Thursday, December 8, 2011

Lucky Charm Bracelet - episode20

Bila dah dapat tandatangan tu, mereka tinggalkan kucing tu dan terus blah. Ashraf lupa pasal Sleep Eye Mask dia.
*    *    *    *
Rabu 9 Mac 2011,
Masa makan tengah hari di kafeteria. Ashraf dan Imran sedang beratur bersama-sama untuk membeli makanan tengah harinya. Sambil beratur, mereka berbual kosong. Pada waktu yang sama, terdapat sekumpulan pelajar lelaki junior di belakang mereka berbual tentang Sofyea.
   'Eishh..!! Aku tak puas hati lah dengan si Sopia tu!' bentak Erfan. 'Bukan masalah dia kalau aku melawan cakap cikgu, betul tak?!' 
   'Hmmm.. Cool ah bai. Kau marah-marah ni bukannya si Sopia tu dapat apa-apa' kata Haikal. 'Tapi bukan ke.. Kalau abang kau tahu macam mana??' tambah Haikal.
   Erfan menundukkan kepalanya sambil berkata 'Aku nak balas dendam. Aku tak kisah apa yang akan jadi lepas ni' dengan nada yang perlahan.
Salah seorang daripada mereka pergi bisik kat telinga Erfan 'Aku cadangkan kita buat..'
   Dengan selamba Ashraf langgar tray makanan Erfan. Makanan yang ada kat atas tray tu jatuh kat baju Erfan dan beberapa tompok kecil kena kat kasut Ashraf. Erfan pun mendongak ke atas pandang wajah Ashraf yang blur-atau lebih tepat '''muka yang tak menunjukkan sebarang perasaan'''. Satu kafeteria senyap. Semua pandangan setiap pelajar di dalam kafeteria tu jatuh kat mereka berdua-Ashraf dan Erfan. Dengan selambanya Ashraf pergi macam tu je.
   'Woii..!' jerit Erfan hilang sabar.
   'That idiot -.-* ' bisik Imran dalam hati. 
Langkahnya dimatikan. Dia pusing dan pandang kat lelaki ketot tu. 'Ada masalah?' tanya Ashraf. Perlahan-lahan Erfan mendapatkan si Ashraf yang kini dah berada jauh daripada kaunter.
   'Kau minta maaf kat aku sekarang!' dengan kasarnya Erfan menarik tali leher Ashraf.
Riak wajah Ashraf masih tidak berubah. 'Apa masalah kau?'
Pertanyaan Ashraf tadi telah membuatkan Erfan hilang sabar. Baru sahaja Erfan nak tumbuk muka Ashraf, tapi Imran pergi tarik Ashraf dari belakang.
   'HOI, aku tahu lah kau bodoh! Tapi aku tak sangka kau sebegini bodoh!!' sambil Imran memulas telinga kanan Ashraf  cukup-cukup.
   'WEHH! Apa kau buat ni! Aku baru nak berseronok tau tak!!' marah Ashraf. Eishh.. aku belasah jugak menatang ni kang! 
Imran menarik telinga kanan Ashraf dan terus bisik 'Kau tahu tak siapa monyet kat depan kau ni?! Maybe dia junior, tapi kau jangan main-main! Dia..' tak sempat Imran nak cakap, Ashraf terus menyampok.
   'HAHAHAHAHAHA..!! BHAHAHAHAHAHAHA..!!' Ashraf ketawa tanpa henti. LIKE SERIOUSLY!


Pelajar kat kafeteria tu pun macam ni  . . . . ? ! @ # $ % ^ & * 


Frying pan dari mana entah, melayang di angkasa. Dan.. kena tepat kat muka Ashraf. Dia pun tumbang.
   'Aku benci orang yang lemah' tegas kata Erfan. 'Hoi! Bangun dan lawan dengan aku macam lelaki!'
Ashraf pun bangun dan ketawa kecil. 'HAHAHA.. Lelaki sebenar tak lawan pakai frying pan kafe lah bodoh'
   'ASHRAF! Kau ni bodoh lah! Si ERFAN tu ADIK FARID tau takk..?!! Boleh tak kau jangan nyampok time aku tengah cakap?!!' jerit Imran menyambung ayatnya yang tergantung.


