kata Imran

'KAU PUN IKUT?!!' gila terkejut tengok mamat tu pun datang. Eishh! kacau daun je dia ni!

'Tambah 10 minit tunggu kat luar sebab kau invite Imran' kata Ashraf kepada Dayana.

'WHAT?!' 

Pukul 6.10 petang, Uncle GoGo membuka pintu pagar.

'Thanks sebab invite kita orang semua! Kau sangat baik!' kata Dayana

'Bila masa pulak aku invite korang =.='  ' kata Ashraf perlahan

'WOAHHH..! Besarnya rumah kau Ashraf!' kata Imran

'Yelah! Besar gila!' tambah Dayana. 'Ada swimming pool takk??'

'Hmm..' jawab Ashraf dengan malas.

'AWESOME! Nanti kita mandi sama-sama okayy!' pelawa Dayana.

Ashraf dan Sofyea terkejut serentak. 'APA?!?!!!'.Ashraf jerit sebab gembira. Sofyea jerit sebab terkejut. Tiba-tiba Ashraf senyum sorang-sorang. Sofyea jeling kat Ashraf, lalu dia pun pukul perut Ashraf.

'Aduhh..!!' jerit Ashraf

'Padan muka! Fikir lagi bukan-bukan!' marah Sofyea. Dia terus masuk ke dalam rumah Ashraf bersama Dayana dan Imran.

Pukul 11 lebih baru diaorang balik. Menipu sungguh! Kata nak balik kul 10. Last-last menyusahkan aku jugak. Malam tu aku teman Sofyea balik rumah-jalan kaki. On the way pergi rumah dia, kita orang berbual.

'Thanks for everything' kata Sofyea.

'Huh?'

'Nothing' perlahan Sofyea bertutur. 

'Can I ask you something?' tanya Ashraf inginkan kepastian

'Yea tanyalah'

'Farid.. Dia, date kau ke?'

'Farid? Hmmm..' jawab Sofyea.

Langkah Ashraf terhenti. 'Serious lahh dia date kau?!! Oh Tidakkkk!!' lalu dia duduk mencangkung.

'Bila masa pulak aku cakap dia date aku!!' marah Sofyea

'Yang ''Hmmmm'' tu ape?' tanya Ashraf

'Hmmm tu aku tengah fikir lah bodoh!' bentak Sofyea. 'Dia.. pernah jadi jiran aku. Pagi-pagi selalu pergi sekolah sama-sama. Secara KEBETULAN okayy!'

Ashraf bangun. 'Since that, orang ingat kita orang date, and tak lama pas tu dia selalu ikut aku. Cara dia stalk aku, obvious sangat yang dia suka kat aku. Dia pun masuk kelab drama sebab aku presiden kelab tu' kata Sofyea

'Kau Drama Club??' tanya Ashraf. Gila! Macam mana aku tak tahu?

'Yea. Then last year kita buat drama for PJ Festival. Aku terkejut sebab Farid dapat watak hero and I was the heroine!'

Ashraf sangat terkejut. 'Bloody hell' katanya perlahan.

'Sepanjang latihan.. you know.. emm.. I think.. I' kata Sofyea teragak-agak

'Oh no YOU DON'T!' 

'Oh, yes. You'd better believe it' kata Sofyea. Wajahnya sedikit berubah. 'I think I had fallen in love with him. Maybe kau nampak dia tu kasar, tapi percayalah.. dia sebaliknya. Aku kenal dia sejak aku umur 6 tahun lagi. Bila dah besar sikit dia kurang keluar rumah. Mungkin sebab nenek dia baru meninggal kot time tu'. 

Bila habis je topik tadi tu, mereka terus tak bercakap. Ashraf dengan muka muram nya dan Sofyea pula asyik senyum. Sampai di depan pagar rumah Sofyea.

'Thanks sebab kau teman aku. Terus balik rumah, jangan merayau'

'Kalau aku kena culik pon apa kau kisah. Kau cuma kisah bila Farid kena culik je' antara dengar tak dengar suara Ashraf.

'Bye' kata Sofyea. Kemudian dia terus masuk ke dalam rumahnya.