Pelajar kat kafeteria tu pun macam ni  'HAHHHHHH......?!!!!'
dan Ashraf pulak macam ni  'EHHHHHHHHHH.........?!@#$%'


   'Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal?!!' jerit Ashraf dengan kesal.
   'Aku memang nak bagitahu pun! Kau tu potong line aku!'
   'Tapi kau boleh tanpa muka aku supaya aku senyap!'
Erfan menggenggam kedua-dua tangannya-geram.
   'Kau ingat tu akan berhasil ke?!! Mulut kau tu macam bontot ayam tau tak?!!'
   'Apa yang sama macam bontot ayam pulak? Kesian ayam. Beliau tidak bersalah'
   'Banyak lah..!'
   'BODOH! SENYAPLAH! Aku ada kat depan kau ni! Janganlah buat aku macam aku ni dinding pulak!' teriak Erfan sekuat hati.
Ashraf dan Imran pandang Erfan dengan serentak. Pandang dengan pandangan maut. Dan mereka berdua pun . . 'KAU LAH YANG SENYAP!!!'
*    *    *    *
Di 4-SCO,
Erfan, Haikal, Ashraf dan Imran berdiri di atas kerusi dengan muka muram. Dayana masuk ke dalam kelas itu dengan membawa fail peribadi mereka di tangan kiri. Dia mencampakkan keempat-empat fail itu di atas meja. 
   'Kita tunggu Sofyea datang' suara Dayana yang sangat menakutkan tu telah membuatkan Haikal..
   'Hoi, kau kencing ke?' tanya Ashraf sambil pandang kat seluar Haikal. Mereka berdiri bersebelahan jadi bau tu memang kuat lah.
Dayana dan semua AJK yang sedang buat kerja dalam kelas tu diam-pandang mereka berempat. Pipi Haikal merah-malu kot.
   'Mana ada lah! Jangan tuduh aku!' marah Haikal.
Erfan yang langsung tak bercakap dari tadi kini bersuara 'Takkan lah perempuan macam Dayana ni kau boleh suka sampai kau terkencing?!'


Semua orang dalam kelas tu pun macam
 (oh yeah, termasuk Ashraf, Imran dan Dayana sekali)   EHHHHHHHHHHH...........????????!!!!!!!!!!!!!!!!


   'Biar betul...???!!' bulat mata Ashraf time ni 
   Dengan malas Erfan menjawab 'Hmmm'
Ashraf dan Imran ketawa pecah perut. Mereka berdua ketawa besar! Mereka berdua je yang ketawa. Yang lain hanya diam dan lihat mereka ketawa macam orang gila.
   'Heyy, apa dah jadi ni?' 
   'Suara tu!' Ashraf berhenti ketawa. Kemudian dia lihat ke kirinya iaitu pintu hadapan kelas. 'Sofyea?' sepatah keluar dari mulut Ashraf.
   'OHH thank god you datang! I thought you'll never come!' kata Dayana sambil peluk Sofyea.
Sofyea melepaskan pelukan tu sambil ketawa kecil. 'Of course i'll come. I'm your AJK right??'
Dayana senyum. 'Well, you see. Mereka.. buat hal di kafeteria. So, I have no choice. I kena tahan mereka. Tapi I tak sampai hati nak hantar kat pengetua.
   'EHHHH??? PENGETUA??' Ashraf dan Imran kini berpandangan. Teringat apa yang mereka buat kat pengetua. 
   'Tahu pun takut!' marah Dayana.
   'You'll never know Dayana. Hahahah..' bisik Ashraf dengan perlahan.
   'Sofyea? Is Everything okay?'
Ashraf dan Erfan sama-sama tersentak.
   Dayana memandang Sofyea dengan muka blur. 'Sofyea?'
   'Ohh.. I suruh Farid tunggu kat luar' jelas Sofyea ringkas.
   'How cruel.. Suruhlah dia masuk'
   'B-but I don't..'
   'Nevermind. Kita tak kisah pon' kata Dayana sambil mengukir senyuman.
Ashraf dan Erfan dah menggelegak. 'Apa maksud kau '''KITA''' HUHHHH?!!!'