'Bye' jawab Ashraf dalam hati.

Sebelum Ashraf balik ke rumahnya, dia jalan-jalan di sekitar bandar. Dia teringat apa yang Sofyea kata tentang Farid. Mendengar luahan hati Sofyea tentang Farid, adalah mimpi ngeri baginya. 

Jumaat 4 Mac 2011,
Ashraf masih lagi merayau-rayau di bandar. Dia rasa tak sedap hati. 'Ada orang ikut aku ke?' hmmm.. Lebih baik aku balik rumah sekarang. Dia lihat jam tangan. Alamak.. Pukul 1 lebih dah! Hampir pukul 2! Ashraf decide nak ambik shortcut. 

10 minit kemudian,
'Where the heck am I?! Am I lost or what..?!' bentak Ashraf dalam hati. Dia raba-raba poketnya mencari iPhone-nya. Kemudian dia call rumah..

'Helo!'

'Sino ka?' (Siapakah anda? dalam bahasa filipina)

'Ekkk??' padan muka aku! Skali maid aku yang asal dari filipina bercakap! Ashraf dan dia jarang bercakap apa lagi bercakap dalam telefon. Suara Ashraf di telefon agak lain sikit bunyinya. 'This is me, Ashraf!' 

'pagpaumanhinan mo ako.Hindi ko marinig ang iyong boses' (Pardon me. I can't hear your voice)

'Bodoh! Ni Ashraf lahh!' jerit Ashraf.

Jangan lah salahkan maid Ashraf. Tempat Ashraf berada sekarang memang bising. Kemudian talian di putuskan.

'Kenapa dia letak phone?!!!!' jerit Ashraf sekuat hati. 'Damn! Damn! Damn..!!!'

Ashraf meneruskan perjalanan. Dia lihat sekeliling. Dia sedar dia harus lari jauh dari lorong itu. Lorong tu penuh dengan orang mabuk dan segala bagai. Dia berjalan dengan laju. Tanpa disedari, Seorang lelaki mabuk ikut belakang Ashraf. Dia memegang sebilah pisau kecil.

'ASHRAF..!! Watch out!!' jerit Adriana.

Mata Ashraf membulat. 'Huh! Adriana!' bisik Ashraf dalam hati. Ashraf pusing ke belakang. Semuanya berlaku dengan cepat! Lelaki mabuk itu tadi tolak Ashraf kat dinding bangunan yang berdekatan-tolak dengan sangat kuat. 'Urgghhhh!!' badan bahagian belakang Ashraf sangat sakit. Apa yang Ashraf fikirkan hanyalah Adriana buat ketika itu. 

'Don't worry! I'll call the police!' jerit Adriana.

'Halang perempuan tu!' jerit lelaki mabuk tu memberi arahan kepada orang-orangnya. Adriana berjaya melarikan diri. Mata pisau betul-betul berada di atas kulit bahagian leher Ashraf. 'Bagi aku duit! Semua duit yang kau ada!' ugut lelaki tersebut.

'Bodoh! Aku tak de duit lah!'

'Aku tahu kau anak orang kaya! Cepat bagi!'

'Sumpah tak de! iPhone ade lah!' kata Ashraf. Alamak.. kenapa time ni aku begitu jujur??

'Bagi iPhone kau sekarang!' jerit penyangak tu. Tersembur-sembur air liur asyik menjerit kat aku je.. Hishh.. aku  berak jugak kat laki ni kang..

'iPhone aku tercicir lah. sorry' Ashraf menjawab dengan selamba.

'Jangan loya buruk dengan aku lah!' lalu dia tumbuk perut Ashraf dengan kuat. Ashraf menjerit kesakitan. Sakit sehinggakan dia terduduk. Lelaki tu raba poket seluar Ashraf dan ambil iPhone nya. Ashraf tak larat nak melawan. Dia rampas jam tangan Ashraf serta kaca matanya. Bodoh kan? Kaca mata pun nak curi =.=' . Tinggal Ashraf sorang-sorang terbaring kat atas jalan.


to be continued
  

0 comments:

Post a Comment