Kaki kanan Farid melangkah masuk ke dalam kelas tu. Orang pertama yang mendapat perhatian dia ialah-Ashraf. Dia berdiri di hadapan Ashraf sambil senyum sinis. Kemudian dia pun pusing ke arah Dayana. Ashraf sangat tak faham kenapa dengan dia ni! Apa motif dia sebenarnya?
   'Apa masalah Ashraf?' tanya Farid.
Adiknya, Erfan sangat bengang dengan abangnya. Yang dia risaukan Ashraf, bukannya Erfan adik kandungnya!!  Geram dan kesal sangat jelas di wajah Erfan sekarang. Dia mengalih pandanggannya menghala ke tingkap di sebelah kanannya.
   'Bergaduh dengan adik kau kat kafe dan menjerit kat Imran macam orang gila' jawab Dayana dengan pantas.
   'Haikal pulak? Apa kau buat sampai dia terkencing dalam seluar??' sambil Farid ketawa kecil.
Bila Ashraf dengar Farid ketawa, walaupun ketawa kecil, wajahnya terus berubah. Dia teringat apa yang Sofyea kata..
 'Maybe kau nampak dia tu kasar, tapi percayalah.. dia sebaliknya. Aku kenal dia sejak aku umur 6 tahun lagi'
Ashraf tundukkan kepalanya. Dia rasa nak putus aja je dalam misi memikat hati Sofyea ni. Jauh dalam hati Ashraf, sebenarnya dia percaya Farid bukanlah sekasar yang dia sangka.
   'Mana lah aku tahu kenapa Haikal kencing! Aku tak buat apa-apa pun!' 
   'Ye ke kau tak buat?'
   'Ye lah..! Sentuh dia pun tak. Tahu takk?!!'
   'Aku tak tahu, sebab tu aku tanya' sakat Farid.
Ashraf dah hilang sabar. Dia rasa nak menjerit rasa.
   'Hoi..!!!! Cepatlah settle kan masalah kita orang!!'
Ashraf tersentak. Perlahan-lahan Farid memandang wajah adiknya. Dia berdiri di depan adiknya, Erfan. 'You are so impatient' kata Farid sambil pegang pergelangan tangan kanan Erfan dengan satu suara-sinis.
   'Don't touch me!' Erfan tepis tangan abangnya sepantas yang mungkin.
Keadaan bilik menjadi sunyi. Farid dan Erfan saling berpandangan. Masih diam.
Akhirnya Erfan bersuara, 'You..' dia menggenggam kedua-dua tangannya '...cause my grandma DIED!' kemudian Erfan terus turun dari kerusi dan menuju keluar dari kelas.


Semua orang macam..  +_+ ?  (blur)
   
Farid masih lagi dengan muka tak de perasaan dia tu. 
   'Ketepi lah..!!' marah Erfan kepada Sofyea kerana menghalang laluan nya. Sofyea tak berganjak kerana masih terkejut. Erfan menarik tangannya kebelakang. Niat nak tanpa muka Sofyea. Dia masih marah lagi dekat Sofyea kerana menegurnya pasal melawan cikgu pagi tadi. Dia hayunkan tangannya.
PANGG..!!
Erfan dan Ashraf tersentak. Farid menahan tangan adiknya. Erfan yang sebenarnya bersekolah di SMK Kurang Asam (sekolah swasta samseng) tetapi di pindahkan ke PJ Private Academy supaya Farid boleh mengawasi kelakuan adiknya.
   'Don't you dare touch my girl' kata Farid dengan pandangan maut. Kemudian dia lepaskan tangan adiknya.
   Mata Ashraf membulat. 'How fast!' bisik Ashraf. 
Mulut semua orang pulak ternganga. Erfan pergi dari situ dan tendang pintu hadapan kelas. Satu kelas tu masih diam. Beberapa saat lepas tu.. 
BANGG..!! 
Pintu hadapan sebalah kanan (yang ditendang Erfan) pon roboh. Semua orang pun macam ni =..=' 
   'You okay tak Sofyea?' tanya Farid dengan lembut sambil mengusap kepala Sofyea perlahan.
Sofyea mengangguk.






to be continued

0 comments:

Post a Comment